fbpx
Now Reading
Kes Influencer Hilang Di Indonesia, Amar Nazhan Kecewa Ada Yang Tuduh Hanya ‘Konten’

Kes Influencer Hilang Di Indonesia, Amar Nazhan Kecewa Ada Yang Tuduh Hanya ‘Konten’

Menurut YouTuber, Ammar Nazhan pihaknya juga sudah membuat kenyataan kepada polis mengenai insiden membabitkan influencer Malaysia yang baru dijumpai selepas hilang selama 3 hari.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Sebelum ini, tular di media sosial apabila seorang influencer dari Malaysia dilaporkan hilang di Indonesia sewaktu melakukan aktiviti paranormal bersama rakan-rakan di Makam Keramat Hutan Bambu, Bandung pada 3 Februari lalu.

Influencer yang dikenali sebagai Eyka itu bagaimanapun telah selamat dijumpai pada malam tadi (5 Februari) namun berada dalam keadaan lemah.

Insiden itu nyata mendapat pelbagai rekasi di kalangan orang ramai apabila ada yang mendakwa ia hanya rekaan untuk konten semata-mata.

Ini kerana ada yang mempersoalkan pakaian influencer itu dilihat bersih dan tidak seperti individu yang hilang selama tiga hari di dalam hutan.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Influencer Malaysia Hilang Di Indonesia Sudah Ditemui, Netizen Pula Dakwa Hanya Konten [Video]

Ammar Nazhan kecewa ada yang tuduh konten

Terbaharu YouTuber, Ammar Nazhan yang juga mengetuai aktiviti berkenaan meluahkan rasa kesalnya dan menolak dakwaan segelintir pihak yang mengatakan insiden yang berlau adalah konten semata-mata.

Malah dia merasakan orang ramai begitu mudah membuat pelbagai dakwaan dan andaian disebabkan tidak berada di lokasi insiden.

Nafi dakwaan agensi pengurusan bakat yang sahkan ia adalalah rekaan, jelaskan dah beri kenyataan pada polis

Ammar turut menafikan dengan tegas terhadap dakwaan agensi pengurusan bakat (talent agency) yang tampil mengesahkan perkara yang berlaku sebagai rekaan.

“Mereka boleh buat assumption (andaian), boleh cakap itu, ini. Assumption itu datang daripada mulut orang luar yang tiada ketika kejadian itu.

“Saya tengok juga ada seseorang buat posting yang mengaitkan talent agency, kata (talent) tak dapat bayaran dan sebagainya.

“Macam mana boleh kata macam tu sedangkan (mereka) tak ada kaitan dengan kejadian di sini (Bandung).

“Itu yang kami pelik. Benda ni betul-betul dah jadi sebab kita pun dah selesai bagi kenyataan pada polis. Semuanya dah okay,” ujarnya, dipetik mStar.

Kesal dengan tanggapan orang ramai mengenai insiden yang berlaku

Dalam masa sama, Ammar turut menzahirkan dia kecewa dengan tanggapan buruk yang diberikan oleh orang ramai mengenai insiden yang terjadi.

“Saya betul-betul sedih sebab kita tak boleh nak tunjuk dekat orang apa yang berlaku dekat sini. Yang kita boleh tunjuk adalah apa yang berlaku. Dan benda ni dah selesai dekat sini.

“Kebanyakannya pandang kisah lama saya, kontroversi melibatkan saya dulu.

“Tapi jangan kaitkan dengan kejadian sekarang. Tolong jangan bawa kejadian yang lepas-lepas pasal diri saya sebab team saya tak salah.

“Kalau talent agency berani tampil, saya sendiri akan berdepan dengan mereka.”

Dakwaan segelintir pihak buat influencer tertekan

Jelas YouTuber itu lagi, reaksi diberikan pengguna media sosial juga membuatkan influencer berkenaan yang baru dibenarkan pulang dari hospital pada petang tadi (6 Februari) tertekan.

“Sekarang ni Eyka dah stress sebab seolah-olah orang tak percaya cakap dia.

“Saya akan minta Eyka keluarkan kenyataan, biar dia sendiri yang bercakap. Saya takkan campur,” ujarnya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.