fbpx
Now Reading
“Kesiannya Pak Cik” – Ramai Simpati Lihat Keadaan Warga Emas Selepas Tak Sengaja Langgar Pemuda Dari Belakang [Video]

“Kesiannya Pak Cik” – Ramai Simpati Lihat Keadaan Warga Emas Selepas Tak Sengaja Langgar Pemuda Dari Belakang [Video]

Dakwa pemuda berkenaan, terdapat selaput pada mata warga emas itu yang menganggu penglihatannya sehingga berlaku kemalangan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Setiap pengguna tidak kiralah yang memiliki kenderaan atau pejalan kaki, seringkali diingatkan agar sentiasa berhati-hati ketika berada di jalan raya.

Ia penting bagi mengelak daripada berlakunya perkara yang tidak diingini seperti kemalangan.

Namun dalam pada kita berhati-hati, kalau sudah ditakdirkan Allah SWT akan diuji dengan ujian sedemikian, pastinya kita tidak dapat mengelak.

Pemuda Buat Live Ketika Berjalan Sebelum Dirempuh Motosikal

Itulah yang dialami oleh seorang pemuda apabila dia tidak sengaja dilanggar oleh seorang penunggang motosikal ketika sedang berjalan kaki di kampungnya di Kedah.

Detik kejadian itu dikongsikan sendiri oleh pemuda berkenaan di Tik Tok @nabilothmanwcl.

Difahamkan ketika kejadian pemuda yang dikenali sebagai Nabil itu baru sahaja selesai melakukan senaman.

“Baru habis jalan lima kilometer (km), kita pun buat live (siaran langsung), tiba-tiba kena langar dari belakang,” tulisnya menerusi video tersebut.

Pemuda Bertukar Simpati Lihat Warga Emas Yang Langgar Dari Belakang Cedera

Melalui perkongsian itu, tidak dapat dilihat dengan jelas bagaimana kemalangan tersebut berlaku.

Hanya kedengaran jeritan daripada pemuda berkenaan yang mengeluh ‘sakit’ dan bertanyakan kepada warga emas itu sebab dia dilanggar.

Namun, Nabil memperlahankan suaranya selepas melihat tangan warga emas itu cedera dan mengalami pendarahan.

Warga Emas Rupanya Nak Pergi Kerja, Dakwa Tak Nampak Ketika Memandu

Apa yang turut menjadi perhatian apabila warga emas berkenaan mendakwa dia tidak nampak Nabil yang berada di tepi jalan hingga menyebabkan dia tidak sengaja terlanggar.

Dakwa Nabil lagi, terdapat selaput pada mata warga emas itu yang menganggu penglihatannya.

Difahamkan, warga emas berkenaan sedang dalam perjalanan mahu pergi memotong rumput namun terpaksa berpatah balik ke rumah disebabkan kecederaan yang dialami.

“Sakit kita, sakit lagi pak cik tu, semoga pak cik tu cepat sembuh,” tulisnya di ruang kapsyen.

Tonton video di [sini].

Warga Emas Jalani Pembedahan, Masuk Besi Dalam Jari

Menerusi hantaran berasingan, pemuda berkenaan menjelaskan warga emas itu terpaksa menjalani pembedahan disebabkan jarinya yang patah dan tulang jari sedikit hancur akibat kemalangan tersebut.

“Alhamdulillah saya okay, pak cik tu yang teruk. Sekarang pak cik tu dekat wad. Keadaan dia nak kena masuk besi sebab jari dia dah bengkok, patah sebab terkulai,” kongsinya.

Pada masa yang sama, Nabil meminta agar semua pihak tidak mengecam warga emas itu memandangkan kemalangan yang berlaku bukanlah kehendaknya.

“Saya pun terkejut sebab orang kampung sendiri. Jangan kata apa-apalah, kita doa yang terbaik untuk pak cik tu. Saya tak mahu macam tu kecam tu, kecam ni, tak mahu.

“Dia (pak cik) nak pergi cari rezeki, nak pergi cari makan, nak pergi memotong (potong rumput), bila jari dia macam tu, dia nak pergi memotong macam mana?” kongsinya lagi.

Ahli Keluarga Warga Emas Mohon Maaf

Tidak hanya itu, Nabil turut berkongsikan tangkap layar perbualan WhatsApp bersama ahli keluarga warga emas berkenaan.

Difahamkan, warga emas itu tidak dapat menjalani pembedahan malam semalam (5 Februari) dan perlu ditahan wad terlebih dahulu.

Malah, ahli keluarganya tidak menyalahkan pemuda berkenaan sebaliknya mereka turut memohon maaf bagi pihak bapa mereka.

Ramai Turut Bersimpati Dengan Warga Emas

Video yang telah mendapat lebih 306,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa simpati melihat keadaan yang dialami oleh warga emas berkenaan apatah lagi darah tidak henti keluar dari tangannya itu.

Malah, ada yang tertanya-tanya bagaimana keadaan terkini warga emas yang digelar sebagai pak cik itu.

Tidak hanya itu, ada juga yang kagum dengan respon tenang pemuda berkenaan walaupun dia tidak sengaja dilanggar.

Ini antara komen pengguna TikTok:

“Mula-Mula Saya Tergelak, Lepas Nampak Darah Pada Tangan Pak Cik Tu Saya Kesian”

“Kesiannya Pak Cik Tu, Berdarah Banyak, Jari Dia Patah Ke?”

“Dengar Macam Kuat Pak Cik Tu Rempuh, Allahuakbar Mujur Tak Cedera Teruk, Semoga Pak Cik Cepat Sembuh”

“Gagah Juga Pak Cik Tu Naik Motor Dengan Mata Tak Nampak Sebab Nak Cari Rezeki”

“Respect Bang, Handle Situasi Dengan Sabar”

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Tergamak Belasah & Tendang Warga Emas Selepas Terbabit Kemalangan [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Insiden Warga Emas Dipukul Selepas Didakwa Jadi Punca Kemalangan Buat Ramai Bengang [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.