
MUA ‘Lesap’, Ramai Kagum Pengantin Wanita Kekal Tenang & Cari Mekap Artis Lain Untuk Majlis Kahwin [Video]
Menurut hijab stylist berkenaan, pengantin wanita itu telah membuat bayaran penuh sebanyak RM650 sebelum disekat di WhatsApp dan Instagram oleh MUA tidak bertanggungjawab itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap wanita pasti mengimpikan hari persandingan yang sempurna. Bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar pasti mereka akan membuat persiapan dengan teliti.
Oleh itu, ada yang akan membuat tempahan seperti lokasi majlis, pelamin, baju dan juga make-up artist (MUA) awal sekitar tiga atau dua bulan sebelum majlis berlangsung.
Malah perkara ini ditempah pada waktu awal kerana pengantin sendiri pastinya sudah mempunyai bayangan tersendiri untuk majlis bahagia itu nanti.
MUA scam tak datang mekap pengantin
Namun baru-baru ini, seorang wanita berdepan dengan detik yang cemas apabila MUA yang ditempah untuk majlis bersanding tidak muncul pada hari bahagianya itu.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Eira Sarahah di TikTok, dia yang juga ‘hijab stylist’ untuk pengantin wanita berkenaan berasa kasihan apabila pelanggan itu diperlakukan sebegitu oleh MUA terbabit.
Menurut Eira, dia terkejut apabila pengantin memaklumkan MUA yang dilantik tidak hadir untuk menjalankan tanggungjawabnya pada hari tersebut.
“Pengantin wanita sendiri yang terkena (scam) dengan MUA tu. Eira terkejut. Datang (untuk siapkan pengantin) dah pukul 11 pagi tapi pengantin tak mula mekap lagi.
“Eira tak boleh tunggu, nak tak nak memang kena mula buat tudung sebab dah lambat kalau nak tunggu MUA sampai,” ujarnya.
Pengantin kena sekat dekat WhatsApp & IG, dah bayar RM650
Malah apa yang menjadi perhatian, pengantin wanita itu turut memaklumkan dia sudah membuat pembayaran penuh kepada MUA itu sebanyak RM650. Pengantin itu tidak hanya di scam sebaliknya turut disekat di aplikasi WhatsApp dan juga Instagram.
Kata Eira dia memang tidak sangka perkara sebegitu akan berlaku kepada pelanggannya namun dia juga kagum kerana pengantin tersebut kelihatan tenang menghadapi situasi itu.
Bagi menyelesaikan masalah itu, dia kemudian melantik MUA gantian yang boleh hadir untuk menatahias wajahnya di saat akhir.
“Masa ni pengantin memang tenang, dah pukul 11.40 pagi tapi keluarga tak call dan tak tahu apa jadi pun.
“Situasi dari tegang, terus rasa lega sebab MUA dah sampai untuk cover MUA yang scam tu.
“Jadi 12.30 tengah hari terus siap dan pengantin boleh ke dewan, memang tak baik MUA tu boleh buat orang macam ni.
“Mana yang nak kahwin, tolong cari MUA dan hijab stylist yang betul-betul trusted. Jangan sampai jadi macam pelanggan Eira ni.
@eirasarahah 2025 tauuu bukan 2022 🙈 Korang yang nak kawin! Please Hire Mua yang trusted! Jangan nampak PROMO terus booking . Kalau kene scam mcm cust eira ni . Memang nangis tak berlagu and tak akan dapat REFUND! #bridekenescam #muatakdatang #kenescam #muascam
♬ original sound – MVM Music – MVM Music
Ramai kagum wanita tenang hadapi situasi cemas
Melihat di ruangan komen ramai yang kagum dengan wanita berkenaan kerana kekal tenang meskipun berada dalam situasi yang cemas.
Ini kerana segelintir individu mungkin akan marah, menangis dan sebagainya sekiranya perkara itu berlaku kepada mereka.
Namun tidak kurang juga ada yang kagum kerana MUA yang hadir untuk membantunya di saat akhir itu bukanlah calang-calang orangnya iaitu Jib Salim.
Menerusi semakan kami, Jib Salim merupakan MUA terkenal dan telah menatahias ramai wajah selebriti seperti Wani Kayrie, Asmidar, Hannah Delisha, Ernie Zakrie, Dina Nazir dan ramai lagi.
“Jib Salim sangat perform ya, orang lama dalam industri mekap artis hiburan”

“Saya dapat rasa tegang tu macam mana sebab baru melalui, MUA mekap saya suka hati bercapuk, kening jadi besar. Mekap zaman dulu dia buatkan sedangkan majlis akad nikah.”

“Satu je saya amaze, bride kuat sangat. Nangis pun tidak macam takda apa. Well done sis.”
