fbpx
Now Reading
Perbezaan Agama Tidak Harus Jadi Punca Ketegangan, Kata Dr Zulkifli

Perbezaan Agama Tidak Harus Jadi Punca Ketegangan, Kata Dr Zulkifli

Jelas Dr Zulkifli yang juga bekas Menteri Agama, sebagai negara yang mempunyai masyarakat najmuk, Malaysia seharusnya menjadi model yang mengamalkan nilai toleransi, ihsan dan kehidupan bersama.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Semalam (5 Februari), kami ada melaporkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang dalam proses memuktamadkan garis panduan penglibatan orang Islam dalam majlis bukan Islam.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, ia akan diperkenalkan agar penglibatan muslim dalam majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang menyentuh sensitiviti masyarakat Islam sendiri.

Pengumuman itu nyata menjadi perhatian ramai hingga ada yang tidak senang dengan garis panduan tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: Penglibatan Orang Islam Dalam Majlis Bukan Islam: JAKIM Jelas Sedang Muktamadkan Garis Panduan

Malaysia Perlu Jadi Model Negara Yang Berbilang Kaum

Terbaharu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan perbezaan agama atau bangsa tidak seharusnya menjadi punca ketegangan.

Sebaliknya, ia berperanan sebagai ruang untuk membina masyarakat yang lebih matang dan bersatu hati.

Dr Zulkifli yang juga merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menjelaskan, sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk, Malaysia seharusnya menjadi model yang mengamalkan nilai toleransi, ihsan dan kehidupan bersama.

Syukur Pernah Diberi Peluang Masuk Ke Rumah Ibadat Agama Lain

Pada masa yang sama, beliau turut menzahirkan rasa syukur kerana pernah diberi peluang masuk ke rumah ibadat agama lain seperti gereja, gurdwara serta tokong.

Tidak hanya itu, beliau juga turut mewakili ulama dunia Islam dalam beberapa siri mesyuarat peringkat tertinggi antara Islam dan Gereja Roman Katolik di Vatican.

“Pada 2025 ini, marilah kita memperbaharui tekad untuk menjadi ejen perdamaian dan keharmonian.

“Cukuplah persengketaan yang kita lihat hari demi hari. Dunia perlukan lebih ramai insan yang bersedia untuk menjalin persaudaraan atas dasar nilai-nilai kemanusiaan yang luhur,” katanya lagi.

Perpaduan Bukan Sekadar Idealisme Namun Perlu Diperjuangkan

Tambah Dr Zulkifli lagi, nilai perpaduan bukanlah sekadar idealisme sebaliknya ia merupakan perkara yang perlu diperjuangkan oleh insan beragama yang cintakan kedamaian.

Kongsi beliau lagi, semalam (5 Februari) merupakan International Human Fraternity Day yang merupakan hari peringatan tentang kepentingan kerukunan, perpaduan dan keharmonian dalam beragama.

“Kepelbagaian bukan alasan untuk perpecahan, tetapi peluang untuk saling memahami dan melengkapi.

“Prinsip ini bukan sahaja harus diterapkan dalam interaksi sesama Muslim, tetapi juga dalam hubungan dengan penganut agama lain sebagaimana dicontohkan oleh Rasulullah SAW dalam Piagam Madinah, satu dokumen yang mengangkat asas keharmonian antara pelbagai komuniti di Madinah,” katanya lagi.

Semalam, dunia memperingati International Human Fraternity Day, satu detik yang mengingatkan kita tentang kepentingan…

Posted by Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri on Wednesday 5 February 2025

Terdahulu, Mohd Naim menerusi satu kenyataan meminta semua pihak agar tidak mempolemikkan garis panduan tersebut.

Jelasnya, tujuan garis panduan itu diperkenalkan adalah bagi memastikan penganjuran aktiviti yang berasaskan agama dilaksanakan dengan tertib dan menjadi wadah pengukuhan keharmonian negara.

Malah, ia turut diperkenalkan bagi menggalakkan perhubungan sosial dan budaya dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.

KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKAITAN CADANGAN GARIS PANDUAN PENGLIBATAN ORANG…

Posted by Dato’ Setia Dr. Naim on Wednesday 5 February 2025

Baca Artikel Berkaitan: Penglibatan Orang Islam Dalam Majlis Bukan Islam: JAKIM Jelas Sedang Muktamadkan Garis Panduan

Baca Artikel Berkaitan: Program Agama Di Perlis Dipersoal, Dr Asri Dedah Sedia Tempur Dengan Ahli Parlimen DAP

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.