Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebelum ini, terdapat seorang Ahli Parlimen (MP) yang membangkitkan persoalan mengenai pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik yang berceramah di sebuah program agama di Kangar, Perlis.
Persoalan itu dibangkitkan oleh MP berkenaan ekoran pendakwah tersebut dikehendaki kerajaan India sejak 2016.
Sedia bertempur dengan Ahli Parlimen DAP
Terbaharu Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang juga dikenali sebagai Dr MAZA memaklumkan beliau bersedia untuk bertempur sekali lagi bagi menentang Ahli Parlimen DAP.
Menurut Dr MAZA kenyataan balas itu dikeluarkan selepas terdapat Ahli Parlimen parti berkenaan begitu lantang mempersoalkan mengenai program keagamaan yang dijalankan Dr Asri di Perlis iaitu Konvesyen Sunnah Antarabangsa Perlis (PISC) 2025 yang berlangsung pada 24 hingga 27 Januari lalu.
Program berkenaan turut menampilkan seramai 18 penceramah antarabangsa yang popular termasuk Zakir Naik.
Dr MAZA menyatakan perkara itu menerusi satu hantaran di Facebook, beliau bagaimanapun tidak mendedahkan siapakah individu yang dimaksudkannya dalam posting berkenaan.
“Saya melihat program saya di Perlis dipersoalkan dalam media. Saya rasa MP DAP itu berhasrat untuk kembali ‘bertempur’ dengan saya dan Perlis seperti mana ‘Gemulah Politik’ Ramasamy dan beberapa rakannya dahulu pernah dilakukan,” katanya.
Hormati PM dan berdiam demi kestabilan negara
Jelas Dr MAZA lagi, beliau pengambil pendekatan untuk berdiam buat masa ini kerana menghormati Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim demi kestabilan negara.
“Demikian juga saya ada beberapa kawan dalam kempimpinan DAP yang saya rasa menghormati sensitiviti rakyat negara ini.
“Namun jika MP (Member Parlimen) DAP itu ingin sangat menjual, saya insya-Allah akan membeli seperti yang pernah saya beli ketika ‘gemulah politik DAP’ yang lepas menjualnya,” katanya lagi.