fbpx
Now Reading
Suami Cerai Isteri Talak 3 Hanya Kerana Tidur Meleleh Air Liur

Suami Cerai Isteri Talak 3 Hanya Kerana Tidur Meleleh Air Liur

Menurut Peguam Syarie Khairul Fahmi yang berkongsikan kisah itu, ada juga pasangan yang bergaduh sehingga berlaku perceraian disebabkan kes period si isteri sahaja.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Setiap pasangan yang berkahwin tentunya menginginkan rumah tangga yang kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Namun, tidak semua hubungan berakhir dengan kebahagia seperti diimpikan sehingga berlakunya kes perceraian.

Antara alasan yang sering didengari adalah seperti tiada lagi kesefahaman atau pasangan berlaku curang, namun ternyata masih ada lagi sebab-sebab lain yang tidak masuk akal menjadi penyebab runtuhnya sesebuah rumah tangga.

Seperti baru-baru ini, seorang Peguam Syarie yang dikenali sebagai Khairul Fahmi Ramli berkongsi beberapa kisah penceraian yang berlaku dengan alasan yang pelik.

Suami cerai isteri talak 3 kerana tak berkenaan cara tidur meleleh air liur

Menerusi catatan di grup Telegram Nota Syarie by Fahmi Ramli, beliau berkata ada pasangan yang bercerai hanya kerana suami tidak berkenan dengan cara isterinya tidur. Lelaki terbabit dikatakan menceraikan isterinya itu dengan talak tiga.

 “Terkejut betul bila hakim tanya nak cerai sebab apa? Tak sefahaman. Ye la, tak sefahaman atas isu apa? Kita ingatkan isu curang ke, isu nafkah ke, bergaduh sebab lemah batin ke. Rupanya bergaduh sebab tak berkenan cara bini tidur. Sebab air liur meleleh.

“Tak pastilah yang ni memang isu seriuslah kot bagi sesetengah orang. Tapi, apalah sangat kerana isu tu sampai nak bercerai berai,” katanya.

Bergaduh sehingga bercerai kerana isu isteri period

Menurutnya, ada juga pasangan yang bergaduh sehingga berlaku perceraian disebabkan kes period si isteri sahaja.

“Ada yang lafaz cerai bergaduh di rumah sebab isu bini tertumpah darah period atas tilam. Itu pun nak marah ka? Cabut cadar basuh je la kan.

“Heran sungguh. Mudah betul nak baran, bergaduh hanya kerana isu yang boleh selesai dengan satu tindakan mudah, mencuci,” katanya lagi.

Suami isteri perlu bertolak ansur dalam berumah tangga

Dalam pada itu, Khairul turut memberi pesanan mengingatkan suami isteri untuk sentiasa bertolak ansur dalam berumah tangga dan tidak mudah berbalah hanya kerana hal yang remeh.

“Istighfarlah. Air liur meleleh itu mungkin tandanya penat. Fikirlah tentang kepenatan pasangan untuk bantu uruskan rumahtangga.

“Darah period bocor atas tilam pun bukan disengajakan. Benda yang orang lelaki tak tahu apa perempuan rasa pun,” katanya.

Sebagai info, perceraian sekiranya perlu adalah diharuskan, namun ia adalah perkara yang paling dibenci Allah SWT.

Bukan itu sahaja, talak adalah sesuatu perkara yang halal, namun paling dibenci di sisi Allah SWT.

Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Cerai Kerana Isu Remeh” – Menteri Agama Nasihat Kepada Pasangan Suami Isteri

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.