fbpx

Kerana Kesempitan Hidup, Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah

Kisah pasangan suami isteri itu dikongsikan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor menerusi satu hantaran di Facebook.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Harus diakui, kenaikan kos sara hidup pada masa kini sememangnya memberi kesan kepada kebanyakan individu.

Ada yang terpaksa melakukan lebih dari satu kerja dalam satu masa bagi menampung kehidupan seharian.

Walaupun telah melakukan pelbagai cara, kadangkala pendapatan yang diperolehi masih tidak cukup hingga ada yang terpaksa mencari jalan lain bagi menampung perbelanjaan seperti sewa rumah.

Pilih Tinggal Dalam Kereta Kerana Kesempitan Hidup

Kerana kesempitan hidup dan berhadapan dengan masalah kewangan, sepasang suami isteri menjadikan kereta Proton Wira Aeroback sebagai kediaman mereka untuk berteduh sejak dua bulan lalu hingga kadangkala terpaksa berpindah-randah.

Kisah itu dikongsikan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Mohd Jafni Md Shukor menerusi satu hantaran di Facebook.

“Semalam (6 Februari) ketika solat zuhur di Masjid Kota Iskandar, saya dimaklumkan ada sepasang suami isteri yang telah dua bulan tinggal di dalam kereta berpindah randah kerana terpaksa mengosongkan rumah sewa atas faktor kesempitan hidup dan masalah kewangan.

“Saya telah memaklumkan perkara ini kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Khairin-Nisa Ismail dan Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Mohd Fared Mohd Khalid untuk membantu pasangan suami isteri ini,” tulisnya.

Foto: Facebook

Pasangan Dipindahkan Ke Rumah PPR

Tambah Mohd Jafni yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai, pasangan itu dengan bantuan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) telah dapat dipindahkan ke kediaman Program Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai, Johor Bahru semalam (6 Februari).

“JKM dibawah penyelarasan Khairin Nisa juga akan memberikan bantuan yang bersesuaian bagi memastikan pasangan ini boleh meneruskan hidup mereka,” katanya lagi.

Semalam ketika solat zuhur di Masjid Kota Iskandar, saya dimaklumkan ada sepasang suami isteri yang telah 2 bulan…

Posted by Mohd Jafni Md Shukor on Thursday 6 February 2025

Tak Cukup Duit Kumpul Deposit Rumah Sewa

Dalam pada itu, suami isteri yang dikenali sebagai Faiq Mat Jaya dan Rohana Abu Bakar mendedahkan kesukaran mengumpul duit deposit sewa rumah yang mencecah hampir RM5,000 menyebabkan mereka bertindak sedemikian.

Difahamkan, mereka berhadapan dengan masalah kewangan selepas pendapatan terjejas ketika bekerja sebagai penjual air dan buah kelapa tepi jalan pada akhir tahun lalu kerana musim tengkujuh.

Foto: Facebook

Luah Rasa Syukur Terima Bantuan Rumah PPR

Faiq yang juga bekerja sebagai penghantar makanan menjelaskan, dia dan isteri bersyukur dengan bantuan rumah PPR yang diberikan oleh Mohd Jafni.

“Sebenarnya saya terkejut selepas kehidupan saya dan isteri menjadi viral selepas mendapat perhatian YB Datuk Mohd Jafni dan dia sedia membantu menyediakan rumah sewa kepada kami, terima kasih.

“Sebelum ini kami menyewa di Gelang Patah, Iskandar Puteri namun sebab pendapatan merosot menyebabkan kami mengambil keputusan untuk keluar rumah dan pemilik rumah sewa tersebut mahu tinggal di rumah yang disewa itu.

“Nak cari rumah sewa baharu, harga rumah sewa di sekitar JB amat tinggi, sewa rumah sebulan dah RM1,500, nak kena cari deposit tiga bulan, tolak tambah kena ada RM5,000, mana kami nak cari,” katanya yang dipetik daripada Kosmo.

Hidup Berpindah Randah Cari Lokasi Sesuai Untuk Berehat

Kongsi Faiq lagi, sepanjang dua bulan dia dan isterinya tinggal dalam kereta yang dibeli sejak usia 20 tahun, mereka sering berpindah bagi mencari lokasi untuk berehat.

Kadangkala, Masjid Kota Iskandar dan Surau Nusa Perintis menjadi tempat untuk mereka membersihkan diri.

“Sepanjang tempoh itu juga, saya dan isteri bekerja sebagai penghantar makanan dengan pendapatan paling kurang RM12 sehari.

“Kami bersyukur dapat berlindung dalam kereta meskipun sempit namun masih ada tempat untuk berteduh, orang lain lagi berat ujian mereka, dalam kubur lagi sempit.

“Kami makan ala kadar sahaja sekadar mana yang termampu, kami hidup berdua senang nak uruskan makan minum, kadang-kadang beli makanan bungkus berkongsi dua untuk berjimat,” jelasnya lagi.

Baca Artikel Berkaitan: Steven Sim Bantu 7 Beranak Yang Tinggal Dalam Kereta Kerana Kena Scam Raih Pujian [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Kerana Desakan Hidup, Wanita Berpantang & Tinggal Dalam Kereta Bersama Bayi Serta Seorang Lagi Anak

Baca Artikel Berkaitan: Pernah Hidup Mewah, Kini Tinggal Dalam Kereta Kerana Tanggung Hutang RM1 Juta [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.