fbpx
Now Reading
“Luar PPR, Dalam Kondo”- Ramai Teruja Lihat Dekorasi Rumah Flat Nampak Ekslusif [Video]

“Luar PPR, Dalam Kondo”- Ramai Teruja Lihat Dekorasi Rumah Flat Nampak Ekslusif [Video]

Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan dekorasi yang dibuat oleh wanita berkenaan menampakkan interior rumah PPR itu kelihatan ekslusif dan mewah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Rumah bukan sahaja tempat untuk seseorang individu tinggal sebaliknya ia juga tempat berehat, berkasih sayang dan banyak lagi.

Malah rumah jugalah yang menjadi tempat untuk seseorang berteduh sehingga adanya perumpamaan ‘Rumahku, Syurgaku’.

Maka tidak hairanlah jika ada yang sanggup berhabisan ribuan ringgit demi memastikan rumah yang didiami oleh kelurga cantik dan selesa.

Wanita ubah suai dan dekorasi rumah PPR macam kondo

Baru-baru ini, seorang wanita turut membuatkan ramai pengguna media sosial kagum apabila rumah pangsapuri Program Perumahan Rakyat (PPR) yang didiaminya dihiasi dengan ekslusif persis seperti hotel.

Menerusi video yang dikongsikan oleh House Tour Malaysia di TikTok, awalnya pengacara menegur seorang wanita dikenali sebagai Nurul untuk bertanya mengenai kecantikan rumahnya di PPR Kampung Muhibah, Kuala Lumpur.

Nurul kemudian mengatakan meskipun duduk di PPR namun dia mempunyai rumah yang dihiasi dengan cantik seperti kondominium.

Beli rumah RM35,000 sebelum ni hanya menyewa selama 17 tahun

Sebaik sahaja memasuki pintu masuk rumah wanita ini kelihatan ruang tamu dihiasi dengan begitu cantik.

“Kita duduk di PPR Kampung Muhibah ni dah 17 tahun saya menyewa. Lepas tu dapat tawaran untuk beli. Sewa dahulu hanya RM124 sahaja,” ujarnya.

Menurut pemilik rumah itu lagi, dia dapat membeli rumah berkenaan dengan harga RM35,000

Katanya tema pada bahagian ruang tamu adalah warna biru lembut dan putih dan meminimalkan perabot dengan hanya meletakkan barangan yang perlu seperti sofa dan meja makan.

Tema scandinavian dan english

Selain itu, dia juga mengambungkan konsep scandinavian dan english. Malah dapat dilihat meja makan yang diletakkan juga memuatkan sebanyak empat kerusi kerana rumah tersebut hanya dihuni oleh beberapa orang sahaja.

Manakala pada bahagian bilik utama pula, Nurul memilih warna merah jambu lembut sesuai dengan personalitinya sebagai seorang perempuan.

Jelasnya lagi terdapat barangan dalam rumah itu, adalah perabot lama namun ia masih kelihatan kukuh kerana dijaga dengan baik.

Apa yang lebih menarik perhatian apabila Nurul menunjukkan bilik air yang diubahsuainya persis seperti hotel lima bintang.

“Spesial rumah ni bilik air. Biasakan tengok hotel punya bilik air. Inilah bilik air,” katanya sambil menunjukkan ruang bilik air yang turut mempunyai mesin basuh dan pengering.

Ujarnya PPR mempunyai ruang yang kecil dan tidak mempunyai tempat untuk mengantungkan baju. Maka dia memuatkan mesin basuh dan pengering di dalam bilik air.

“Saya suka kalau pergi hotel, bilik air tengok cantik-cantik. Jadi sumber inspirasi buat saya rajin tengok YouTube seterusnya jadilah macam ni.”

Buat ubah suai selepas beli rumah

Melihat ke ruangan dapur pula, wanita itu mengatakan dia membuat sedikit ubah suai dan memberitahu sewaktu menyewa dahulu dia hanya menggunakan kabinet biasa.

Namun sebaik membelinya barulah ubah suai dibuat mengikut apa yang diinginkan agar ia menjadi lebih luas dan cantik.

@housetourmalaysia

PPR kalau pandai deko pun boleh nampak macam kondo taw. Thank you Puan Nurul @ÑURUĹ QŬĘEÑ sudi bawa team HTM tour rumah. Tertarik dengan kisah puan Nurul yang mana beliau sewa rumah ini dah 17 tahun sebelum dapat membelinya tahun lepas. Rumah beli rumah ini pada harga RM35k dan seperti umum maklum lokasi rumah ini memang hot sebab tengah Kuala Lumpur. Puan Nurul pengemas orangnya, walaupun rumah saiz 600sqfeet tapi tak nampak sempit pun. Setiap ruang nampak cantik dan kemas. Paling min terinpirasi dan rasa nak tiru mestilah tandasnya. Nantikan episod ini full di Youtube kami.

♬ original sound – House Tour Malaysia – House Tour Malaysia

Ramai kagum lihat rumah cantik

Menjengah ke ruang komen, ramai yang kagum melihat kecantikan rumah wanita ini.

Malah ada juga yang mengatakan rumah Nurul mempunyai reka bentuk yang sedikit sama seperti rumah seorang influencer di TikTok iaitu Syamimia.

Tidak kurang juga ramai yang memuji kecantikan dekorasi yang dibuat oleh Nurul.

“Cantik gila rumah acik ni. PPR Muhibah sama reka bentuk macam PPR Pinggiran Bukit Jalil. Wow sangat acik, lawa gila”

“Tak macam rumah PPR weh”

“Cantiknya rumah akak, betul-betul nampak mewah.”

“Weh besar gila bilik air, cantik boleh baring-baring dalam tu.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.