
“Memalukan Negara!” – Video Ammar Nazhan & Aras Mohon Maaf Raih Perhatian Ramai
Difahamkan, YouTuber Ammar Nazhan dan TikTokers Aras Abdullah juga telah menandatangi surat permohonan maaf yang dimeterai.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Media sosial ketika ini masih lagi kecoh mengenai isu dua influencer Malaysia yang tergamak menipu kononnya rakan mereka yang dikenali sebagai Eyka hilang semasa melakukan aktiviti paranormal di sebuah hutan di Bandung, Indonesia pada Isnin lalu (3 Februari).
Perkara terbabit mula terbongkar selepas pihak polis Indonesia mengesahkan bahawa kehilangan gadis berusia 22 tahun itu adalah palsu dan dibuat atas dasar konten semata-mata.
Memetik laporan KumparanNews, jurucakap polis daerah Panyileukan, Kompol Kurnia berkata konten terbabit yang dibuat oleh influencer, Ammar Nazhan dan Aras Abdullah adalah demi meraih tontonan dan lebih banyak pengikut.
Baca Artikel Berkaitan: Polis Indonesia Sahkan Kehilangan Eyka Adalah Palsu, Hanya Konten Semata-mata
Tular video Ammar dan Aras mohon maaf, janji tak akan ulangi
Terbaharu, tular pula di media sosial satu video yang memaparkan Ammar dan Aras memohon maaf secara terbuka dipercayai ketika berada di balai polis daerah Panyileukan.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun Instagram Kumparan, kedua-dua pempengaruh itu turut berjanji tidak akan mengulanginya lagi.
“Assalamualaikum WBT, nama saya Aras Abdullah dan ini Ammar Nazhan, kami ingin memohon maaf atas apa yang berlaku dan kami berjanji tidak mengulangi lagi,” kata Aras.
Ammar dan Aras akui konten dibuat hanya untuk hiburan
Sementara itu menurut Kumparan, Ammar dan Aras juga mengakui bahawa konten yang dilakukan mereka itu hanya untuk hiburan.
Difahamkan, Kurnia juga memaklumkan bahawa mereka juga telah menandatangani surat permohonan maaf yang dimeterai.
“Video tersebut dibuat pada 2 Februari 2025 dan direka cerita agar mendapat lebih banyak rating serta pengikut. Dalam siaran langsung yang dilakukan di sekitar bukit Embah Garut, Cisurupan, Cibiru, Bandung, jalan cerita telah disusun seolah-olah Eyka menghilang setelah melakukan aktiviti paranormal,” lapor laman berita itu.
Netizen Malaysia kecam teruk, memalukan negara
Video permohonan maaf terbabit turut dikongsikan oleh penyanyi rap, Caprice di akaun Instagram miliknya dan mendapat perhatian rakyat Malaysia.
Kebanyakan pengguna media sosial menyifatkan perbuatan Ammar dan Aras itu memalukan negara umpama telah ‘menconteng arang ke muka’.
Mana tidaknya, hanya kerana tindakan mereka yang tanpa berfikir panjang, seluruh negara berasa malu terhadap warga Indonesia.
Dalam pada itu, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 37, turut meminta pihak berkuasa serta Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil untuk mengambil tindakan tegas terhadap Ammar Nazhan dan Aras.


