
Ramai Kagum Lihat Pakcik Gigih Tak Tinggal Solat Meskipun Sakit [Video]
Menerusi video yang dikongsikan kelihatan bapa Nana sentiasa mendirikan solat walau pun alami sakit tenat.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap individu beragama Islam pasti tahu ibadah solat merupakan perkara yang wajib untuk dilakukan sepanjang hidup di bumi Allah SWT.
Malah tidak kiralah dalam apa keadaan sekalipun, kita sentiasa perlu berusaha untuk bersembahyang dan menyembah Allah SWT.
Bukan hanya itu, terdapat pelbagai kemudahan yang boleh dilakukan dalam mendirikan solat mengikut keadaan seseorang. Sebagai contoh individu yang bermusafir boleh melakukan jamak dan qasar manakala orang yang sakit boleh mendirikan solat secara duduk dan sebagainya.
Wanita kongsi kegigihan bapa untuk sentiasa solat walau dalam apa pun keadaan
Baru-baru ini, seorang wanita turut berkongsi kegigihan bapanya yang sentiasa mendirikan solat walau dalam apa jua keadaan demi menjalankan kewajipan yang diperintahkan oleh Allah SWT kepada setiap hambanya.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Nana di TikTok, awalnya kelihatan dia menunjukkan bapanya yang sakit sedang solat di atas katil hospital.
Dalam video berkenaan Nana menjawab soalan orang ramai bertanya bagaimana keadaan bapanya yang dilihat semakin sihat selepas dilihat sakit.
“Ramai yang tanya apa yang membuatkan abah sihat jawapannya (solat, doa, ikhlas dan ikhtiar).
“Abah walau sakit macam mana pun pertama yang dia ingat solat. Kalau dia duduk dalam zon merah 10 hingga 12 jam naik sahaja wad perkara pertama dia tanya anak-anak solat apa yang dia terlepas sebab dia nak qada balik,” ujarnya.
Tak putus berdoa kepada Allah SWT walaupun sedang sakit
Selain itu, Nana juga mengatakan bapanya juga tidak akan putus untuk berdoa meskipun sedang mengalami sakit tenat. Malah mulutnya juga tidak pernah putus menyebut nama Allah.
Pada tengah malam juga dia akan berdoa kepada Allah SWT. Nana juga mengakui benar kata segelintir pendakwah ujian yang diberikan adalah tanya keesaanNya dan kita perlu kembali kepada Maha Pencipta.
Untuk yang ketiga perkara dilakukan adalah ikhlas dan sering memberitahu anak-anak kesakitan atau ujian yang ditempuhinya adalah cara untuk mendekatkan diri dengan Allah.
Ikhtiar mencari penawar
Perkara seterusnya yang dilakukan oleh bapanya adalah berikhtiar untuk mencari penawar kepada sakit yang dihidapi.
“Sebelum ini abah memang tak nak ikhtiar sebegini, sebab dia kata doktor pun tiada ubat dah. Penyakit abang dah tahap empat. Kegagalan paru-paru tahap 4. Tak ada ubat selain reda.
“Dia selalu pesan kepada anak-anak tak payah berubat kampung (tradisional) lagi. ‘Abah dah reda dah’, tapi kami adik-beradik tetap nak cuba rawatan tradisional,” katanya.
Menurut Nana selepas mencuba perubatan Islam kelihatan ada perubahan dalam kesihatan bapanya namun rawatan secara medikal tetap diteruskan.
Ketika ditanya, Nana memaklumkan bapanya itu menghidap penyakit Copd Gold E (Chronis Obstructive Pulmonary Disease) atau kegagalan paru-paru di tahap akhir.
“Sebelum ini paru-paru ayah dah sepenuhnya tak boleh di pam dan kering. Alhamdulillah secara perlahan-lahan ia kembali membaik. Tisu paru-paru dah kembali mengembang.
“Setahun dah ayah kerap masuk hospital dan tahu hidap penyakit ni dah tahap akhir. Dah tak boleh buat apa, doktor dah tak ada jalan untuk ayah sebab dah tahap akhir cuma berserah kepada Allah.
“Kami ada buat rawatan tradisional juga, perubatan dan rawatan ruqyah biar berjalan seiring. Alhamdulillah ayah saya diberi peluang kedua oleh Allah SWT. Mungkin sebab dia tak pernah lupa Allah dan Allah bagi jalan keluar atas ujianNya,” ujarnya kepada BuzzKini.
“Allah menciptakan penyakit, Allah menciptakan penawar,” katanya lagi.
@prelovedbynna_hq Betul la ustaz kata “ rawatan medic dan rawat kaedah ruqyah biarlah ia berjalan seiring . cuma percaya lah setiap Ayat2 Quran ada penawarnya . Allah turun kan Quran bukan sekadar cerita yg di wahyukan . tetapi sebagai penawar untuk manusia . Allah menciptakan penyakit , Allah menciptakan penawar . terima kasih ustaz banyak bantu kami sekeluarga . yg nk cuba . try cari ustaz ni @Sabda Kekasih HQ #kisahdunia #aboh #copdfighter #copd #copdgolde
♬ original sound – 𝒟𝒾𝓁𝒶𝒽 ♡ – dilaa.asri
Ramai kagum dengan kesungguhan pakcik ini
Melihat di ruangan komen ramai yang kagum dengan kesungguhan bapa Nana dalam mencari keredaan Allah SWT dalam setiap perkara dilakukannya.
Ada juga yang mengagumi kekuatan dimiliki oleh pakcik berkenaan untuk kuatkan semangat melawan penyakit dihidapinya.
Tidak kurang ada yang bersetuju dengan Nana memang ada penawar bagi setiap penyakit dan sebagai hambanya kita perlu berusaha dan meminta kesembuhan daripada Allah SWT.
“Pakcik, kami menjadi saksi ketaatan pakcik pada Allah SWT. Semoga Allah hadiahkan pakcik syurga tertinggi tanpa hisab.”

“Ya Allah tak sangka abah sis kuat sangat-sangat, teringat abah saya kalau dia kuat semangat mesti dia mampu bertahan. Tapi abah saya menyerah, pagi dia nak pergi dia bagitahu saya..”

“Betul sis yang penting sakit macam mana kena solat. Ayah saya ditidurkan 13 hari alhamdulillah sihat sampai sekarang yang penting doa solat jangan tinggal walau sakit macam mana pun.”
