
Wanita Sedih Anak Perempuan 15 Tahun Berubah Perangai, Kantoi Pernah Ada Page ‘Dark Side’ [Video]
Lebih mengejutkan, wanita yang dikenali sebagai Ina mendakwa anaknya itu sering memprovok dirinya seolah-olah seperti mahu bergaduh.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pada masa kini, tugas menjaga dan mendidik anak bukanlah satu perkara yang mudah.
Banyak cabaran dan halangan perlu ditempuh bagi membentuk cahaya mata tersayang menjadi insan berguna.
Walaupun telah memberi segalanya dan buat yang terbaik, ada faktor lain yang boleh mempengaruhi perlakuan mereka hingga kadangkala hilang rasa hormat si anak terhadap ibu bapa mereka sendiri.
Wanita Buntu Anak Berubah Sikap, Tak Hormat Orang Tua & Cakap Kasar
Itulah yang dialami oleh seorang wanita yang mendakwa anaknya berubah sikap dan bercakap kasar dengan orang lebih tua.
Perkara itu diluahkan sendiri oleh wanita yang dikenali sebagai Ina menerusi segmen Bukan Nama Sebenar di slot pagi stesen radio Zayan FM semalam (6 Februari) yang turut disertai Da’i Izzhar Nazri.
Menerusi rakaman video yang dikongsikan di TikTok @zayan.my, Ina meminta pendapat mengenai situasi yang dihadapi melibatkan anak perempuannya yang berusia 15 tahun.
Kongsi Ina, anak perempuannya itu sering bercakap kasar dengan orang tua khususnya kepada dia dan suami hingga kadangkala terfikir punca anaknya bersikap sedemikian.
Lebih mengejutkan, Ina mendakwa anaknya itu sering memprovok dirinya seolah-olah seperti mahu bergaduh.
Wanita Persoal Kenapa Anak Terlalu Jahat
Sikap anaknya itu kadangkala menyebabkan dia mempersoal kepada suami tentang perangai cahaya matanya itu.
“Dia ni ustaz saya nak cakaplah, saya sebagai mak, saya tak nak cakap dia sebagai anak yang kurang ajar, jahat.
“Tapi sampai saya cakap dengan suami saya ‘anak kita ini kenapa jahat sangat?’ Sampai saya sedih, semalam saya sedih,” kongsinya lagi.
Siap Bawa Anak Pergi Kaunseling Namun Anak Mempersoalkan
Malah disebabkan perlakuan anaknya itu, wanita berkenaan membawa anaknya pergi mengikuti sesi kaunseling namun respon yang diterima amat mengecewakan.
“Bila saya bawa dia pergi kaunseling jumpa kaunselor, lepas tu dia mengajuk ‘kenapa bawa saya pergi kaunseling, bukan saya sakit ke apa’, cara dia bercakap sangat biadab.
“Kadang-kadang saya kata ‘apa masalah awak apa yang awak tak puas hati ni, nak tunjuk apa sebenanrnya?”
“Kita dah bagi semua pendidikan baik, nak apa semua kita bagi. Kenapa kalau setakat saya rampas telefon tu menyebabkan awak sangat marah?” kongsinya.
Anak Lock Semua Aplikasi Dalam Telefon, Wanita Godam & Jumpa Perkara Yang Menyedihkan
Kongsi wanita itu lagi, anak perempuannya mengunci kesemua aplikasi dalam telefon bimbit yang diberi.
Dek kerana itu, dia cuba menggodam telefon bimbit anaknya dengan bantuan dari seorang rakan yang mempunyai kemahiran komputer.
Hasilnya amat mengejutkan apabila dia mendapati anaknya itu pernah mempunyai akaun Dark Side dan bersembang perbualan 18sx bersama rakan.
“Saya baca semua perbualan dekat dalam tu, perbualan tu semua lebih kepada 18sx. Dia berkawan dengan budak-budak yang mana-mana kita tak kenal tu, bercerita dan kongsi video,” luahnya lagi.
Kongsi wanita itu lagi, dia cuba menghantar anaknya ke sekolah asrama namun anaknya membuat perangai hingga menyebabkan guru sekolah tersebut enggan menerima anaknya lagi.
Difahamkan, cahaya matanya itu kini sedang bersekolah harian dan tinggal bersama bapa ketika dia keluar bekerja.
Perlu Ganti Handphone Yang Dirampas Dengan Masa Bersama Anak
Respon dari masalah tersebut, pendakwah selebriti, Da’I Izzhar Nazri berpendapat anak wanita itu telah ‘ketagih’ dengan perkara yang tidak baik hingga menyebabkan dia memberontak memandangkan telefon bimbitnya telah dirampas.
Izzhar berpendapat wanita itu seharusnya menggantikan telefon bimbit berkenaan dengan meluangkan masa bersama anak.
“Cuma, ini pesanan untuk saya yang ada anak juga. The moment kita mengambil gajet, kenapa dia tantrum, kenapa dia rebel, sebab kita tak de replacement.
“Sesuatu yang kita ambil, dia mesti untuk kita ganti. Jangan hanya ambil, lepas tu budak tu nganga. Sebab tu budak tu jadi macam bengang, marah.
“Sebab itu bila kita ambil gajet, kita kena ambil tanggungjawab untuk ganti masa itu dengan masa dia dengan kita.
“Bawa dia pergi berjalan, solat jemaah dengan dia, bawa pergi majlis ilmu, spent time dengan dia, tengok tv sama-sama untuk kita isi masa tersebut.
“Dia bukan kita rampas semata-mata tapi kita replace dengan lebih baik daripada apa kita rampas,” kongsinya lagi.
@zayan.my Ina ; #BukanNamaSebenar sedih anak berubah perangai, biadap! Rupanya kantoi pernah ada page ‘dark side’ biarpun anak perempuannya baru berusia 15 tahun. #BukanNamaSebenar #FnNPagiZAYAN #DestinasiNasyidAnda
♬ original sound – ZAYAN – ZAYAN
Ramai Simpati & Luahkan Pendapat Sendiri
Video yang telah mendapat lebih 664,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang bersimpati dengan situasi yang dihadapi oleh wanita itu.
Malah, ada yang menasihatkan dan memintanya untuk bersabar dalam menghadapi isu tersebut.
Ada juga yang berpendapat pengaruh telefon bimbit dan rakan sebaya yang menjadi punca kepada anaknya bertindak sedemikian.
Ini antara komen pengguna TikTok:
“Doa Ibu Tiada Hijab, Semoga Akak Diberi Ketabahan Yang Tinggi”

“Saya Tak Mampu Nak Cakap Lebih, Saya Pun Takut & Risau Zaman Sekarang Ni”

“Sampai Sekarang Saya Tak Bagi Handphone Dekat Anak, Sebab Kita Tak Boleh Pantau Apa Yang Dia Boleh Access Dalam tu”

“Kalau Ikut Pengalaman, Selalunya Sebab Kawan”

Baca Artikel Berkaitan: Boleh Beri Kesan Buruk Jika Tidak Dikawal, Ini 5 Cara Elak Anak Ketagih Gajet Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
Baca Artikel Berkaitan: Remaja Sanggup Marahi Ibu Hanya Kerana Tidak Minta MC Daripada Doktor