fbpx
Now Reading
Bapa Peluk Erat Pengantin Perempuan Sebelum Majlis Persandingan Buat Ramai Sebak [Video]

Bapa Peluk Erat Pengantin Perempuan Sebelum Majlis Persandingan Buat Ramai Sebak [Video]

Difahamkan si bapa pada waktu itu terlalu sebak dan meminta agar sesi ucapan sewaktu persandingan dibatalkan, namun dia meneruskannya selepas dipujuk oleh pengantin perempuan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Buat mereka yang bergelar ibu bapa, pastinya rasa sayang terhadap cahaya mata melebihi segalanya.

Apa sahaja yang dimahukan oleh anak, pasti akan cuba dituruti walaupun terpaksa berkorban wang ringgit asalkan keinginannya dipenuhi.

Namun sudah menjadi lumrah, anak yang dijaga tidak akan selamanya berada di depan mata.

Ini kerana akan tiba satu saat ibu bapa terpaksa melepaskan mereka untuk menjalani kehidupan sendiri lebih-lebih lagi jika anak tersayang bakal melangsungkan perkahwinan.

Sudah pastinya detik itu menjadi saat yang paling sedih apabila terpaksa melepaskan anak kesayangan kepada orang lain.

Bapa Mohon Batal Sesi Beri Ucapan Ketika Majlis Persandingan Anak

Itulah yang dialami oleh seorang bapa apabila satu-satu anak perempuan kesayangannya melangsungkan perkahwinan.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @whardoh, pengguna yang dikenali sebagai Wardha itu berkongsikan momen sedih di antara bapa dan pengantin perempuan, Nadia yang merupakan pelanggannya.

Jelas Wardha yang merupakan pembantu pengantin, si ayah bersama-sama ibu pada mulanya masuk ke bilik untuk berjumpa dengan pengantin perempuan bagi berbincang mengenai sesi ucapan ketika majlis persandingan.

“Sedang bersama-sama pengantin di bilik penginapan. Tiba-tiba ayah pengantin perempuan datang bersama-sama si ibu.

“Si ayah memberitahu pengantin untuk membatal sesi ucapannya pada sesi persandingan yang bakal berlangsung beberapa jam sahaja lagi,” kongsi Wardha.

Bapa Luah Tak Mampu Beri Ucapan, Saling Menangis Berpelukan Dengan Anak

Apa yang menjadi perhatian adalah respon si bapa selepas ditanyakan sebab mengapa tidak memberi ucapan di hari bahagia anak perempuannya itu.

“Takpelah kakak, abah tak boleh la”, jawab si bapa ringkas.

Menurut Wardha, sebaik mendengar jawapan si bapa, pengantin perempuan terus merangkul dan memeluk si bapa sambil menangis.

Melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat kedua-dua beranak itu saling berpelukan dan menangis antara satu sama lain.

Namun jelas Wardha menerusi ruangan komen, bapa pengantin perempuan tetap memberikan ucapan setelah berjaya dipujuk oleh anaknya itu.

Kongsi Wardha kepada BuzzKini, majlis persandingan tersebut diadakan pada 8 Februari lalu bertempat di Hotel Premiera, Kuala Lumpur.

@whardhoh

Sedang bersama-sama pengantin di bilik penginapan. Tiba-tiba ayah pengantin perempuan datang bersama-sama si ibu. Si ayah memberitahu pengantin untuk membatal sesi ucapannya pada sesi persandingan yang bakal berlangsung beberapa jam sahaja lagi. Pengantin perempuan bertanya mengapa. “Takpelah kakak, abah tak boleh la” Terus si anak merangkul tubuh si bapa. Berjurai air mata antara anak dan bapa. Saya yang menyaksikan sambil merakam turut menangis secara tiba-tiba. Teringatkan orang tua di rumah. Ayah dan ibu, permulaan kami.

♬ original sound – waniannuar – waniannuar

Ramai Sedih Lihat Momen Bapa Berpelukan Dengan Anak

Video yang telah mendapat lebih 251,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang tersentuh dan meluahkan rasa sedih apabila melihat momen di antara bapa dan anak itu.

Malah, majoriti pengguna media sosial memahami perasaan kedua-dua beranak itu memandangkan mereka juga pernah berhadapan dengan pengalaman sama.

Tidak hanya itu, ada segelintir yang tertanya-tanya apakah perasaan sebenar dipeluk insan bergelar bapa memandangkan mereka tidak berpeluang menikmati pengalaman sebegitu.

Ini antara komen pengguna TikTok:

“Dah Kenapa Kita Nangis Juga Tengok Video Ni”

“Macam Inilah Aku Masa Kahwin Hari Tu, Sebab Aku Adalah Satu-Satunya Anak Tunggal”

“Tak Pasal-Pasal Berair Air Mata, Tak Pernah Ada Momen Macam Ni”

“Rindu Arwah Abah, Tak Pasal-Pasal Berair Mata”

“Sebaknya, Macam Tu Jugalah Arwah Abah Saya Peluk Sebelum Waktu Nikah”

Baca Artikel Berkaitan: “Jagalah Amal Ibadatnya” – Ramai Sebak Dengar Ucapan Bapa Pengantin Perempuan Ketika Akad Nikah [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Bimbingnya Menjadi Bidadari”- Ucapan Ayah Kepada Menantu Ketika Majlis Pernikahan Buat Ramai Sebak [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Momen Ayah Minta Izin Nikahkan Satu-Satunya Anak Perempuan Bikin Ramai Sebak [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.