fbpx

“Dia Tetapkan Syarat” – Pemilik Restoran Dedah Pernah Hubungi Jason Untuk Review [Video]

Antara syarat yang ditetapkan Jason adalah review tersebut perlu dilakukan secara jujur.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, kecoh mengenai seorang TikTokers dikenali sebagai Kaki Review yang tidak berpuas hati terhadap seorang influencer makanan yang dipercayai merujuk kepada Jason yang dikatakannya memberi ulasan terlalu jujur sehingga boleh ‘melingkupkan’ perniagaan orang lain.

Bagaimanapun, video yang dimuat naik oleh Kaki Review itu mendapat kritikan di mana kebanyakan orang tidak bersetuju dengan pendapatnya.

Malah, kebanyakan pengguna media sosial juga lebih gemar dengan ulasan jujur yang diberikan oleh Jason berbanding ‘food influencer’ lain.

Baca Artikel Berkaitan: Dituduh Review Terlalu Jujur Hingga ‘Jahanamkan’ Peniaga, Jason Tampil Beri Penjelasan [Video]

Pemilik restoran tampil dedah pengalaman berurusan dengan Jason

Terbaharu, seorang influencer dan pemilik restoran Samurai Yakiniku, Asraff Jeffery pula tampil mendedahkan pengalamannya berurusan bersama Jason.

Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Asraff mendakwa bahawa Jason sememangnya ada mengambil servis berbayar untuk mengulas sesebuah restoran atau kedai makan.

“November tahun lepas kami pernah hubungi Jason untuk guna servis (review) untuk bagi pendedahan kepada dia punya pengikut tentang restoran saya di Setapak dan memang betul Jason ada bagi tahu yang dia ada buat servis tersebut,” katanya.

Jason beri 2 syarat kalau ingin ambil servis review berbayarnya

Pun begitu, Asraff berkata Jason ada menetapkan beberapa syarat yang harus dipersetujuinya sebelum pempengaruh terbabit melakukan ‘review’ berbayar itu.

Dedahnya, syarat pertama ulasan makanan yang akan diberikan mestilah jujur sepenuhnya di mana pemilik kedai tidak boleh mengatur Jason untuk berkata sedap di dalam video.

Syarat kedua pula pemilik restoran tidak boleh menetapkan tarikh untuk Jason datang ke kedai dan dia boleh datang pada bila-bila masa sahaja tanpa memperkenalkan dirinya sebagai seorang influencer.

“Dia mahukan pengalaman yang sama dengan pelanggan rasai sebab biasalah kedai makan kalau kita panggil influencer atau reviewer kita akan bagi ‘special treatment’ tapi Jason tak nak semua itu, dia nak apa yang pelanggan rasa itulah yang dia akan kongsikan dalam videonya,” katanya lagi.

Jelas Asraff, meskipun dia dan Jason telah bersetuju, namun influencer terbabit terpaksa membatalkannya kerana jadual yang sangat padat.

@asraffjeffery

Ini pengalaman saya deal dengan Jason,adakah betul review dia jujur? Kenapa video @samuraiyakiniku tiada di tiktok Jason?

♬ Epic News – DM Production
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.