fbpx
Now Reading
Padah Maki Pihak Berkuasa Selepas Motosikal Disita Kerana Tiada Roadtax & Insurans, Lelaki Ditahan Polis [Video]

Padah Maki Pihak Berkuasa Selepas Motosikal Disita Kerana Tiada Roadtax & Insurans, Lelaki Ditahan Polis [Video]

Menurut Pengarah JPJ Pulau Pinang Zulkifly Ismail, lelaki terbabit ditahan atas kesalahan menghalang tugas penjawat awam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Setiap individu sering dinasihatkan agar sentiasa menghormati dan berbuat baik antara satu sama lain.

Namun entah mengapa, ada segelintir individu yang dilihat tidak beradab dengan mengeluarkan kata kesat lebih-lebih lagi kepada orang tua.

Malah, ada juga yang dilihat terlalu berani bertindak sedemikian khususnya di hadapan anggota penguat kuasa.

Penunggang Motosikal Marah Anggota Penguat Kuasa

Itulah yang dilakukan oleh seorang penunggang motosikal terhadap anggota penguat kuasa dalam satu operasi di Pulau Pinang semalam (9 Februari).

Menerusi video tular yang dikongsikan di TikTok @abg.siasat.aa, kelihatan penunggang motosikal berbaju hitam dilihat sedang mempertikai dan menaikkan suara kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Bukan itu sahaja, dia dilihat merakam gambar serta mengeluarkan kata-kata kesat dan melakukan provokasi kepada anggota terlibat.

Polis Tahan Penunggang Motosikal

Walau bagaimanapun di akhir video berkenaan, dapat dilihat dia kemudiannya ditahan dan dibawa masuk ke kenderaan polis dalam keadaan bergari.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika Operasi Khas Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) 2025 yang dijalankan di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang semalam (9 Februari).

Lelaki yang berusia 50 tahun itu ditahan selepas mengamuk dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota penguat kuasa.

Berang Lepas Tahu Motosikal Akan Disita

Penunggang motosikal bersama teman wanitanya yang merupakan warga Indonesia pada mulanya disaman oleh JPJ kerana Lesen Kenderaan Motor (LKM) telah tamat tempoh dan tiada insurans.

Ekoran daripada kesalahan tersebut, anggota terlibat kemudiannya memaklumkan kepada lelaki itu bahawa motosikalnya akan disita.

Kenyataan itu menyebabkan dia secara tiba-tiba naik angin hingga berlaku kekecohan.

Walaupun teman wanita telah cuba menenangkannya, penunggang motosikal tersebut tetap melakukan provokasi selama lebih setengah jam sebelum dia akhirnya ditahan dan dibawa ke balai polis.

Lelaki Ditahan Kerana Halang Tugas Anggota Penguat Kuasa

Menurut Pengarah JPJ Pulau Pinang Zulkifly Ismail, lelaki terbabit ditahan atas kesalahan menghalang tugas penjawat awam.

“Penunggang motosikal tersebut telah gagal untuk memberi kerjasama kepada penguat kuasa, justeru tindakan diambil ataupun dengan kata lain telah ditangkap oleh pihak polis kerana telah menghalang penjawat awam untuk menjalankan tugas.

“Bagi pihak JPJ, kita rasa sepatutnya orang awam perlu lebih faham mengenai tugas penguatkuasaan ini dan bukannya bertindak di luar batasan.

“Kita bukan hendak mencari salah atau ingin menghukum, cuma tindakan diambil adalah demi menjaga kepentingan bersama,” katanya.

1,083 Kenderaan Telah Diperiksa, 391 Notis Saman Dikeluarkan

Jelas Zulkifly Ismail lagi, dalam operasi yang bermula 8.30 malam sehingga 12 tengah malam itu, sebanyak 1,083 kenderaan diperiksa.

Daripada jumlah tersebut, 211 kenderaan diambil tindakan dengan 391 notis saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Malah, sejak ia dilaksanakan bermula 20 Januari hingga 9 Februari, sebanyak 31,122 buah kenderaan telah diperiksa dengan 4,105 notis dikeluarkan terhadap pengguna yang gagal mematuhi peraturan jalan raya.

Baca Artikel Berkaitan: JPJ Sita Motosikal 23 Tahun Tak Renew Road Tax, Alasan Pemilik Tidak Guna Jalan Utama

Baca Artikel Berkaitan: Tular Rider Makanan Jalan Kaki Kerana Motor Disita, Ini Penjelasan JPJ [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.