
Pekerja Boleh Terima Rawatan Percuma Di Klinik Panel PERKESO Mulai Tahun Ini
Sebanyak 1,400 klinik panel PERKESO di seluruh Malaysia yang membolehkan pekerja menerima rawatan percuma jika terlibat dalam kemalangan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kemalangan ketika sedang bekerja terutamanya di lokasi yang berisiko tinggi seperti di tapak pembangunan dan jalan raya boleh berlaku bila-bila masa tanpa dijangka.
Selain itu, penyakit dan keuzuran yang dihadapi oleh pekerja juga boleh menyebabkan mereka sukar untuk menjalankan tugas dengan sempurna.
Prihatin dengan tahap kesihatan para pekerja di Malaysia, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) membolehkan setiap pekerja untuk membuat tuntutan faedah sekiranya memerlukan rawatan akibat kemalangan ketika bekerja iaitu dengan cara mengisi Borang 34.
Baca Artikel Berkaitan: Peguam Kongsi Langkah Untuk Pertahankan Hak Pekerja Dari Dipecat Majikan
Baca Artikel Berkaitan: 86% Pekerja Di Malaysia Selesa Masuk Ofis 3 Kali Seminggu, Ada Sanggup Berhenti Jika Kerap Disuruh Ke Pejabat
Baca Artikel Berkaitan: Cuti Bukan Hak Kita: Kenyataan JPA Bikin Rakyat Malaysia Bengang
Tidak Perlu Lagi Isi Borang, Boleh Terus Ke Klinik Panel PERKESO
Terbaharu, pencarum PERKESO kini tidak perlu lagi untuk membayar rawatan dan membuat tuntutan kepada pihak PERKSO bagi mendapatkan rawatan perubatan di klinik panel.
Memetik laporan Astro Awani, Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong memaklumkan pekerja yang merupakan pencarum PERKESO boleh menerima rawatan secara percuma mulai tahun ini dengan pergi ke mana-mana 1,400 cawangan klinik panel PERKESO di seluruh negara.
Beliau walau bagaimanapun menjelaskan bahawa kemudahan tersebut hanya melibatkan kes bencana pekerjaan serta penyakit khidmat sahaja.

“Anda (pencarum) boleh jumpa terus ke mana-mana 1,400 klinik panel PERKESO di Malaysia dan mendapatkan rawatan perubatan, tak perlu bayar apa-apa.
“Jika sebelum ini anda perlu bayar dahulu lebih kurang RM150 hingga RM200 setiap kali rawatan, kemudian claim balik dengan PERKESO. Lepas sebulan, kita akan bayar balik”, ujarnya.
Dengan inisiatif ini, mereka yang memerlukan rawatan hanya perlu menunjukkan kad pengenalan untuk tujuan semakan di kaunter klinik sahaja tanpa perlu membayar apa-apa.
“Mereka boleh masuk ke klinik kami, tunjuk kad pengenalan kalau mereka semak, anda adalah ahli PERKESO, anda tidak perlu membayar satu sen pun,” katanya.
Tambahnya lagi, kemudahan tersebut dibuat bertujuan untuk memudahkan pekerja yang berpendapatan rendah apabila mereka mahu mendapatkan rawatan di klinik panel.
Berita penting untuk para pekerja di Malaysia. Mohon repost supaya ramai maklum.
— Roman Akramovich (@SyedAkramin) February 8, 2025
Mulai tahun ini, pekerja yang mengalami kemalangan sewaktu bekerja boleh terus ke klinik panel PERKESO tanpa perlu buat bayaran. Sebelum ini perlu bayar guna wang sendiri dahulu, kemudian claim. pic.twitter.com/aemawEgbpA
Statistik Bencana Pekerjaan Pada 2024 Menunjukkan Penurunan
Terdahulu, Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata sebanyak 66,574 kes bencana pekerjaan telah direkodkan oleh PERKESO di Malaysia sepanjang 2024.
Namun rekod berkenaan mencatatkan penurunan sebanyak 2.4% berbanding 68,220 kes pada tahun 2023.
Dari segi jumlah tuntutan pula, PERKESO merekodkan tuntutan berjumlah RM8 juta melibatkan 20,000 kunjungan ke klinik panel.
Baca Artikel Berkaitan: Operator Kren Di Persiaran KLCC Temui Ajal Dalam Kabin Pada Ketinggian 20 Meter
Baca Artikel Berkaitan: 2 Pekerja Maut, 1 Cedera Selepas Terjatuh Dari Kren Di Putrajaya
Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Akta Kerja (Pindaan) 2022
Sebagai pekerja dan majikan, anda perlu mengambil tahu tentang Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 telah dilaksanakan pada 1 Januari 2023 agar tiada salah faham yang berlaku bagi kedua-dua belah pihak.
Antara kandungan pindaan akta ini adalah seperti:
- Tempoh bekerja seminggu dipendekkan dari 48 jam kepada 45 jam sahaja tidak termasuk waktu rehat.
- Tempoh cuti bersalin kepada wanita dipanjangkan dari 60 hari kepada 98 hari bagi semua pekerja tanpa mengira pangkat. Elaun Bersalin juga layak selama 98 hari dalam tempoh ini.
- Tidak boleh sesuka hati memecat atau membuang pekerja wanita yang hamil sekiranya mereka tidak melanggar mana-mana perkara seperti:
- Melanggar syarat kontrak kerja.
- Masih melakukan tindakan salah laku selepas diberikan surat amaran.
- Syarikat terpaksa ditutup akibat muflis.
- Cuti Sakit (MC) berbayar selama 14, 18 atau 22 hari diasingkan dengan Cuti Hospitalisasi 60 hari.
- Cuti Paterniti berjumlah tujuh hari diberikan kepada pekerja yang telah bekerja dengan majikan sama sekurang-kurangnya selama 12 bulan.
- Majikan diwajibkan untuk menampal notis tentang kesedaran gangguan seksual di tempat kerja.
Harapnya rakyat Malaysia kini lebih cakna dengan hak dan kebajikan mereka sebagai pekerja. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda semua!
Baca Artikel Berkaitan: Ini 7 Hak Pekerja Yang Anda Perlu Ambil Tahu. Nombor 4 Paling Penting!
Baca Artikel Berkaitan: Staf HR Gigih Telefon & Tanya Doktor Tentang MC Pekerja Undang Pelbagai Reaksi
Baca Artikel Berkaitan: Ruang Komen IG UNIQLO Jadi Sasaran Bekas Pekerja Luah Rasa Tak Puas Hati Dengan Sistem Pengurusan