
“Bos Kiriman Tuhan” – Christy Ng Dipuji Sediakan Ruangan Solat Selesa Buat Staf Muslim [Video]
Pengasas jenama Christy Ng itu berkata, usaha untuk mengubah suai bilik kosong menjadi sebuah surau tersebut adalah kerana pekerja Muslim yang semakin ramai di syarikat berkenaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui, setiap insan yang bergelar Muslim diwajibkan untuk menunaikan solat lima waktu sehari tidak kira di mana pun mereka berada. Ini termasuklah jika mereka sedang bekerja.
Namun, bukan semua syarikat yang menyediakan ruangan solat yang selesa buat kakitangannya. Sehinggakan ada yang terpaksa solat di dalam stor kerana tempat yang terhad.
Perkara ini sekaligus boleh mengurangkan motivasi pekerja untuk kekal berkhidmat di syarikat berkenaan, selain menyebabkan mereka tidak khusyuk untuk solat. Pun begitu, masih ramai majikan di luar sana yang prihatin tentang situasi sedemikian.
Christy Ng Sediakan Surau Lebih Besar & Selesa Untuk Staf
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila usahawan kasut dan pereka fesyen terkenal, Christina Ng atau lebih dikenali sebagai Christy berkongsi keadaan bilik kosong di syarikatnya yang telah diubah suai kepada surau untuk staf beragama Islam.
Menurut Christy, surau sedia ada di sana adalah terlalu kecil dan tidak dapat menampung jumlah pekerja Muslim yang semakin ramai.
“Christy ambil masa yang lebih lama untuk siapkan surau ni sebab Christy nak buat yang terbaik. Ruang ni dulu adalah bilik kosong yang terbiar.
“Agak teruk juga keadaan dia. Jadi Christy fikir untuk jadikan ruangan ini sebuah surau supaya dapat beri keselesaan dan ketenangan buat semua staf. Barulah solat jadi lebih khusyuk kan?” ujar Christy.
Tak Nak Pekerja Berhimpit Ketika Solat
Jelas Christy lagi, ruangan surau lama yang sempit membuatkan pekerjanya harus mengambil masa yang lama dan menunggu giliran untuk menunaikan solat.
“Christy tak sampai hati tengok diorang ni berhimpit. Rapatkan saf tu memang perlu tapi bukannya berhimpit kan?” tanya pereka fesyen tersebut.

Surau Baharu Terdiri Dengan Sentuhan Hutan Moden
Berbicara mengenai surau baharu itu, Christy berkata ruangan dengan sentuhan ‘modern jungle’ itu direka oleh pasukannya sendiri. Menerusi video tersebut, tempat ibadah itu turut dilengkapi kertas dinding (wallpaper) hijau rimba bersama tingkap plaster.
Bukan itu sahaja, Christy juga memasang karpet surau yang selesa untuk para pekerja beribadah.
Christy Beli Barangan Solat Dari Siti Khadijah Untuk Para Pekerja
Lebih mencuri perhatian, Christy juga menyediakan pakaian solat dari jenama Siti Khadijah untuk pekerjanya iaitu set telekung, sejadah, jubah, kain pelekat, kopiah dan banyak lagi.
“Telekung dan barangan solat pun dah cukup, surau pun dah siap. Jadi Christy rasa tak salah kalau minta mereka (pekerja Muslim) mendoakan agar syarikat ini sentiasa diberkati dan dirahmati. Biar kita semua sentiasa di bawah lindungan-Nya.
“Kewajipan sebagai majikan dah ditunaikan. Tinggal kewajipan masing-masing. Jangan jadikan surau ni tempat ponteng kerja,” tegas Christy.
@christyemilylove Solat jangan tak solat
♬ original sound – Christy Ng 💛
Tonton video [DI SINI].
Baca Artikel Berkaitan: Khairulaming Bawa Semua Staf Kilang Sambal Nyet Pergi ‘Retreat’ Dapat Pujian Ramai
Baca Artikel Berkaitan: “Bestnya Dapat Banglo 800K!” – Staf Terima Hadiah Mewah Dari Bonda Rozita Curi Perhatian
Ramai Puji Usaha Christy Sediakan Tempat Ibadah Yang Selesa
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji inisiatif Christy yang menitikberatkan kebajikan pekerja yang perlu menunaikan solat fardu.
“Wah bagusnya Christy Ng! Bagus sangat orang Cina pun fikir nak buat surau untuk staf, teringat bos tempat kerja dulu pun tiap kali waktu Zohor dan Asar pun dia ingatkan saya untuk solat,” kata seorang wanita.
Malah, ramai juga berkata tidak ramai majikan yang mementingkan isu surau yang kecil.
“Saya dulu solat dekat stor. Lepas tu terima aduan, solat dekat tangga je lah. Nama je syarikat besar, tapi kebajikan staf out (tak terjaga). Saya satu-satunya pekerja Muslim dekat tingkat tu. Bertahan setahun je pastu berhenti,” ujar seorang warganet.
Sementara itu, ramai warganet dilihat mahu menyokong bisnes dijalankan Cristy Ng pada masa akan datang.
“Tak sia-sia beli jenama Christy Ng. Akan selamanya jadi brand kegemaran, mulai dari sekarang sampai ke masa akan datang,” kata seorang pengguna TikTok.












Jenama Christy Ng Sudah Tembusi Pasaran Dunia
Kalau anda nak tahu, Christy Ng yang kini berusia 38 tahun telah memulakan bisnes dalam industri pembuatan kasut sejak tahun 2010 lalu.
Untuk info, jenama tempatan ini sudah memiliki 11 butik dengan kekuatan tenaga kerja melebihi 70 kakitangan di seluruh negara.
Jenama tersebut bukan sahaja terkenal di Malaysia, malah Christy Ng juga sudah menembusi pasaran dunia seperti di Filipina, Brunei dan Singapura. Menurut Christy dipetik Sinar Plus, dia sudah menanam minat dalam industri perniagaan sejak berusia sembilan tahun lagi.

Bagi mengekalkan jenama Christy Ng dalam pasaran, usahawan yang merupakan anak jati Kluang, Johor ini menyasarkan rekaan kasut yang premium, sesuai dan selesa digunakan oleh penduduk tempatan.
Lebih menarik lagi, Christy Ng telah memperluaskan kategori produknya yang mana jenama itu kini menjual barangan seperti beg sandang, beg tote, dompet, sandal, botol termo dan banyak lagi.

Baca Artikel Berkaitan: “Dia Boss Saya” – Staf Christy Ng Dedah Sisi Baik Majikan Selepas Dikritik Orang Ramai
Baca Artikel Berkaitan: Christy Ng Kongsi Pengalaman Mula Niaga Dari Rumah, Kini Ada 11 Cawangan Seluruh Malaysia
Baca Artikel Berkaitan: “Besar Pahala Insan Yang Bina” – Tempat Solat Wakaf Di Tengah Lautan Undang Perhatian Ramai [Video]