
“Dia Main Tak Keluar Boba Ke” – Ramai Geli Hati Lihat Anak Kambing Bermain Dengan Kucing [Video]
Video kucing bermain dengan seekor anak kambing digelar Teja itu telah meraih sehingga 5.9 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pencinta haiwan gemar berkongsi video bermacam gelagat binatang yang pasti menarik perhatian ramai.
Selalunya tular video haiwan peliharaan seperti kucing, anjing dan burung yang dilihat comel bermain atau melakukan sesuatu perkara yang aneh.
Namun lain pula apabila satu video yang sedang tular di media sosial memaparkan telatah seekor anak kambing!
Baca Artikel Berkaitan: “Macam Meme Hamster” – Video Tikus Angkat Tangan Ketika ‘Dibuli’ Kucing Raih 5.6 Juta Tontonan
Baca Artikel Berkaitan: Raih 3.5 Juta Tontonan, Gelagat Kucing Merajuk Abang Polis ‘Curi’ Patung Bikin Ramai Terhibur
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Lucu Anjing Merajuk Dengan Tuan Bikin Ramai Geli Hati. Macam Tengok Diri Sendiri!
Kucing Bermain Dengan Anak Kambing Di Ruang Tamu Rumah
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok (@sabrinaelisa_94) yang menyaksikan telatah dua sahabat bulus.
Seekor kucing (Kiki) berkaki pendek dan seekor anak kambing (Teja) dilihat bermain bersama di kawasan ruang tamu rumah dengan melompat-lompat di atas kerusi sofa.
Sekadar info, kucing bertompok putih kelabu itu merupakan campuran baka British Shorthair dan Munchkin.
Mereka kelihatan seperti sedang bermain kejar-kejar, dengan Kiki siap menepuk dahi Teja. Anak kambing itu juga dilihat ligat melompat-lompat. Nasib baik tak tertendang si kucing!
“Kecil-kecil boleh la main lompat-lompat dengan kucing. Besar nanti penyek budak pendek si Kiki tu kalau main lompat-lompat gitu lagi,” kata Sabrina.
@sabrinaelisa_94 kecik² boleh la main lompat² ngan kucing. besor² ni penyek budak pendek si kiki tu kalau dia main lompat² gitu lagi
♬ original sound – MAN KINABALU – MAN KINABALU
Tonton video [DI SINI].
Orang Ramai Tertarik Lihat Telatah 2 Sahabat Bulus
Gelagat mereka sememangnya mencuit hati orang ramai sehingga meraih 5.9 juta tontonan dan lebih 370 ribu tanda suka setakat artikel ini ditulis.
Orang ramai yang berasa geram melihat telatah Teja siap minta untuk meminjam anak kambing itu.
“Dia lupa ke dia kambing?” persoal seorang pengguna media sosial.
Ada juga yang memerhatikan sofa di ruang tamu tersebut yang sudah hancur di bahagian tepinya akibat dicakar. Biasalah kalau dah ada majikan berbulu di rumah.
Seorang pengguna TikTok pula berkata kedua-dua haiwan itu amat sesuai bersama kerana takut pada air. Namun lain pula menurut Sabrina apabila dikatakan Kiki siap berbaring di dalam lopak air hujan dan Teja pula seronok dimandikan.
Melihat anak kambing tersebut bebas dilepaskan di dalam rumah, beberapa individu juga mempersoalkan sama ada ia tidak membuang air di merata-rata tempat.
Dalam masa sama, ada pula yang berseloroh berkata ‘Pak Mat Western’ itu kelihatan comel.
“Kucing tu aku faham pengakhirannya macam mana. Tapi kambing tu, takkan nak buat korban,” kata seorang individu.












Teja Pandai Buang Air Di Tempat Disediakan
Dalam satu video lain yang dimuat naik, Sabrina berkata anak kambing itu telah membesar dengan kucing.
Katanya lagi, Teja menyangkakan dirinya seekor kucing hingga berasa takut dan melarikan diri apabila ternampak kambing lain.
Menurut Sabrina, Teja juga telah dilatih untuk membuang air di tempat yang disediakan seperti kucing peliharaannya yang lain.
Jadi tidak peliklah melihat anak kambing itu bebas bermain bersama adik-beradik kucingnya di dalam rumah. Memang comel betul!
@sabrinaelisa_94 Replying to @ainpink15 membesar dengan kucing, dia memang ingat dia kucing 😭 dia nampak kambing lain dia lari takuttt
♬ [Animals and dishes] Cute BGM – Sound Owl
Baca Artikel Berkaitan: Video Kucing Ini ‘Redha’ Disolek Budak Perempuan Raih 2 Juta Tontonan!
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Nak Gaduh Tapi Tak Sihat” – Gelagat Kucing Bersin Sewaktu Gaduh Buat Ramai Geli Hati
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Dah Macam Kerja Offshore! Kucing Tersadai Hampir 2 Bulan Atas Kapal Buat Ramai Terhibur