fbpx
Now Reading
Influencer Mukbang Jepun, Yuka Kinoshita Umum Bersara Kerana Masalah Kesihatan

Influencer Mukbang Jepun, Yuka Kinoshita Umum Bersara Kerana Masalah Kesihatan

Menurut influencer yang dikenali sebagai Yuka Kinoshita persaraannya daripada membuat video mukbang adalah disebabkan masalah kesihatan yang dialami selama bertahun-tahun.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mukbang merupakan salah satu konten video dilakukan oleh segelintir individu menunjukkan perbuatan makan dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa.

Malah video konten mukbang ini sentiasa mempunyai pengikut tersendiri iaitu mereka yang suka melihat kebolehan sesorang makan dalam kuantiti banyak.

Bukan hanya itu, ada juga yang cuba untuk meniru perbuatan tersebut meskipun tahu ia bukan sesuatu perkara yang baik.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Konten ‘Mukbang’ Di Media Sosial Beri Pengaruh Buruk Pada Pencipta Kandungan & Penonton – Pakar Perubatan

Influencer mukbang umum bersara atas faktor kesihatan dan umur

Baru-baru ini seorang influencer yang juga terkenal dengan konten video mukbang di Jepun, Yuka Kinoshita mengumumkan persaraannya daripada aktiviti tersebut.

Menurut Yuka dia memilih untuk berhenti daripada bidang itu disebabkan faktor kesihatan dan juga umur.

Perkara itu dimaklumkan oleh influencer berkenaan menerusi satu video di YouTube pada 1 Februari lalu. Walau bagaimanapun, pengumuman itu dibuat selepas sebulan Yuka membuat kemunculan semula di media sosial sebaik berehat selama tujuh bulan.

Sebelum ini alami masalah gangguan bipolar

Memetik South China Media Post (SCMP), wanita itu menggunakan masa tersebut untuk berkurung di rumah disebabkan mengalami gangguan bipolar.

“Saya akan meraikan hari jadi yang ke-40 pada 4 Februari dan ia agak sukar untuk saya terus membuat video makan dalam kuantiti banyak.

“Saya sangat letih. Kesihatan saya merosot selama bertahun-tahun. Tidak ada masalah untuk makan seperti orang biasa tetapi saya berasa letih walaupun tidak kenyang.

“Jadi saya takut saya tidak boleh makan banyak seperti sebelum ini,” ujarnya.

Mula jadi perhatian selepas sertai satu program realiti di Jepun

Yuka memulakan kerjayanya pada 2009 dalam sebuah rancangan realiti Jepun The Battle of Big Eaters.

Walau bagaimanapun dia tidak memenangi pertandingan tersebut namun menjadi perhatian kerana boleh makan secara banyak dan memiliki badan yang langsing serta comel.

Dia kemudian membuka saluran YouTube pada tahun 2014 untuk berkongsi aktiviti makan secara berlebihan (mukbang) dalam video yang dibuat.

Boleh makan sekitar 5,000 hingga 20,000 kalori untuk mukbang

Sebelum ini, Yuka Kinoshita pernah menunjukkan dirinya makan 600 ketul ayam goreng, 100 burger, 5 kilogram (kg) stik , 5kg ramen dan kesemuanya dimakan dalam satu masa.

Influencer yang juga mempunyai berat 47kg menganggarkan mengambil sekitar 5,000 sehingga 20,000 kalori sewaktu mukbang.

Yuka Kinoshita bagaimanapun dilihat berhenti memuat naik sebarang konten bermula tahun 2024 dan membuat kemunculan pada Ogos. Malah dia memaklumkan sedang pulih daripada masalah mental.

Bukan hanya itu, dalam video yang dimuat naik influencer berkenaan memaklumkan dia hanya ingin fokus dengan kehidupan bersama tiga ekor kucing dan sudah berasa gembira dengannya.

“Saya tiada mood untuk bercinta dan tidak pernah terfikir untuk berkahwin. Dengan tiga ekor kucing saya, saya cukup gembira dan berpuas hati.

“Untuk tahun baru ini, saya harap saya boleh ‘hidup panjang’ seperti ular.”

Ramai hormati keputusan dan minta influencer jaga kesihatan

Melihat di ruangan komen, pengumuman persaraannya itu turut disambut baik oleh pengguna media sosial.

Mereka juga meminta influencer berkenaan untuk menjaga kesihatan kerana ia adalah lebih berharga.

“Kesihatan yang baik sangat penting, saya ikhlas mengucapkan terima kasih untuk video-video yang lepas. Melihatnya begitu ‘therapeutic’..”
“Kesihatan sentiasa menjadi keutamaan! Saya suka melihat anda masak dan eksperesi ketika menikmati makanan. Meskipun saya berpuas hati melihat anda makan dalam kuantiti banyak, saya juga risau mengenai masalah kesihatan…”
“Konoshita adalah YouTuber makanan kegemaran saya. Saya juga menderita masalah depresi 10 tahun lalu. Padahal 10 tahun lalu, saya berasa gembira melihat anda. Saya harap awak beri perhatian kepada badan dan buat perkara yang buat anda gembira…”
“Yuka adalah seorang yang menarik, walaupun dia tidak makan banyak! Saya harap dia boleh menjaga kesihatan dan teruskan menjadi YouTuber untuk tempoh yang lama. Saya menunggu untuk video lain.”

BACA ARTIKEL BERKAITAN: YouTuber Mukbang ‘Prank’ Orang Ramai, Dalam Diam Turun 113Kg Berat Badan [Video]

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Influencer Mukbang Di China Meninggal Dunia Akibat Makan Berlebihan, Perut Penuh Makanan Tak Dihadam

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.