fbpx
Now Reading
“Level Hantaran RM30K” – Ramai Lelaki Puji Wanita Tular Baca Al-Quran Dalam MRT [Video]

“Level Hantaran RM30K” – Ramai Lelaki Puji Wanita Tular Baca Al-Quran Dalam MRT [Video]

Kelihatan wanita itu membaca al-Quran dalam keadaan berdiri sambil menunggu tren tersebut tiba di lokasi yang ingin ditujuinya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Selain melakukan perkara wajib dan meninggalkan segala larangan, Islam juga sentiasa mengalakkan umatnya untuk memperbanyakkan ibadah sunat agar amalan itu dapat menjadi bekalan mereka di hari akhirat kelak.

Tidak dinafikan, kesibukan kerja antara penyebab seseorang muslim tidak mempunyai masa untuk melakukan ibadah-ibadah sunat.

Malah, ada pula yang gemar membuang masa dan tidak melakukan apa-apa sebaliknya hanya bermain telefon atau mendengar lagu. Namun tidaklah semuanya bersikap sebegitu.

Tular wanita khusyuk baca al-Quran dalam tren

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang wanita dilihat khusyuk membaca al-Quran semasa berada di dalam sebuah tren dipercayai MRT.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @memeylufiaz, kelihatan wanita itu membaca kitab suci dalam keadaan berdiri sambil menunggu tren tersebut tiba di lokasi yang ingin ditujuinya.

Gelagat wanita tersebut telah mencuri perhatian seorang individu yang turut berada di dalam tren berkenaan dan bertindak merakamnya.

Penumpang lain main telefon dan leka lihat luar tingkap tren

Di dalam video sama, kelihatan penumpang-penumpang yang lain sedang bermain telefon bimbit seperti kebiasaan yang dilakukan oleh ramai orang.

Malah, ada juga individu yang hanya menikmati perjalanannya dengan merenung ke tingkap luar tren tersebut.

Tidak semua orang mampu membaca atau melihat telefon bimbit ketika menaiki kenderaan kerana akan berasa pening dan sebagainya.

Netizen terutamanya lelaki pakat beri pujian

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terutamanya kaum lelaki memberikan pujian terhadap wanita berkenaan.

Malah, mereka turut menyatakan adalah berbaloi untuk wanita ini meminta wang hantaran yang tinggi.

Terdapat juga satu komen daripada seorang pengguna TikTok yang mendakwa wanita itu bukanlah seorang hafizah, sebaliknya mengikuti kempen #qurantaktinggal sempena ingin menjelang bulan Ramadan tidak lama lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.