fbpx
Now Reading
Nafkah Ikut Kemampuan Suami, Bukan Kehendak Isteri – Peguam Syarie [Video]

Nafkah Ikut Kemampuan Suami, Bukan Kehendak Isteri – Peguam Syarie [Video]

Menurut Peguam Syarie yang dikenali sebagai Azri, alatan solek dan perhiasan yang lain bukanlah menjadi suatu kewajipan untuk seseorang suami menunaikannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Tidak dinafikan, masalah kewangan merupakan antara penyebab berlakunya keruntuhan sesebuah institusi kekeluargaan di Malaysia.

Perkara sebegini berlaku kerana sesetengah pasangan yang ingin berkahwin tidak berbincang terlebih dahulu mengenai ekonomi diri dan kewangan masing-masing.

Malah, ada juga yang langsung tidak mengambil tahu tentang kewajipan nafkah dan perkara yang wajib ditanggung suami terhadap isterinya.

Nafkah ikut kemampuan suami

Seperti baru-baru ini, seorang Peguam Syarie yang dikenali sebagai Azri menjelaskan bahawa nafkah adalah bergantung kepada kemampuan suami dan bukannya mengikut kehendak isteri.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya (@azrieyyyyy), Azri menyatakan tentang perkara itu kerana ada wanita yang ingin membuat tuntutan nafkah di Mahkamah Syariah kerana merasakan nafkah bulanan yang diberikan suaminya tidak mencukupi.

Menurutnya, wanita terbabit menyatakan suaminya yang berkerja sendiri dan meraih pendapatan yang tidak menentu telah memberi nafkah bulanan sebanyak RM700.

Nilai tersebut dianggap tidak mencukupi buat wanita berkenaan kerana ia hanya cukup untuk membeli makanan dan pakaian sahaja, sementara peralatan solek serta perhiasan lain terpaksa ditambah dengan menggunakan duitnya sendiri.

Suami dah tunaikan kewajipan beri nafkah asas

Susulan itu, Azri berkata berdasarkan situasi wanita tersebut suaminya telah menunaikan kewajipan memberi nafkah yang asas.

Jelasnya, alatan solek dan perhiasan yang lain bukanlah menjadi suatu kewajipan untuk seseorang suami menunaikannya.

Berkongsi lanjut, beliau berkata tindakan wanita itu dengan menuntut nafkah di mahkamah juga boleh menjejaskan hubungan di antara dia dan suaminya.

“Para ulama fiqh telah sepakat dalam pemberian nafkah terhadap isteri adalah wajib sekadar memenuhi keperluan asas dengan mengikut kemampuan suami dan seorang isteri tidak seharusnya membebankan suami dengan permintaan diluar kemampuannya, melainkan sekiranya suami seorang yang kaya dan memiliki harta yang lebih untuk menunaikan segala permintaanya,” katanya.

@azrieyyyyy

Part 68: Para ulama figh telah sepakat dalam pemberian nafkah terhadap isteri adalah wajib sekadar memenuhi keperluan asas dengan mengikut kemampuan suami dan seorang isteri tidak seharusnya membebankan suami dengan permintaan diluar kemampuannya, melainkan sekiranya suami seorang yang kaya dan memiliki harta yang lebih untuk menunaikan segala permintaannya. #lawyersyariekelantan #lawyersyarieazri #nafkah

♬ оригинальный звук – koba_bakytovich

Apa itu nafkah?

Memetik Malaysia Bersuara, nafkah adalah perbelanjaan yang perlu dikeluarkan seseorang terhadap ahli keluarga.

Manakala dari segi syarak pula, nafkah adalah pemberian barang keperluan seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan selainnya.

Menurut Syeikh Wahbah al-Zuhaili (al-Fiqh al-Islam wa Adillatuh), majoriti ulama bersetuju bahawa terdapat tujuh jenis nafkah yang wajib diberi kepada isteri iaitu:

  • Makanan
  • Barang-barang dapur
  • Pakaian
  • Tempat tinggal
  • Alat-alat untuk membersihkan diri
  • Barangan rumah
  • Pembantu rumah jika isterinya mempunyai seorang sebelum berkahwin

Hukum memberi nafkah

Pemberian nafkah oleh suami kepada isteri adalah wajib. Jika suami tidak memberi nafkah kepada isteri serta anak-anak, ia akan menjadi suatu dosa.

Tidak hanya itu, suami juga tetap wajib memberikan nafkah kepada isteri yang bekerja walaupun pendapatan isterinya lebih tinggi daripadanya.

Nafkah isteri berdasarkan undang-undang Malaysia pula merangkumi makan minum, pakaian, tempat tinggal dan perubatan sahaja. Manakala duit belanja pula tidak dikira sebagai nafkah.

Baca Artikel Berkaitan: “Kita Yang Sebak” – Ramai Tersentuh Dengar Pesanan Peguam Tentang Nafkah Bapa Kepada Anak [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Peguam Terangkan Suami Tidak Wajib Bagi Isteri Duit Poket Jika Sudah Sediakan 4 Perkara Ini [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.