
Peguam Bagi ‘Warning’, Jangan Tumpang Kereta Rakan Terlibat Dadah [Video]
Peguam tersebut memberi nasihat sedemikian berdasarkan kes yang sedang dikendalikannya di Mahkamah Tinggi Kuantan melibatkan anak guamnya yang menumpang kereta rakan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Dadah musuh negara! Ya semua orang tahu tentang perkara terbabit meskipun masih ada segelintir rakyat Malaysia yang terjerumus dengan bahan terlarang itu.
Ramai di antara rakyat Malaysia yang benci akan dadah dan tidak mahu dirinya serta ahli keluarganya terjemak kerana kesan dikemudian hari sudah tentu buruk seperti ditangkap dan dipenjara.
Bagaimanapun, ada sesetengah kes di mana seseorang itu bukanlah penagih atau pengedar dadah, namun diheret ke mahkamah dan didakwa angkara orang lain.
Peguam titip nasihat hati-hati tumpang kereta orang lain, berkemungkinan ada dadah
Seperti baru-baru ini, seorang peguam yang dikenali sebagai Adi Zulkarnain menasihati orang ramai agar berhati-hati ketika menumpang kereta individu lain termasuk kenalan yang diragui.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Adi berkata hal ini kerana individu lain mahupun rakan-rakan yang disyaki terlibat dadah berkemungkinan akan membawa barang terlarang itu di dalam kenderaan mereka.
“Jangan tumpang kereta kawan-kawan yang awak sendiri tak yakin, sila berhati-hati, jangan tumpang kawan yang terlibat dengan dadah.
“Kalau awak tak tahu itu memang nasib, tapi memang kena ‘berlayar’ (hadapi perbicaraan) dua hingga tiga tahun,” katanya.
Anak guam dipercayai tumpang kereta kawan yang miliki dadah
Adi memberi nasihat sedemikian berdasarkan kes yang sedang dikendalikannya di Mahkamah Tinggi Kuantan melibatkan anak guamnya yang menumpang kereta rakan.
Menurutnya, dalam kes terbabit, dadah jenis morfin seberat 29 gram telah ditemui di dalam sebuah kereta yang dinaiki oleh tiga individu termasuk anak guamnya.
Susulan itu, anak guamnya telah didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.
@adi_zulkarnain Walaupun kurang sihat hari ini, tetap menjalankan amanah yang diberikan. Sekali lagi, kes menumpang kawan. Hati-hati menumpang kereta orang yang awak tak pasti latar belakangnya #PeguamJenayah #39B #Mahkamah #Lawyer #Court
♬ original sound – Adi Zulkarnain – Adi Zulkarnain
Baca Artikel Berkaitan: Anak Ketagih Dadah, Ibu Bina Penjara Dalam Rumah Untuk Lindungi Diri & Jiran
Baca Artikel Berkaitan: Tertuduh Mohon Hukuman Gantung Sampai Mati Lepas Disabit Kesalahan Edar Dadah