
Pekerja OKU Di R&R Raih Pujian, Gigih Bekerja Walaupun Ada Kekurangan [Video]
Menerusi video yang dikongsikan, wanita yang merakam gelagat pemuda OKU itu di R&R Temerloh, Pahang turut menyifatkan dia sebagai seorang yang ringan tulang.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Seseorang yang bergelar Orang Kurang Upaya (OKU) sering dilihat menjadi inspirasi kepada orang ramai.
Ini kerana kekurangan dari segi fizikal mahupun mental tidak menghalang mereka dari terus berusaha untuk kehidupan yang lebih baik.
Malah adakanya usaha yang ditunjukkan oleh segelintir individu OKU ini turut menjentik hati orang ramai untuk berusaha lebih lagi seperti mereka.
Pemuda OKU rajin bekerja walaupun ada kekurangan
Perkara sama turut dilakukan oleh seorang pemuda OKU yang bekerja di kawasan rehat dan rawat (R&R) Temerloh menghala ke Kuantan, Pahang yang rajin sewaktu melakukan pekerjaannya.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Zatie Sofiee di TikTok, awalnya kelihatan pemuda berkenaan berdiri di kaunter pembayaran seperti sedang menunggu sesuatu.
Turut kelihatan wanita yang berada di kaunter pembayaran juga dilihat mengambil wang daripada tangan pemuda OKU sebelum memasukkannya ke dalam mesin duit.
Tidak lama kemudian kelihatan wanita itu mengambil bungkusan minuman dan ia diberikan kepada pemuda OKU.
Sebaik menerima bungkusan itu dia lantas beredar sambil berjalan dari kaunter berkenaan dipercayai mungkin ingin menghantar air minuman kepada pelanggan atau membungkus air itu untuk diri sendiri.
Wanita sifatkan pemuda OKU rajin bekerja
Kelihatan pemuda itu mengalami kecacatan di bahagian kaki dan juga tangan kerana tidak dapat berjalan dengan betul.
“Rajin dia kerja, walaupun dia OKU, sentiasa senyum je. Bagi duit dekat dia tadi pun, dia senyum je sambil ucap ‘terima kasih kak’. Sihat selalu ya dik,” kata Zatie di ruang kapsyennya.
@zatiesofieeee rajin dia kerja walaupun dia kurang upaya , sentiasa senyum je . bagi duit kat dia tadi pun , dia senyum je sambil ucap ” TERIMA KASIH KAK ” … sihat selalu ya dik 🥹❤️ #fyp #oku #rajin #rnrtemerloh #lpt p/s : adik ni kerja kat rnr temerloh hala nak ke kuantan ..
♬ Namun Ku Punya Hati By Revolvers – Abam_JiwangkapaK
Ramai kagum dan doakan pemuda OKU
Melihat di ruangan balas ramai yang mendoakan pemuda OKU serta kagum dengan usaha ditunjukkan apabila rajin bekerja untuk meneruskan kehidupan.
Malah ada yang menyokongnya dengan menyifatkan pemuda itu tidak menjadikan kekurangannya sebagai satu penghalang untuk terus berusaha.
Tidak kurang juga ada individu yang mendakwa pemuda itu sudah tidak mempunyai ibu bapa dan kini tinggal bersama bapa saudaranya.

“Dia yang kurang sempurna pun 6 tahun kerja, yang sempurna ni kerja berhenti, kerja berhenti..”

“Adik saya OKU juga bisu dan pekak tapi memang rajin kerja dekat kantin sekolah, dah jadi staf kegemaran bos dia.”

“Makin laju air mata ni turun bila dapat tahu dia anak yatim piatu”
