
Sekolah Sedia Ampaian Baju Uniform Terpakai Untuk Golongan Memerlukan Raih Pujian
Menariknya, ia bukan sekadar baju terpakai namun ada juga baju baru yang masih mempunyai tanda harga turut diletakkan di situ.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi, sesi baharu persekolahan di kebanyakan sekolah di Malaysia akan bermula.
Sudah pastinya ramai ibu bapa kini sedang membuat persiapan membeli barang kelengkapan buat si anak contohnya seperti buku dan baju sekolah.
Ada juga yang memilih untuk berjimat dengan menggunakan barang lama jika masih elok untuk digunakan.
Namun, tidak semua yang berkemampuan menyediakan kelengkapan sekolah buat anak tersayang disebabkan beberapa isu khususnya masalah kewangan.
Sekolah Buat Ampaian, Ibu Bapa Boleh Sedekah Baju Sekolah Yang Tak Digunakan Lagi
Prihatin dengan nasib golongan yang memerlukan, sebuah sekolah di Gombak, Selangor tampil dengan inisiatif untuk membantu golongan tersebut.
Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Wan LuQman, dia memuji usaha pihak sekolah dalam membantu ibu bapa dan murid yang kurang berkemampuan untuk membeli baju uniform.
Jelas Wan Luqman, Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Seri Gombak 2 telah menyediakan ampaian buat ibu bapa yang mahu memberi uniform sekolah yang tidak lagi digunakan.
“Dulu-dulu ampaian ni kecil je letak kat depan pondok jaga (pengawal keselamatan). Alhamdulillah sekarang ampaian dah makin besar.
“Usaha murni dari pihak sekolah dan ibu bapa. Mana-mana baju yang masih elok tapi dah tak pakai boleh letak kat sekolah,” kongsinya.
Ibu Bapa Yang Kurang Berkemampuan Boleh Ambil Baju Uniform Sekolah
Apa yang menjadi perhatian adalah baju uniform yang digantung di ampaian tersebut boleh diambil oleh mana-mana ibu bapa atau murid yang memerlukan.
Menariknya, bukan sekadar baju terpakai namun ada juga baju baru yang masih mempunyai tanda harga turut diletakkan di situ.
Malah, turut terdapat baju uniform seperti pengakap dan pengawas sekolah turut digantung pada ampaian tersebut.
Pengguna Puji Sekolah & Ibu Bapa Cetuskan Idea Bantu Golongan Memerlukan
Inisiatif tersebut nyata menarik perhatian Wan Luqman sehingga dia menzahirkan ucapan terima kasih dan memuji individu yang mencetuskan idea berkenaan.
“Mana-mana parents (ibu bapa) yang bajet tengah ketat, boleh datang pilih dan ambil. Terima kasihlah pada mereka yang cetuskan idea macam ini. Sungguh memberi 1,000 makna untuk segolongan dari kita.
“Kos untuk tiga hingga empat orang anak nak masuk sekolah RM1k++ tak lari. Kita sama-sama bantu.
“Ada parents yang letak baju baru (masih ada tag tanda harga), terbaik semua parents dan cikgu-cikgu SK Taman Seri Gombak 2.
“Di saat dunia dipenuhi dengan sang tamak, takde hati perut, Alhamdulillah masih ada yang pemurah atas muka bumi ini,” kongsinya lagi.
Dulu² ampaian ni kecik je letak kat depan pondok jaga. Alhamdulillah sekarang ampaian dah makin besar. Usaha murni…
Posted by Wan LuQman on Monday 10 February 2025
Ramai Turut Puji Inisiatif Sekolah Sediakan Ruang Baju Uniform Terpakai
Hantaran tersebut nyata mendapat perhatian pengguna media sosial yang lain.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang memuji tindakan pihak sekolah dan ibu bapa dalam menyediakan bantuan sebegitu buat mereka yang memerlukan.
Lebih menarik, rupanya ada juga sekolah lain yang telah melakukan perkara sama dengan melakukan inisiatif sedemikian.
Tidak kurang juga ada yang mahu cara sebegitu diperluaskan ke sekolah-sekolah lain di Malaysia agar lebih ramai lagi golongan memerlukan mendapat bantuan.
Ini antara komen pengguna Facebook:
“Terbaik! Ini Yang Kita Mahukan, Idea Yang Bijak & Bernas”

“Sekolah Anak Saya Pun Ada Buat, Geng AJK PIBG Punya Program, Bolehlah Ringankan Beban Emak Ayah Yang Kurang Berkemampuan”

“Boleh Buat Dekat Semua Sekolah, Bantu Ringankan Yang Kurang Berkemampuan”

“Betul, Sangat Membantu Ini, Kita Pun Boleh Start Menyumbang Daripada Membzair Pakaian”

“Sekolah Saya Pun Ada Buat, Betul, Sangat-Sangat Membantu Mereka Yang Kurang Berkemampuan”

“Bagus Betul Idea Macam Ini, Meringankan Beban Parents Yang Tak Mampu & Juga Beri Peluang Untuk Orang Bersedekah”

Baca Artikel Berkaitan: Guru Terkilan, Ada Ibu Bapa Dakwa Tak Dapat Bantuan BAP Penuh Walhal Anak Dah Guna Duit [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Belanjawan 2025: Ini Antara Inisiatif Yang Disediakan Untuk Ringankan Beban Ibu Bapa
Baca Artikel Berkaitan: Terkesan Lihat Kesusahan Orang Lain, CEO Kilang Coklat Berusia 11 Tahun Bantu Golongan Memerlukan