fbpx
Now Reading
Tular Peti Ais Lama Dijual Harga RM20,000, Rupanya Dah Ada Yang Beli Tanpa Tawar-Menawar

Tular Peti Ais Lama Dijual Harga RM20,000, Rupanya Dah Ada Yang Beli Tanpa Tawar-Menawar

Dek kerana video peti ais RM20k yang tular itu, rupanya ada yang menghantar mesej peribadi (DM) kepada Mohamd Azli atau dikenali sebagai Abang Mat menyatakan minat untuk memiliki peralatan elektrik tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Pada 4 Februari lalu, kami ada melaporkan kisah seorang lelaki yang mahu menjual peti ais lama dengan harga RM20,000.

Lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai Abang Mat itu mendedahkan peralatan elektrik yang berusia 40 tahun itu tidak pernah rosak atau ditambah gas sepanjang penggunaannya.

Hantaran tersebut nyata mendapat perhatian ramai hingga masing-masing mempunyai pendapat tersendiri apabila melihat keadaan peti ais lama yang agak usang itu.

Ada yang bersetuju dengan harga jualan peti ais berkenaan namun ada juga yang mengkritik kerana harganya yang disifatkan terlalu mahal.

Baca Artikel Berkaitan: “Ini Rare” – Lelaki Nak Jual Peti Ais Lama Berusia 40 Tahun Dengan Harga RM20,000 Undang Pelbagai Reaksi [Video]

Membesar Dengan Peti Ais, Ada Nilai Sentimental

Siapa sangka, rupanya peti ais yang tular itu ada peminatnya tersendiri dan telahpun diserahkan kepada pemilik yang baharu.

Memetik Harian Metro, Abang Mat atau dikenali sebagai Mohamad Azli Bidin menjelaskan dia terpaksa melepaskan juga peti ais kesayangannya itu kerana telah ada pembeli yang berminat.

Kongsi Mohamad Azli yang merupakan seorang pembuat jamu herba, pekebun dan usahawan, peti ais jenama Singer itu masih berfungsi dengan baik dan mempunyai nilai sentimental kerana dia membesar dengannya.

“Usia peti ais itu mencecah 42 tahun, ia hanya ada satu pintu dan tak silap saya, arwah ayah beli pada harga kira-kira RM300.

“Umur saya pun hampir menyamai usia peti ais itu dan ia bukan sekadar barangan lama, tetapi saksi perjuangan serta simbol usaha untuk saya keluar daripada kesusahan. Boleh dikatakan, ia satu daripada barangan kesayangan.

“Saya sekadar berkongsi video hendak jual peti ais itu pada harga RM20,000 sebagai content (perkongsian) untuk mengimbau nostalgia lama, tidak sangka ada yang serius mahu membelinya,” katanya yang dipetik dari Harian Metro.

Ada Yang DM Nyatakan Minat Mahu Membeli, Jual Tanpa Tawar-Menawar

Penularan video tersebut membuatkan ada yang menghantar mesej peribadi (DM) kepada Mohamd Azli menyatakan minat untuk memiliki peti ais tersebut.

“Ramai yang DM (hantar kiriman mesej) dan ada tiga individu menyatakan minat untuk membeli peti ais itu.

“Saya jual kepada seorang lelaki dari Melaka yang juga pengumpul barangan antik kerana dia yang pertama kirim mesej.

“Lelaki itu juga setuju dengan harga jualan, tiada tawar-menawar, malah dia ambil peti ais pada hari sama. Saya lepaskan juga peti ais itu bukan kerana perlukan wang, saya harap ia dapat mencipta nilai di tempat lain dengan pemilik baru,” jelasnya.

Lebih menarik, sebahagian wang yang diperolehi daripada hasil jualan tersebut akan diguna untuk membantu individu yang memerlukan.

Tidak kisah Ada Yang Kata Diri Gila Kerana Jual Peti Ais Harga Tak Masuk Akal

Jelas Mohamad Azli, dia menerima sahaja reaksi dari pengguna media sosial sama ada yang positif atau negatif.

“Saya turut baca komen dilontarkan, ada yang positif kerana faham nilai barangan lama.

“Tapi, ada juga kecaman, mereka kata saya ‘gila’ kerana nak jual peti ais yang dianggap buruk dengan harga tak masuk akal.

“Saya okey saja kerana faham setiap daripada kita mempunyai pandangan berbeza. Barangan lama memang ada peminatnya tersendiri dan buktinya, peti ais berkenaan terjual,” katanya.

Baca Artikel Berkaitan: “Makin Rare, Makin Mahal” – Lelaki Jual 2 Majalah Ujang RM4,000 Raih Perhatian Ramai [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Persoal Lelaki Jual Basikal Tua Klasik Dengan Harga RM1000 Seunit

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.