fbpx
Now Reading
10 Bulan Dalam Kereta Kini Duduk Dalam Khemah, Ramai Mahu JKM & NGO Bantu Pasangan Ini [Video]

10 Bulan Dalam Kereta Kini Duduk Dalam Khemah, Ramai Mahu JKM & NGO Bantu Pasangan Ini [Video]

Menurut Cik Na Kitchen yang berkongsi mengenai pasangan suami isteri itu, mereka telah tinggal di dalam kereta hampir 10 bulan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Tidak dinafikan rumah merupakan sebuah tempat buat seseorang untuk berehat bersama keluarga dan sebagainya.

Malah rumah juga sering dianggap sebagai tempat berteduh buat sesebuah keluarga untuk menyemai kasih sayang, berlindung dan banyak lagi.

Namun tidak semua bernasib baik mempunyai rumah untuk berteduh sehingga terpaksa hidup di kaki lima, dalam kereta, menumpang di rumah saudara-mara dan sebagainya.

Suami isteri tinggal dalam kereta hampir 10 bulan kerana tiada rumah

Baru-baru ini, satu pasangan suami isteri ini turut menjadi perhatian orang ramai apabila mereka dipercayai hidup di dalam kereta untuk tempoh yang lama kerana tidak mempunyai rumah.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Cik Na Kitchen di TikTok, awalnya kelihatan seorang lelaki dipercayai warga emas berada di belakang kereta Proton Saga lama seperti sedang menyediakan bahan untuk memasak.

Kelihatan pakcik tersebut turut membuka bonet belakang yang dipenuhi dengan pelbagai barang seperti perkakas dapur.

Malah turut kelihatan kuali, bekas makanan, besen dan banyak lagi yang diletakkan dalam kereta tersebut.

Pakcik itu dilihat menyediakan bahan masakan sambil berbual dipercayai dengan perakam. Tidak lama selepas itu, kelihatan pakcik berkenaan membuang sampah sebelum menuju ke sebuah khemah kecil yang diletakkan di kaki lima deretan kedai.

Kereta rosak dan terpaksa berteduh dalam khemah di tepi koridor kedai

Menurut Cik Na, sebelum ini pakcik berkenaan menggunakan keretanya sebagai tempat berteduh namun disebabkan ia mengalami kerosakkan mereka terpaksa menumpang berteduh di tepi koridor kedai.

“Tinggallah mereka berdua menumpang di koridor kedai, berlindung setakat mana yang mampu. Sejuk malam, panas, siang entah cukup makan atau tidak.

“Hidup ini kadang-kadang macam tak adil, tapi harap ada sinar untuk mereka nanti,” ujarnya.

@cik.na.kitchenn

Dulu sekurang-kurangnya depa masih ada kereta buat berteduh,tapi la ni kereta tu pun dah tak boleh jalan. Tinggal lah depa berdua menumpang di koridor kedai,berlindung setakat mana yang mampu.Sejuk malam,panas siang,entah cukup makan entah tidak. Hidup ni kadang-kadang macam tak adil,tapi harap ada sinar untuk depa nanti… #fyppppppppppppppppppppppp

♬ Bila Waktu Tlah Berakhir – Opick

Minta orang ramai kongsi kongsi mengenai pasangan suami isteri agar dapat bantuan

Di ruangan komen Cik Na turut meminta orang ramai untuk berkongsi mengenai pakcik berkenaan agar dapat membantunya untuk mendapatkan tempat berlindung memandang bulan puasa juga sudah semakin dekat.

Malah dia turut memaklumkan pakcik berkenaan sudah 10 bulan tidak mempunyai rumah.

Dalam satu lagi video yang pernah dikongsikan oleh Cik Na sebelum ini, kelihatan pakcik berkenaan dan isterinya memasak di tepi longkang.

Cik Na turut mengatakan dia sering melihat pasangan itu berada di sekitar Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

@cik.na.kitchenn

Sedih selalu tengok uncle dgn auntie ni masak tepi2 longkang dan makan dan tido dalam kereta.. Aku rasa diorang tak ada rumah selalu nampak kawasan bandar sri permaisuri cheras.. Buat iktibar untuk aku dan hampa semua,kalau kita susah ada lagi orang susah dari kita.. Sebelum ni ada tengok story @abgred yang dia tido dalam kereta,rupanya ramai senasib mcm ni… #flypシ

♬ Jeritan Hati – Cut Zuhra

Ramai yang kasihan lihat pasangan suami isteri terpaksa hidup dalam kereta

Melihat di ruang komen, ramai yang kasihan dengan nasib menimpa pasangan itu dan meminta pihak seperti Badan Bukan Kerajaan (NGO) atau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menghulurkan bantuan kepada mereka.

Ada juga yang meminta untuk mereka mendapat bantuan zakat untuk membayar rumah sewa dan sebagainya.

Tidak kurang juga ada yang meminta seorang individu dikenali sebagai Abbehae yang sering tampil membantu individu memerlukan dalam kontennya untuk membantu pasangan berkenaan.

“Boleh usahakan masuk rumah orang tua-tua ni, kesiannya.”
“Tolong pakcik ni, dah 10 bulan tidur koridor”
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.