
Gajah Mengamuk & Rosakkan Kereta Gara-Gara Rider Tidak Sabar Buat Ramai Geram [Video]
Menerusi dashcam tular bertarikh 11 Februari, gajah itu pada mulanya dilihat berada di tepi jalan dipercayai mahu masuk semula ke dalam hutan namun terganggu dengan kehadiran motosikal terbabit.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sejak akhir-akhir ini, ada sahaja berita atau video tular di media sosial melibatkan gajah.
Manakan tidak, ada sahaja pengguna jalan raya khususnya di Lebuh Raya Timur Barat (Jeli-Gerik) akan berjumpa atau bertembung dengan haiwan darat terbesar di dunia ini.
Kebiasaannya, pengguna akan berhenti bagi memberi laluan kepada haiwan berkenaan sebelum meneruskan perjalanan.
Ini kerana gajah merupakan haiwan sensitif dan boleh bertindak di luar batas jika ada yang mengganggunya.
Rider Degil Tetap Nak Teruskan Perjalanan Walaupun Berpatah Balik
Gara-gara sikap tidak sabar seorang penunggang motosikal, sebuah kereta menjadi ‘mangsa’ seekor gajah di Lebuh Raya Timur Barat (Jeli-Gerik)
Menerusi rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang tular di media sosial bertarikh 11 Februari 2025, seekor gajah pada mulanya dilihat berada di tepi jalan dipercayai mahu masuk semula ke dalam hutan berhampiran.
Namun, sikap tidak sabar seorang penunggang motosikal yang menghampiri gajah tersebut menyebabkan haiwan berkenaan terganggu dan terus menjadi marah.
Motosikal Patah Balik lepas Dikejar Gajah, Pengguna Lain Pula Jadi Mangsa
Gajah berkenaan dilihat bertindak agresif dengan mengejar penunggang motosikal itu namun tidak berjaya apabila rider tersebut berjaya melarikan diri.
Malangnya, sebuh kereta jenis Proton Preve yang berada berhampiran pula menjadi sasaran haiwan berkenaan.
Dapat dilihat gajah tersebut datang ke bahagian hadapan kereta berwarna maroon berkenaan walaupun pada ketika itu kenderaan terbabit telah mengundur sedikit demi sedikit.
Sekali lagi, haiwan tersebut dilihat datang dan menghampiri bahagian kiri kereta Proton Preve itu sehingga terdengar bunyi seperti dentuman.
Kereta itu kemudiannya memecut laju sebaik sahaja menyedari peluang melarikan diri daripada haiwan tersebut.
Pemilik Dashcam Marah Rider, Anggap Satu Tindakan Tidak Bijak
Pemilik dashcam yang berada di belakang kereta Preve berkenaan kemudiannya kedengaran meluahkan rasa geram dengan rider terbabit.
Malah di penghujung video, pemandu terbabit telah memberhentikan kenderaannya dan menegur penunggang motosikal disebabkan tindakan rider itu yang menyusahkan pengguna lain.
“Bang, bod*hla buat kerja. Tunggu bagi dia (gajah) masuk dulu. Kan susah semua orang tu. Gajah tu tunggu bagi dia masuk dulu (dalam hutan), baru lintas.
“Tersadai ramai tu. Hampir-hampir masuk tadi dah. Tak pasal-pasal rosak kereta tu, abang tak sabar la, tengok la orang ramai macam mana,” katanya.
Rider buat hal.. Tak pasal kereta lain jadi mangsa 😢Rider buat hal pulak.. Kenderaan lain jadi mangsa 😢 📍 Lebuhraya Timur Barat (Jeli-Gerik) 📹 Haniee Bin Shukri
Posted by VIRAL PERAK on Tuesday 11 February 2025
Rakaman Dashcam Preve Kongsi Detik Cemas
Dalam pada itu turut tular rakaman dashcam kereta Preve berkenaan di TikTok @naim_abdullah.
Menerusi video tersebut kedengaran pemandu dan penumpang kereta melafazkan doa memohon perlindungan agar haiwan berkenaan tidak bertindak di luar batas.
Jelas di dalam video, haiwan liar yang berang tersebut berkali-kali menghampiri dan menyerang kereta berkenaan membuatkan penumpang di dalam kereta menjerit ketakutan.
@naim_abdullah Semoga Allah gantikan SAHABAT dengan rezeki yang lebih baik aminnn gajah gajahviral gajahnaikminyak gajahgerikviral gajahliar fyp fyppppppppppppppppppppppp
♬ original sound – Naim – Naim
Tindakan Rider Buat Ramai Bengang
Video yang telah mendapat lebih 2.3 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, masing-masing mempunyai respon sendiri apabila melihat situasi sedemikian.
Ramai yang mengecam dan marah dengan tindakan rider berkenaan yang dilihat menjadi punca gajah tersebut berubah sikap.
Namun, ada pula yang berpendapat kereta Proton Preve itu sebenarnya mempunyai masa yang cukup untuk mengelak dan melarikan diri daripada kenderaannya dilanggar haiwan tersebut.
Malah, ada pula yang membuat perbandingan respon di antara pemilik dashcam Proton Preve yang dilihat lebih tenang berbanding pengguna lain.
Ini antara komen pengguna media sosial:
“Geram Betul Motor Tu, Tak Menyabar. Padan Muka Kena Marah Dengan Abang Lori”

“Ya Allah Tenangnya Owner Kereta Tu, Bini Dia Pun Tenang”

“Tak Boleh Ke Saman Je Orang Motor Tu, Sebab Nombor Plate Semua Ada, Punca Kereta Rosak”

“Motor Tu Apahal? Macam Nak Mengancam Gajah, Tak Pasal-Pasal Kereta Tu Kena”

“Tak Tahu Apa Yang Ada Dalam Kepala Penunggang Motor Tu, Kalau Jadi Apa-Apa Dia Senang Lepas Diri”

“Penunggang Motor Tu Memang Kurang Sabar Sebabkan Gajah Tu Marah”

Baca Artikel Berkaitan: “Kesian Nampak Macam Sedih” – Gajah Masuk Ke Kawasan Perumahan Di Kluang Buat Ramai Sayu [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Gajah Angkat Belalai Seolah Ucap Terima Kasih Beri Laluan Lintas Jalan [Video]