fbpx
Now Reading
Jadi Model Baju Raya, Syed Saddiq Berjaya Kumpul Sumbangan Lebih RM1 Juta Untuk Rakyat Muar [Video]

Jadi Model Baju Raya, Syed Saddiq Berjaya Kumpul Sumbangan Lebih RM1 Juta Untuk Rakyat Muar [Video]

Antara sumbangan yang diberikan oleh PrimaValet untuk rakyat Muar adalah baju Melayu, baju Kurung, jubah, dan telekung untuk warga emas dan juga kanak-kanak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Menjadi seorang wakil rakyat seperti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Ahli Parlimen (MP) untuk sesebuah kawasan bukanlah perkara yang mudah.

Malah ia merupakan amanah yang diberikan oleh rakyat untuk menjadi wakil mereka dalam menyuarakan sebarang masalah atau penambaikkan untuk negara yang lebih maju.

Bukan hanya itu, mereka memilih seseorang itu menjadi pemimpin kerana percaya individu berkenaan boleh melindungi dan membantu mereka dalam perkara yang diperlukan.

Oleh itu, tidak hairanlah jika ada segelintir wakil rakyat yang sanggup bersusah-payah demi memastikan rakyat di bawah jagaannya hidup dengan selesa.

Syed Saddiq berjaya cari dana RM1 juta untuk rakyat Muar

Perkara sama turut dilakukan oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman apabila sanggup keluar daripada bidangnya dengan menjadi model baju raya bagi meraih dana atau sumbangan untuk rakyat di kawasannya.

Menerusi beberapa video dan juga foto yang dikongsikan oleh Ahli Perlimen ini kelihatan dia menjadi model baju Melayu bagi jenama PrimaValet dan digandingkan dengan pelakon serta penyanyi Bella Astillah.

Sumbangan berbentuk pakaian dan makanan untuk rakyat Muar daripada PrimaValet

Syed Saddiq dalam satu video berkata, hasil daripada menjadi model, pihak jenama PrimaValet telah memberi sumbangan bernilai lebih RM1 juta ke parlimen Muar. Namun sumbangan tersebut bukanlah dalam bentuk kewangan sebaliknya barangan seperti pakaian dan makanan.

Ujarnya sebanyak 3,456 helai Baju Melayu dan Baju Kurung untuk kanak-kanak telah disediakan untuk anak kecil di Muar.

Manakala sebanyak 1,626 Baju Melayu dan Baju Kurung untuk orang tua, 500 telekung ‘Nur Aisyah’, dan 500 jubah ‘Ustaz Azhar Idrus’ turut disumbangkan.

Bukan hanya itu, PrimaValet turut menyumbangkan sebanyak 800 bakul makanan besar seperti beras dan makanan lain untuk warga Muar yang memerlukan.

“Macam mana boleh dapat semua ni? Bukan dengan bercuti, tapi dengan jadi model, buat sesi fotografi, panjat gunung Kinabalu.

“Saya akan buat segala-galanya, untuk manfaat warga Muar,” ujarnya lagi.

Ramai puji cara Syed Saddiq cari dana untuk rakyat Muar

Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji usaha Syed Saddiq dalam mencari dana buat rakyat Muar dengan menyifatkan ia penyelesaian luar kotak.

Tidak kurang juga ada yang bergurau apabila cuba untuk mengandingkan Syed Saddiq dengan Bella Astillah sebagai pasangan.

Malah kemesraan mereka sebelum ini sepanjang melakukan promosi untuk baju raya berkenaan juga sering menjadi perhatian ramai.

“Bukan dapat dana je, calon isteri pun dapat sekali.”
“Terbaik YB, kreatif cari solusi untuk bantu rakyat. YB dan Bella memang mantap”
“Ceh, ceh, ceh.. Dapat kasih sayang dan rasa gembira yang luar biasa. Smooth je dia bagi. Dapat kasih sayang dari siapa tu YB?”
“YB kena bagi kredit dekat Bella juga sama-sama penat lelah dapatkan sponsorship untuk warga Muar dan Sandakan dan jangan lupa aura Bella tu memang next level..”
“Mantap YB, cara di luar kotak. Tak dapat peruntukan tak apa, ada solusi! Pasti warga Muar berterima kasih dan sayang pada YB. Yang suka komen negatif kecam itu ini, abaikan.”

Baca artikel berkaitan: Syed Saddiq, Bella Astilah Berbaju Melayu & Kurung Tawan Gunung Kinabalu Curi Perhatian [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.