fbpx
Now Reading
“Jadi Najis Ke?”- Tular Kucing Minum Air Rendaman Tauhu, Ini Hukumnya Yang Patut Anda Tahu [Video]

“Jadi Najis Ke?”- Tular Kucing Minum Air Rendaman Tauhu, Ini Hukumnya Yang Patut Anda Tahu [Video]

Aksi oyen tersebut pasti menimbulkan persoalan dalam kalangan orang ramai sama ada jilatan kucing akan menyebabkan air bertukar menjadi najis.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Kucing peliharaan seringkali dijaga bagai menatang minyak yang penuh. Makanan yang dipilih pula mestilah daripada kualiti terbaik agar dapat mengekalkan kesihatan si bulus.

Malah, ada pemilik kucing yang siap menyediakan air segar sepanjang masa dengan menggunakan ‘water fountain’ khas bagi si bulus.

Namun bagi kucing jalanan, ia mungkin terpaksa meminum mana-mana sahaja air yang dijumpai termasuklah lopak hujan di atas jalan atau tanah.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Geli Hati Tengok Gelagat Kucing Suka ‘Disikat’ Guna Kulit Durian

Baca Artikel Berkaitan: Ancom Nylex Sediakan Tempat Tinggal Buat Kucing Jalanan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Ni Misi Menyelamatkan Diri” – Cara Lelaki Ini Selamatkan Anak Kucing Lain Dari Yang Lain

Oyen Minum Air Dari Bekas Rendaman Tauhu

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok (@qhalies) yang menyaksikan seekor kucing sedang meminum air. Namun apa yang mengejutkan, dia bukanlah meminum air biasa sebaliknya air rendaman tauhu yang dijual.

Kucing berwarna jingga itu dilihat bertenggek di tepi bekas dan minum air rendaman tauhu tersebut dengan sangat banyak. Sampai basah dagu si bulu!

Oyen itu juga sempat berhenti dan memandang ke arah kamera apabila menyedari dirinya dirakam. (Ha, kantoi!).

Comel betul.

Tonton video [DI SINI].

Orang Ramai Geli Hati Lihat Oyen Minum Air Tauhu

Aksi si Oyen itu meminum air rendaman tauhu menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial. Rata-ratanya berasa geli hati melihatnya meminum air tersebut dan menganggap ia pasti terasa seperti air soya.

Ada juga yang berasa kasihan kerana kucing itu kelihatan sangat dahaga sehingga terpaksa minum apa sahaja air yang ada.

Namun, beberapa pengguna media sosial berkata air tersebut pasti dipenuhi bakteria daripada air liur kucing berkenaan.

“Badan dia pun dah ada pelbagai bakteria patogen, inikan pula air liur…” kata seorang individu.

Dalam pada itu, beberapa individu berkongsi bahawa kucing peliharaan mereka turut gemar meminum air yang bukan disediakan baginya seperti air di dalam pasu, air beras, malah bekas rendaman gigi palsu! 😹

“Kucing kat rumah saya suka minum air rendaman gigi palsu mak saya. Patutlah semua kucing patuh cakap mak,” kata seorang pengguna TikTok.

Air Liur Kucing Najis Atau Tidak? Ini Penjelasannya

Melihat aksi kucing terbabit, mungkin timbul persoalan dalam kalangan orang ramai sama ada air tersebut menjadi najis akibat jilatan si bulus.

Merujuk kepada laman web Maktabah Al-Bakri, air liur kucing dihukumkan sebagai suci dan bukannya najis. Oleh itu, tidak mengapa untuk minum atau makan daripada bekas yang telah dijilat oleh kucing.

Malah, memandangkan kucing merupakan haiwan peliharaan yang sering berada di dalam rumah, sukar sekiranya lebihan makanan dan minumannya dihukumkan sebagai najis.

Namun Abu Hanifah pula berpendapat bahawa ia adalah najis yang diberikan rukhsah dan makruh meminum air tersebut, kecuali dalam keadaan tiada air lain di situ.

Boleh Ambil Wuduk Dari Air Bekas Jilatan Kucing

Di samping itu, berdasarkan kepada perkongsian oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, mazhab Syafie menghukumkan air baki jilatan kucing sebagai suci dan tidak makruh untuk digunakan sebagai air wuduk.

Ini adalah berdasarkan kepada hadis daripada Kabsyah binti Ka`ab bin Malik:

Maksudnya: “Bahwa Abu Qatadah masuk menemuinya. (Kabsyah) berkata; “Aku menuangkan air (dalam bekas) untuknya berwuduk, tiba-tiba seekor kucing lalu meminum daripada air tersebut. Abu Qatadah kemudian mengiringkan bekas tersebut hingga kucing tersebut dapat minum.”

Kabsyah berkata; “Abu Qatadah tahu bahwa aku sedang memperhatikannya, maka dia pun berkata; “Apakah engkau terkejut wahai puteri saudaraku?” Aku menjawab, “Ya,” Abu Qatadah berkata; “Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Kucing itu tidak najis. Sesungguhnya kucing merupakan haiwan yang biasa berkeliaran di sekelilingmu.”  

Riwayat al-Nasaie, al-Tirmidzi, Abu Daud

Baca Artikel Berkaitan: Benarkah Kucing Haiwan yang Suci Menurut Islam?

Baca Artikel Berkaitan: Ini Sebab Kenapa Kucing Anda Suka Duduk Dalam Posisi ‘Cat Loaf’

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Veterinar Kongsi 4 Tanda Kucing Anda Ada Cacing, Take Note!

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.