
Peniaga Jual Baju Sekolah 3 Helai RM10, Mahu Bantu Keluarga Kurang Berkemampuan [Video]
Menurut peniaga dari Terengganu yang dikenali sebagai Mohd Azrol, dia menjual pada harga yang murah kerana ingin membantu keluarga yang susah serta kurang berkemampuan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pejam celik tidak lama sahaja lagi cuti sekolah bakal melabuhkan tirainya dan anak-anak akan mula kembali ke rutin persekolahan.
Tak dinafikan ketika ini pasti ramai ibu bapa yang sedang sibuk membeli barang kelengkapan sekolah seperti buku, alat tulis, beg, termasuklah pakaian uniform sekolah.
Namun tidak semua ibu bapa yang berkemampuan untuk membelikan kelengkapan baharu buat anak-anak mereka. Malah ada segelintirnya terpaksa memakai uniform yang sama dek kerana harga yang mahal untuk membeli barangan baru.
Peniaga jual baju sekolah RM10 untuk 3 helai
Sedar mengenai perkara itu, seorang peniaga di Terengganu yang dikenali sebagai Mohd Azrol Azhar berusia 38 tahun mengambil pendekatan untuk menjual baju sekolah pada harga yang tak masuk akal.
“Saya tak mengira sangat keuntungan. Niat saya lebih kepada membantu orang susah,” ujarnya dipetik Harian Metro.
Mohd Azrol merupakan perniaga di Kampung Simpang Tok Ku, kisah mengenai perniagaannya menjadi tular sehingga premis diserbu oleh orang ramai untuk mendapatkan pakaian sekolah dengan harga murah.
Niat nak bantu keluarga kurang berkemampuan dan tak fikir pasal untung
Difahamkan Mohd Azrol menjual harga uniform sekolah bernilai RM10 untuk tiga helai pakaian dan perkara itu dilakukan untuk membantu keluarga yang susah dan kurang berkemampuan.
“Kos sara hidup amat tinggi. Bagi keluarga yang mempunyai ramai anak dan kurang berkemampuan, sudah tentu memerlukan perbelanjaan besar untuk menyediakan kelengkapan sekolah.
“Niat saya untuk membantu golongan susah, saya jual dengan harga yang tidak masuk akal ini tanpa mengira soal keuntungan.
“Saya labur sebanyak hampir RM300,000. Walaupun modal besar dan keuntungan sangat ‘nipis’ namun saya gembira dapat membantu lebih 10,000 keluarga yang datang ke kedai saya untuk mendapatkan pakaian sekolah.
“Tahun ini saya membekalkan lebih 100,000 helai pakaian sekolah iaitu baju, seluar, kain, tudung, dan stokin. Semuanya habis dijual dalam tempoh seminggu,” jelas peniaga itu.
Mohd Azrol turut meluahkan rasa terharunya apabila terdapat pelanggan yang membeli pakaian sekolah pada jumlah yang banyak khas untuk membantu jiran serta penduduk yang tidak berkemampuan.
“Ramai pelanggan yang ucap terima kasih dan berdoa semoga saya dapat terus membantu orang susah dengan menjual pakaian baharu dengan lelong.
“Malah, ada juga di kalangan pelanggan yang saya bagi percuma dengan niat bersedekah.”
Stokin diberi percuma kepada pelanggan
Seorang pelanggan yang dikenali sebagai Nik Mohd Syahmin Khalid, 37 yang menetap di Kuala Berang juga memaklumkan dia sanggup berkunjung ke premis terbabit bagi mendapatkan uniform sekolah buat tiga orang anaknya yang berusia 10, 7 dan 4 tahun.
Malah memaklumkan dia ke kedai itu kerana harga yang ditawarkan begitu murah untuk mendapatkan kelengkapan sekolah anak-anak.
“Setiap tahun saya memerlukan perbelanjaan besar untuk membeli kelengkapan sekolah termasuk baju, kain dan tudung.
“Berbelanja di sini, untuk set pakaian seperti baju, kain dan tudung, saya baharu memerlukan RM10 untuk seorang anak manakala stokin pula diberi secara percuma,” ujarnya.
Sebagai info Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini membenarkan pelajar memakai pakaian seragam sekolah untuk dua hari dalam seminggu manakala baki tiga hari lagi dibenarkan untuk memakai baju sukan (2 hari) dan sehari baju kokurikulum.
@sparkhobbytoysbike Promosi baju sekolah masih ada lagi ni . Mane2 hok cari boleh datang sekarang 🥰 bajusekolah bajusekolahmurah bajusekolahrendah bajusekolahmenengah promosibajusekolah fyp sparkhobbytoysfanspage
♬ original sound – Boss Spark – Boss Spark
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Sekolah Sedia Ampaian Baju Uniform Terpakai Untuk Golongan Memerlukan Raih Pujian