
6 Bulan Terpisah, Aksi Si Ibu Berlari Nak Jumpa Anak Baru Tamat Latihan Tentera Buat Ramai Sebak [Video]
Difahamkan, anak lelaki wanita itu baru sahaja tamat menjalani Latihan Perajurit Muda Udara (PjM U) siri yang ke-68 pada 8 Februari lalu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Bagi kebanyakan orang, perpisahan merupakan satu perkara yang menyakitkan apatah lagi melibatkan orang tersayang.
Bukan mudah untuk menghadapi hari-hari mendatang tanpa kehadiran mereka di sisi. Malah, ada individu yang seolah-olah hilang arah apabila berjauhan dengan orang yang diperlukan.
Namun segalanya akan berubah menjadi lebih baik sekiranya yang tersayang kembali ada di depan mata.
Ibu Berlari Nak Jumpa Anak Selepas Terpisah Selama 6 Bulan
Begitulah perasaan seorang ibu apabila dapat berjumpa dengan anak lelaki kesayangan selepas terpisah selama enam bulan.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @aisha_zulaiha, awalnya kelihatan isi ibu berjalan dengan laju dan berlari anak seperti mengejar sesuatu.
Malah, sesekali dia dilihat menoleh ke belakang bagi memastikan perakam video turut mengikutinya.
Segera Lari Lepas Nampak Kelibat Anak Dari Jauh
Lebih menyentuh hati, wanita yang bertudung merah jambu itu terus meningkatkan kelajuan sebaik melihat kelibat anak lelakinya itu dari jauh.
Dia kemudiannya dilihat terus memegang tangan, mencium serta memeluk anaknya sambil menangis disaksikan oleh suami wanita berkenaan.
Difahamkan, anak lelaki wanita itu yang juga merupakan adik pengguna TikTok berkenaan baru sahaja tamat menjalani Latihan Perajurit Muda Udara (PjM U) siri yang ke-68 pada 8 Februari lalu.
“Penantian enam bulan, tanpa menatap wajah,” tulis Aisha di ruang kapsyen.
@aisha_zuhaila Penantian 6bulan ,tanpa menatap wajah🥹😭#CapCut #intake68 #tudm #atu #ipohperak
♬ original sound – Aishaa🌹 – Aishaa🌹
Jalan Pimpin Tangan Anak Bersama Suami
Menerusi video berasingan, dapat dilihat wanita itu bersama suaminya berjalan bersama-sama dan memimpin tangan anak kesayangan mereka.
Difahamkan, video itu dirakam usai Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Udara (PjM U) Siri 68/24 di Padang Kawad Akademi Tentera Udara (ATU), Ipoh, Perak Ahad (8 Februari) lalu.
Ramai Sedih Lihat Reaksi Si Ibu
Video yang telah mendapat lebih 175,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa sebak apabila melihat aksi dan reaksi si ibu ketika berjumpa anaknya itu.
Malah, ada yang memahami perasaan rindu yang ditanggung oleh seorang ibu terhadap anaknya.
Tidak kurang ada pengguna yang turut berkongsi pengalaman dan perasaan berpisah dengan orang tersayang.
Ini antara komen pengguna TikTok:
“Waktu Macam Ini La Semua Ibu Tunggu Nak Peluk Cium Anak Yang Dah Lama Tak Tanya Khabar, Memang Laju Air Mata”

“Rindu Sangat Dah Tu”

“Rindu Seorang Insan Yang Bergelar Ibu Kepada Anak”

“Kesian Tengok Emak Berlari, Anak Kena Ingat Perjuangan”

“Allahuakbar, Begitulah Dalam Ingatan Emak Kepada Anak-Anaknya”

Baca Artikel Berkaitan: Luahan Rindu Ibu Dalam Diari Tentang Anak Perempuan Yang Sudah Tiada Buat Ramai Sebak
Baca Artikel Berkaitan: Terpisah 2 Bulan Sebab PJJ, Video Anak Kecil Menangis Rindukan Ibu Buat Ramai Sebak
Baca Artikel Berkaitan: Terlalu Rindu Lama Tak Jumpa, Ibu Bapa Sanggup Tunggu Bawah Terik Mentari Nak Lambai Anak