
Anggota Bomba Terkedu, Terima Panggilan Kes Kebakaran Sekali Sampai Apinya Kecil [Video]
Menerusi video tersebut, kelihatan objek yang terbakar itu adalah tilam dan apinya dilihat begitu kecil.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap kali berlaku insiden kecemasan seperti kebakaran, perkara pertama yang akan dilakukan oleh seseorang pastinya mencari cara untuk memadamnya atau menghubungi pihak bomba jika api terlalu besar dan merebak dengan cepat.
Ini kerana, bomba bukan sahaja mempunyai peralatan yang diperlukan sebaliknya mereka juga lebih arif dalam mengendalikan kes tersebut termasuklah menyelamatkan nyawa jika perlu.
Namun, tak dinafikan terdapat segelintir individu yang suka membuat panggilan kepada pihak bomba meskipun ia hanya kes kecil dan boleh diselesaikan sendiri.
Terima panggilan kebakaran sekali sampai api kecil sahaja
Baru-baru ini seorang anggota bomba turut berkongsi pengalamannya menerima panggilan kebakaran daripada seorang individu namun sebaik sampai di lokasi kejadian ia bukanlah sesuatu perkara yang serius.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Mr One di TikTok, awalnya kelihatan dia dan beberapa anggota bomba lain sedang menaiki jentera untuk ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kebakaran.
Kelihatan kenderaan itu bergerak dengan pantas sambil membunyikan sirennya. Bukan hanya itu, kelihatan juga beberapa anggota lain yang dilihat bersiap sedia dengan pakaian yang lengkap untuk mengendalikan kes berkenaan.
Hanya api kecil yang boleh dipadamkan sendiri, bomba datang dengan jentera dan van
Namun sebaik sahaja mereka sampai di tempat kejadian, kelihatan kebakaran yang dilaporkan tidak serius sebaliknya hanya api kecil yang boleh dipadamkan sendiri.
Kelihatan kebakaran itu berlaku kerana terdapat individu yang membakar satu objek dilihat seperti tilam.
Bukan hanya itu, kelihatan pasukan bomba datang ke lokasi menggunakan dua kenderaan iaitu jentera dan juga van untuk tugasan terbabit.
Melihat kebakaran kecil itu membuatkan Mr One seperti ‘ingin marah namun perlu bersabar’ kerana mungkin ketika panggilan dibuat individu tersebut berada dalam keadaan panik.
Dia juga menyifatkan kawasan tilam tersebut terbakar juga terdapat takungan air yang dipercayai akan membuatkan proses pembakaran menjadi lambat.
“Rasa macam kena scam pula kalau macam ni, ingatkan api besar,” tulisnya di ruang kapsyen.
@_mr.one94 Rasa macam kena scam pula kalau mcm ni…😂😂😂 ingtkn api besar..😭#fyp #foryoupage #masukberandafyp
♬ bunyi asal – MrOne94 – MrOne94
Mungkin pemanggil berada dalam keadaan panik sewaktu buat panggilan kepada Bomba mengenai kebakaran
Melihat di ruangan komen, ada yang menyifatkan mungkin ketika panggilan dibuat api dilihat besar namun menjadi kecil sebaik bomba tiba di lokasi kejadian.
Ada juga yang sempat berseloroh mengatakan dahulu guru sering berpesan untuk menghubungi bomba jika berlaku kebakaran, maka perbuatan individu itu adalah tepat dengan menghubungi pihak bomba di talian kecemasan 999.
Tidak kurang juga ada yang memahami apa yang dirasakan oleh anggota bomba berkenaan dan memintanya untuk membuat laporan panggilan palsu.
Namun Mr One sekali lagi menjelaskan ia mungkin berlaku kerana pemanggil berada dalam keadaan panik.
“Tadi api besar bang bila abang Bomba sampai macam tu jadinya api.”

“Sampai hati orang ramai buat panggilan palsu terhadap abang Bomba”

“Mungkin waktu call tu api tengah membesar kot, sebab tu macam tilam je terbakar.”
