fbpx
Now Reading
“Betul-Betul Rare” – Ramai Teruja Lihat Pengantin Pilih Tema Doom & Gothic Ketika Majlis Sanding

“Betul-Betul Rare” – Ramai Teruja Lihat Pengantin Pilih Tema Doom & Gothic Ketika Majlis Sanding

Jelas jurusolek yang dikenali sebagai Dib, dia pada mulanya terkejut apabila pengantin perempuan itu meminta dia untuk menyoleknya dengan solekan Gothic Vampire.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Buat mereka yang bakal bergelar raja sehari, pastinya mahu yang terbaik ketika di hari bahagia.

Sudah pastilah banyak perkara yang telah dirancang bagi memastikan hari yang paling bermakna itu berjalan dengan sempurna.

Bagi kebanyakan pasangan pengantin, ada yang menetapkan tema majlis perkahwinan mereka.

Antara tema yang sering menjadi pilihan adalah Tradisional, English Wedding dan perkahwinan dalam taman (garden).

Pengantin Pilih Tema Doom & Gothic Ketika Majlis Persandingan

Namun, lain pula dengan pasangan pengantin ini yang memilih tema majlis persandingan yang jelas berbeza dari kebiasaan.

Menerusi hantaran oleh jurusolek (MUA) pengantin berkenaan di Facebook Dib Diba, wanita itu berkongsi kisah pelanggannya yang menjadikan konsep Doom & Gothic sebagai tema majlis persandingan.

Difahamkan, pengantin lelaki itu merupakan vokalis dan gitaris sebuah kumpulan metal tempatan.

“Terima kasih Kak Sa hire Dib. Orang hati sado je boleh buat tema macam ini. Tak pelik la sebab suami dia pun vokalis dan gitarist Modar metal band,” kongsinya.

Jurusolek Terkejut Pelanggan Minta Solek Tema Gothic Vampire

Jelas Dib lagi, dia pada mulanya terkejut apabila pengantin perempuan dari Bukit Kuang, Chukai, Terengganu meminta dia untuk menyoleknya dengan tema tersebut.

“Sepanjang berkarya sebagai MUA, tak pernah bride (pengantin perempuan) request mekap look Gothic Vampire untuk tema sanding. Biasanya kalau makeup look macam ni client request untuk event.

“Kali pertama WhatsApp ingatkan akak ni nak look smokey eyes. Sekali dia send gambar mekap ghotic. Terkejut kita dan terfikir-fikir biar betul akak ni, tak pernah dibuat orang ni,” kongsinya.

Hanya Ikut Permintaan, Buat Perbincangan Bersama Pelanggan Sebelum Buat Solekan

Bagi merealisasikan impian pengantin itu, Dib turut menjelaskan dia ada membuat perbincangan bersama pelanggannya itu.

Malah, dia menjelaskan hanya mahu merealisasikan permintaan pelanggan di hari bahagia mereka.

“Bincang punya bincang, dari part mata, lens, lipstick maka terhasil la mekap bride gothic ini.

“Masing-masing ada minat dan citarasa sendiri, sebagai MUA, Dib tolong realisasikan ikut request client. Raikan perbezaan kita. Yang penting pengantin happy,” katanya lagi.

Dib juga turut berkongsikan solekan pelanggannya ketika majlis akad nikah yang bertemakan princess.

Sanding tema Doom & Gothic | Dalyla Inn Bkt Kuang Tq kak sa hire Dib 🥰🥰 org hati sado jer blh buat tema mcm ni. Xpelik…

Posted by Dib Diba on Tuesday 11 February 2025
Foto: Facebook

Ramai Teruja, Anggap Tema Doom & Gothic Berbeza Dari Kebiasaan

Hantaran tersebut nyata mendapat perhatian pengguna media sosial. Mengintai ke ruangan komen, masing-masing mempunyai pendapat tersendiri mengenai tema tersebut.

Ramai yang teruja dan menyifatkan ia satu pilihan yang unik memandangkan tidak ada yang berani berbuat demikian di hari bahagia mereka.

Malah, ada pengguna media sosial berpendapat, pelamin dan pakaian pengantin lelaki sepatutnya turut mengikut tema yang sama.

Tidak hanya itu, ada juga yang memuji hasil kerja jurumekap terbabit dalam menghasilkan solekan berkenaan.

Ini antara komen pengguna Facebook:

“Patutnya Pelamin Kena Hias Style Daun Kering, Kerusi Pelamin Tu Dari Kayu, Letak Daun Berterabur. Pertama Dalam Malaysia, Mekap Pun Onz Sangat Tu”

“Mekap Ini Kalau View Malam Mesti Rare, Kena Pula Dengan Tema Penganting Vampire”

“Orang Kahwin Nak Cantik, Dia Kahwin Nak Unik, Lain Macam”

“First Time Tengok Sanding Tema Macam Ni, Lain Macam Aura Dia”

Baca Artikel Berkaitan: Pakai Kostum & Mekap Hantu Untuk Hadiri Dinner, Wanita Ini Buat Polis Terkejut Ketika Roadblock

Baca Artikel Berkaitan: Pengantin Perempuan Selamba ‘Goreng’ Gitar lagu Canon Rock Ketika Majlis Kahwin Buat Ramai Tergamam [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.