fbpx
Now Reading
Dari Siang Sampai Ke Malam, Aksi Axia Putih Pusing Bulatan Beratus Kali Curi Perhatian [Video]

Dari Siang Sampai Ke Malam, Aksi Axia Putih Pusing Bulatan Beratus Kali Curi Perhatian [Video]

Menerusi video tular itu, kelihatan kereta Perodua Axia berwarna putih mengelilingi Bulatan Mahkota, Kluang, Johor sambil membuka isyarat double signal.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Boleh dikatakan setiap hari, ada sahaja perbuatan pengguna jalan raya yang menjadi perhatian ramai dipaparkan di media sosial.

Perbuatan individu itu pula datang dalam pelbagai jenis. Ada yang baik hingga boleh dijadikan contoh dan teladan.

Namun, ada juga yang tidak bertanggungjawab hingga menyusahkan pengguna lain. Lebih teruk, jika tindakan mereka itu boleh menjadi punca kemalangan.

Sudah pastilah apa sahaja yang dilakukan oleh individu ini akan menjadi topik perbualan ramai di media sosial.

Perodua Axia Didakwa Buat Pusingan Beratus Kali Di Bulatan

Samalah seperti tindakan pemandu Perodua Axia ini yang menjadi bualan ramai gara-gara tindakannya yang membuat pusingan beratus kali di sebuah bulatan di Kluang, Johor.

Menerusi video tular yang dikongsikan di Facebook dan TikTok Kluang Apa Hari Ini, kelihatan Axia berwarna putih itu mengelilingi Bulatan Mahkota sambil menyalakan isyarat double signal.

Melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat beberapa anggota polis berada berhampiran bulatan bagi mengawasi dan mengawal keadaan terbabit.

Pihak polis bagaimanapun berjaya menghentikan tindakan pemandu kereta berkenaan dari terus membuat pusingan.

“Kejadian sebuah kereta Axia berpusing di Bulatan Mahkota beratus kali. Pihak polis dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kluang telah berjaya menghentikan kereta tersebut.

“Punca kejadian masih belum diketahui,” tulisnya.

@kluangharilni

Kejadian Sebuah Kereta Axia Berpusing Di Bulatan Mahkota Beratus Kali, Dari Pagi Hingga Malam. Pihak Polis Dari IPD Kluang Telah Berjaya Menghentikan Kereta Tersebut. Punca Kejadian Masih Belum Diketahui. #InfoKluang #KHi

♬ original sound – Kluang Hari Ini 🔴🔵 – Kluang Hari Ini 🔴🔵

Ada Pengguna Dakwa Pemandu Pusing Bulatan Dari Siang

Apa yang menjadi perhatian adalah pentadbir akaun berkenaan mendakwa pemandu terbabit yang dipercayai seorang lelaki bertindak sedemikian sejak dari pukul 10 pagi.

Malah, ada yang mendakwa pemandu Axia putih itu adalah seorang warga emas yang berkemungkinan mempunyai masalah kesihatan mental.

Foto: Facebook

Malah, ada beberapa pengguna lain turut berkongsikan rakaman video terjumpa dengan kereta berkenaan ketika melalui bulatan tersebut pada waktu siang di ruangan komen.

Ada individu yang prihatin mendakwa mereka turut mengikuti dan membunyikan hon kerana bimbang jika pemandu berkenaan mengalami masalah kesihatan.

Foto: Facebook

Ramai Pelik Dengan Tindakan Perodua Axia Pusing Bulatan

Video yang telah mendapat lebih 134,000 tontonan itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai pelik dan mempersoalkan tindakan pemandu Perodua Axia itu yang membuat pusingan di bulatan tersebut.

Malah, ada yang mempersoalkan keadaan pemandu berkenaan setelah beratus kali membuat pusingan.

Tidak hanya itu, ada pula yang berseloroh menyatakan bahawa pemandu  Axia tersebut mahu mencipta rekod dengan bertindak sedemikian.

Ini antara komen pengguna Facebook:

“Dari Tengahari Tadi Aku Perasan Dia Pusing, Balik Kerja Petang Pun Masih Pusing. Tak Penat Ke?”

“Kalau Dia Ada Masalah Kesihatan, Mana Warisnya? Macam Mana Waris Boleh Biarkan Dia Drive Sorang?”

“Entah-Entah Tengah Buat Konten”

“Tak Pening Ke Pusing Banyak Kali”

Baca Artikel Berkaitan: Gara-Gara Terlepas Simpang Di Lebuh Raya, Perodua Axia Selamba Reverse & Redah Laluan Rumput [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “New King” – Pemandu Perodua Axia Nekad Redah Air Banjir Curi Perhatian [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.