
“Macam Dalam Movie”- Aksi Kejar-mengejar Peronda Polis Dengan Honda Kuning Undang Perhatian [Video]
Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan anggota polis segera mengepung kereta dipercayai Honda Integra berwarna kuning itu sebaik ia melanggar sebuah Perodua Myvi yang berada di lampu isyarat merah.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Babak kejar-mengejar di antara polis dan penjenayah sering menjadi kegemaran ramai pengemar filem.
Namun babak seperti ini jarang sekali dapat ditonton di dalam dunia realiti dan jika ianya berlaku pasti akan membuatkan orang ramai teruja untuk melihatnya.
Walau bagaimanapun, jika babak seperti itu berlaku di dunia realiti pasti ia juga merupakan perkara yang serius dan berbahaya.
Tular video memaparkan aksi kejar-mengejar antara MPV polis dengan Honda Integra kuning
Baru-baru ini, tular beberapa video memaparkan aksi kejar-mengejar antara kereta peronda polis dengan sebuah kereta dipercayai Honda Integra berwarna kuning di Kluang, Johor.
Menerusi video yang tular awalnya, kelihatan kereta Honda tersebut keluar dari satu simpang sambil diikut rapat oleh kereta polis yang turut membunyikan sirennya.
Kenderaan dipandu denga berbahaya kerana nak elak ditahan polis
Namun apa yang lebih mengusarkan, kelihatan kereta Honda itu dipandu dengan melulu dan berbahaya sewaktu cuba melarikan diri.
Bukan hanya itu, kereta tersebut turut dilihat mencelah di antara kenderaan yang sedang menunggu giliran di lampu isyarat merah.
Malah ia turut dilihat hampir melanggar kereta Perodua Axia dan juga motosikal yang lalu di kawasan terbabit.
Dalam satu lagi video yang dikongsikan oleh orang awam, kelihatan kereta Honda itu melanggar sebuah kereta Perodua Myvi ketika berada di lampu isyarat merah sewaktu cuba meloloskan diri.
Akibat daripada pelanggaran itu, kereta Honda itu hampir terbalik apabila dilihat terangkat di sebelah bahagian.
Polis kepung kereta sebaik Honda kuning langgar Myvi
Sebaik insiden itu berlaku kelihatan beberapa anggota polis keluar daripada kereta peronda dan mengepung kereta Honda terbabit.
Anggota polis yang berada di situ juga dilihat mengeluarkan senjata sebelum berjaya menahan individu berkenaan.
Walau bagaimanapun, setakat ini belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung insiden ini.
Ramai tertanya-tanya apa yang berlaku
Melihat di ruangan komen, ramai yang tertanya-tanya apakah perkara sebenar yang berlaku di antara pihak polis dan kereta Honda kuning berkenaan.
Tidak kurang juga ada yang menyifatkan insiden yang berlaku itu persis seperti babak di dalam filem.
Video sama turut dikongsikan di X, dan insiden itu mendapat pelbagai reaksi di kalangan pengguna platform berkenaan.
TRIGGER WARNING
— @ (@anthraxxx781) February 14, 2025
High speed chase with suspected criminal pic.twitter.com/Lup4uqx4bl
“Cayalah, dapat juga tengok real, selalu filem je”

“Peh, macam dalam movie”



