
Tergelincir Kerana Terpijak Bawang, Nenek Dapat RM51,000 Wang Pampasan
Wanita warga emas itu berkunjung ke pasar raya berkenaan untuk membeli barangan dapur sebelum terjatuh kerana terpijak hirisan bawang berkenaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tak dinafikan sebarang bentuk makanan atau cecair yang tertumpah di atas lantai boleh mengundang bahaya kerana akan menyebabkan seseorang tergelincir dan terjatuh. Bahkan permukaan lantai yang licin juga boleh mengundang bahaya.
Malah perkara seperti ini perlu dielakkan khususnya daripada berlaku di kawasan awam.
Oleh itu, setiap kali ada kerja pembersihan kebanyakan tempat awam akan memberikan peringatan kepada pengunjung untuk berhati-hati bagi mengelakkan berlaku kecelakaan.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Kali Ini Cameraman Tak Selamat” – Jurufoto Tergelincir Di Majlis Akad Nikah Undang Pelbagai Reaksi [Video]
Warga emas alami kecederaan selepas terjatuh kerana terpijak hirisan bawang
Terbaharu, seorang nenek yang berusia 62 tahun di Nantong, China dilaporkan mengalami pelbagai kecederaan ekoran terjatuh selepas terpijak hirisan bawang ketika berkunjung di sebuah pasar raya.
Ekoran insiden yang menimpanya itu, nenek tersebut kemudian bertindak menyaman pasar raya berkenaan.
Menurut laporan Must Share News yang memetik laporan media tempatan, warga emas itu dipercayai telah berkunjung ke pasar raya tersebut untuk membeli barangan dapur selepas mengambil cucunya dari sekolah.
Sewaktu berjalan di dalam pasar raya berkenaan dia terpijak sesuatu objek menyebabkannya hilang keseimbangan sebelum terjatuh ke atas lantai.
Cucu kepada wanita berkenaan yang menjadi saksi ketika insiden itu berlaku dan dengan segera membuat panggilan polis untuk meminta bantuan.
Alami kecederaan tulang dan kerosakan gigi disebabkan terjatuh di pasar raya
Sewaktu siasatan dilakukan, pihak polis mendapati terdapat sisa putih separa lutsinar berada di atas lantai yang disyaki hirisan bawang besar.
Hasil pemeriksaan kesihatan yang dilakukan mendapati wanita warga emas itu mengalami patah tulang tangan bahagian kanan, kerosakan gigi dan kecederaan di pergelangan tangan yang membuatkannya sukar untuk bergerak dan menggunakan anggota itu dengan baik.
Berang dengan insiden yang berlaku, wanita itu kemudiannya bertindak menyaman pasar raya terbabit sebanyak 203,000 yuan (RM123,999).
Pasar raya dakwa wanita warga emas pakai kasut tumit tinggi menyebabkan dia tergelincir dan jatuh
Walau bagaimanapun pihak pasar raya tidak berpuas hati dengan saman dikemukakan oleh wanita tersebut dan menjelaskan telah meletakkan pelbagai amaran untuk keselamatan pelanggan.
Sebagai contoh tanda ‘Awas: lantai licin’ turut diletakkan di pintu masuk, jubin kalis tergelincir juga dipasang untuk kegunaan pejalan kaki dan kakitangan pembersihan sentiasa ditugaskan untuk menjaga kebersihan.
Pasar raya itu turut mendakwa wanita tersebut cuai dan memakai kasut tumit tinggi serta tidak fokus ketika berjalan.
Pasar raya diarah bayar wang pampasan kepada warga emas
Selepas kes diteliti, pihak mahkamah mengakui pasaraya berkenaan sememangnya mengambil beberapa langkah keselamatan.
Namun rakaman keselamatan menunjukkan terdapat sekeping serpihan licin yang disyaki hirisan daripada bawang busuk telah dibiarkan.
Selain itu pihak mahkamah juga memaklumkan wanita itu tidak memberikan perhatian sewaktu berjalan di mana ia adalah kesalahan sendiri.
Walau bagaimanapun, mahkamah mengambil kira hirisan bawang itu terletak di pintu masuk pasaraya dan orang ramai kebiasaannya memberi fokus kepada tirai pintu berbanding lantai.
Mahkamah arah pasaraya bayar 50% daripada wang perubatan warga emas
Mahkamah kemudian memutuskan pihak pasaraya perlu menanggung 50% daripada liabiliti pampasan kepada wanita itu sebanyak 85,000 yuan (RM51,909.80).
Wang itu bagi mengganti duit perbelanjaan perubatan wanita berkenaan ekoran insiden yang berlaku seperti perbelanjaan pemakanan, pampasan hilang upaya serta kerugian lain disebabkan kecederaan dialami bernilai 167,000 yuan (RM101,981.90).