fbpx
Now Reading
UAI Jelaskan Suami Wajib Pindah Rumah Jika Isteri Tak Selesa Tinggal Dengan Keluarga Mentua

UAI Jelaskan Suami Wajib Pindah Rumah Jika Isteri Tak Selesa Tinggal Dengan Keluarga Mentua

Nafkah tempat tinggal yang perlu disediakan oleh para suami adalah rumah yang boleh menyenangkan hati isteri.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas tok kadi dan saksi berpuas hati dengan lafaz nikah yang disebut oleh pengantin lelaki, maka sudah bermulalah tugas mereka untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami.

Dalam agama Islam, salah satu kewajipan suami kepada isterinya adalah untuk menyediakan tempat tinggal yang selesa.

Boleh dikatakan ramai pasangan yang baru sahaja berkahwin lebih memilih untuk menyewa rumah dengan bayaran bulanan bagi memulakan kehidupan baharu mereka.

Baca Artikel Berkaitan: “Kita Yang Sebak” – Ramai Tersentuh Dengar Pesanan Peguam Tentang Nafkah Bapa Kepada Anak [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Mufti Perjelas Hukum Isteri ‘Tipu’ Suami Untuk Dapat Duit Lebih

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Suami Gaji RM4,000 ‘Zalim’ Jika Tak Beli Honda Demi Keselesaan Keluarga, Jelas Influencer Ini

Suami Perlu Cari Rumah Lain Jika Isteri Kurang Selesa Tinggal Dengan Mentua

Berbicara tentang nafkah, penceramah selebriti Ustaz Azhar Idrus menerusi video dimuat naik di laman Youtube miliknya telah menjelaskan tentang tanggungjawab seorang suami kepada isterinya.

Jelasnya, tiga kewajipan yang perlu diberikan oleh para suami adalah makan dan minum, pakaian serta tempat tinggal.

Dalam video tersebut, Ustaz Azhar Idrus yang juga dikenali sebagai UAI telah diajukan persoalan tentang jenis tempat tinggal yang perlu diberikan kepada isteri.

Gambar sekadar hiasan.

UAI menjelaskan bahawa nafkah tempat tinggal yang dimaksudkan adalah kediaman yang boleh menyenangkan hati isteri.

“Seorang suami tak boleh letak isterinya di sebuah rumah yang mana di rumah itu isterinya rasa tak senang, tak boleh. Nafkah rumah tersebut syaratnya mestilah di rumah itu kalau isteri duduk, isteri senang hati,” katanya.

Namun sekiranya isteri berasa kurang selesa di rumah berkenaan, para suami wajib untuk mencari rumah lain.

“Contoh kalau di rumah itu ada kakak suami yang bermusuh dengan isterinya, maka berdosa si suami bawa isteri tinggal di rumah itu,” ujar UAI.

Selain itu, suami juga perlu menjaga hati isterinya agar tidak menimbulkan perasaan kurang senang melihat suami melebihkan ibunya dengan sebarang bentuk pemberian jika mereka tinggal dalam rumah yang sama.

“Kalau kita nak lebihkan juga mak kita, boleh. Tapi ada dua syarat iaitu tidak boleh mengabaikan nafkah isteri, semua sudah terjaga. Kedua, tidak boleh tunjukkan di depan isteri. Kena jaga sungguh hati pasangan,” tambah Ustaz Azhar Idrus.

Apa itu nafkah?

Memetik Malaysia Bersuara, nafkah adalah perbelanjaan yang perlu dikeluarkan seseorang terhadap ahli keluarga mereka.

Manakala dari segi syarak pula, nafkah adalah pemberian barang keperluan seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan selainnya.

Menurut Syeikh Wahbah al-Zuhaili (al-Fiqh al-Islam wa Adillatuh), majoriti ulama bersetuju bahawa terdapat tujuh jenis nafkah yang wajib diberi kepada isteri iaitu:

Hukum memberi nafkah

Pemberian nafkah oleh suami kepada isteri adalah wajib. Jika suami tidak memberi nafkah kepada isteri serta anak-anak, ia akan menjadi suatu dosa.

Bukan itu sahaja, suami juga wajib memberikan nafkah kepada isteri yang bekerja walaupun pendapatan isterinya lebih tinggi daripadanya.

Sebelum ini, seorang Peguam Syarie dikenali sebagai Azri menjelaskan bahawa nafkah adalah bergantung kepada kemampuan suami dan bukannya mengikut kehendak isteri.

Azri menyatakan tentang perkara itu kerana ada wanita yang ingin membuat tuntutan nafkah di Mahkamah Syariah kerana merasakan nafkah bulanan yang diberikan suaminya tidak mencukupi.

Jelasnya, alatan solek dan perhiasan yang lain bukanlah menjadi suatu kewajipan untuk seseorang suami menunaikannya.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Nafkah Kepada Isteri Adalah Mengikut Kemampuan Suami – Peguam Syarie

Baca Artikel Berkaitan: Peguam Terangkan Suami Tidak Wajib Bagi Isteri Duit Poket Jika Sudah Sediakan 4 Perkara Ini [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Boleh Ke Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap? Ini Penjelasannya

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.