fbpx
Now Reading
Ramai Sebak Ibu Minta Anak Cari Kebahagian & Kejayaan Sendiri Selepas Banyak Berkorban Untuk Keluarga [Video]

Ramai Sebak Ibu Minta Anak Cari Kebahagian & Kejayaan Sendiri Selepas Banyak Berkorban Untuk Keluarga [Video]

Menerusi video tersebut, si ibu memaklumkan anak keduanya itu sanggup melupakan cita-citanya untuk melanjutkan pelajaran demi menyara keluarga.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Setiap individu yang bergelar anak pasti ingin berbakti kepada ibu bapa dan juga keluarga. Malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja demi insan yang tersayang.

Meskipun mempunyai cita-cita dan harapan tersendiri dalam kehidupan, namun ada yang terpaksa melupakannya atas faktor ekonomi keluarga.

Pengorbanan ini pasti membuatkan ibu bapa atau ahli keluarga sedih mengenangkannya dan dalam masa sama sangat menghargai mereka yang sanggup berkorban demi menyenangkan keluarga.

Ibu minta anak lelaki cari kejayaan sendiri selepas banyak berkorban untuk keluarga

Perkara sama turut dirasakan oleh seorang ibu yang menghargai pengorbanan anak lelakinya yang sanggup melupa cita-cita untuk melanjutkan pelajaran demi menyara keluarga.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Laila di TikTok, awalnya kelihatan mereka sekeluarga ingin membuat kejutan untuk anak kedua bersempena ulang tahun hari jadinya.

Turut kelihatan mereka membawa anak kedua yang dipanggil abang masuk ke rumah dalam keadaan mata tertutup.

Tak pernah mengeluh penat, galas tanggungjawab sejak arwah bapa tiada

Menurut Laila anak lelakinya itu tidak pernah mengeluh kepenatan mencari wang untuk menyara keluarga dan menggalas tanggungjawab dengan baik selepas pemergian arwah ayah.

“Tak pernah sekali pun abang mengeluh cakap yang abang penat walaupun kita orang tahu letihnya jadi anak lelaki tunggal lepas papa pergi.

“Tak banyak yang kita orang balas, cuma kami nak abang tahu yang semua usaha abang sangat berharga untuk keluarga kita.

“Abang pernah kata abang tak akan berkahwin selagi belum dapat bahagiankan keluarga kita tapi abang silap. Tak pernah sekali pun kami tak bahagia bila ada abang.

“Sebab tu dah tiba masanya abang pentingkan diri sendiri, buatlah segala yang abang tanggguhkan selama ini,” kata Laila.

Ibu beri ucapan guna teks dalam plakad

Sebaik sahaja abang masuk ke dalam rumah sambil diiringi oleh adik-beradiknya, kelihatan si ibu sudah menanti dengan memegang plakad teks ucapan .

Dalam teks tersebut, mereka sekeluarga memaklumkan kasih sayang diberikan oleh si abang tiada batasan dan mengucapkan terima kasih untuk setiap pengorbanan yang dilakukan.

“24 tahun kami bergantung hidup. Pada abang pengganti arwah papa, tak terbayar segala budi abang pada kami. Dah tiba masa kita bertukar peranan, cari dan kejarlah apa yang abang impikan selama ini.

“Doa kami akan sentiasa iringi perjalanan abang. Kami sayang abang dunia dan akhirat,” tulis si ibu kepada Abang.

Sebaik selesai membaca ucapan diberikan oleh ibu, mereka sekeluarga kemudian berpelukan. Kelihatan abang seperti sebak dan mengelap air matanya beberapa kali.

Tidak lama selepas itu kelihatan mereka kemudian meraikan hari jadi abang dengan sebiji kek dan jamuan kecil antara keluarga.

@amielasalleh

terima kasih bagi kami rasa kehadiran papa dalam diri abang ❤️

♬ takkan hilang budi doremi – Bomaxxx

Ramai sebak dengan pengorbanan abang kepada keluarga

Melihat di ruangan komen, ramai yang sebak dengan sambutan hari jadi tersebut dan menyiftkan keluarga Laila begitu beruntung kerana mempunyai abang.

Tidak kurang juga ada yang mendoakan kebahagian serta kesenangan buat abang atas pengorbanannya.

Ada juga yang berkongsi, mereka juga menjadi tulang belakang keluarga apabila berusaha sebaiknya untuk memastikan adik-adik dapat membesar dengan baik.

“Beruntung ada abang macam ni. Saya anak kedua, abang sulung. Ayah meninggal tahun 2008, tak ada rezeki sambung belajar…”

“Abang, dia paling kaya dalam dunia. Semua kasih sayang tumpah dekat dia, hidup berkat.”

“Definisi ‘kaya’ yang sebenarnya”

“Tahniah jadi anak yang soleh pada kedua orang tuanya, semoga bahagian akan menjelma buat abang. Semoga Allah SWT permudahkan segala perjalanan abang dan dimurahkan rezeki oleh Allah selalu.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.