
Ramai Setuju Tindakan Emcee Tegur Ibu Bapa Untuk Awasi Anak Agar Tak Ganggu Majlis Perkahwinan [Video]
Menerusi video tersebut, pengaracara yang dikenali sebagai Madu itu memaklumkan anak kecil berkenaan turut bermain mengelilingi jurufoto sehingga menyukarkan mereka untuk menjalankan tugas.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya sudah mempunyai impian yang tersendiri untuk majlis perkahwinan mereka.
Malah mereka yang ingin berkahwin juga turut membuat persediaan awal untuk majlis perkahwinan seperti menempah baju, dewan, jurufoto dan sebagainya.
This is because on the wedding day they already have an idea of how the ceremony will take place.
Oleh itu, para tetamu yang hadir diminta untuk menjaga tingkah laku dan tidak merosakkan majlis yang sudah lama menjadi impian pasangan pengantin.
Pengacara tegur ibu bapa untuk kawal anak-anak ketika hadir ke majlis perkahwinan
Baru-baru ini, seorang pengacara majlis yang dikenali sebagai Madu memaklumkan dia telah bertindak menegur tetamu kerana tidak mengawasi anak kecil mereka sewaktu menghadiri majlis perkahwinan.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Madu di TikTok, ini adalah kali pertama dia bertindak menegur tetamu sewaktu menjadi pengacara kerana bimbang majlis tersebut akan terganggu.
Katanya, teguran secara profesional itu dilakukan selepas melihat banyak insiden yang membimbangkan.
“Pertama (insiden) ini berlaku sebelum pengantin masuk ke dalam dewan. Antara salah satu vendor yang ada pada masa tu adalah vendor ais krim, dan nak dijadikan cerita ada beberapa anak-anak kecil bersama dengan aiskrim tersebut berlari sampai ke pelamin.
“Jadi bila dah berlari sampai ke pelamin sambil pegang aiskrim, tentunya kita akan bawa budak itu keluar, kita kata ‘pergi pada ibu bapa’.
“Lepas tu adalah seorang tetamu ni tegur dia kata ‘biasalah budak-budak’. Saya ingat ia akan selesai di situ tetapi tidak,” ujar Madu dalam video itu.
Kanak-kanak berlari di kawasan pelamin dan ganggu jurufoto lakukan tugas
Jelasnya lagi insiden itu berlaku lagi sewaktu sesi salam restu dibuat malah ketika itu jurufoto sedang sibuk menjalankan tugasnya untuk mengambil gambar pengantin bersama keluarga.
Sewaktu sesi itu sedang berlangsung, Madu mengatakan kanak-kanak yang sama dilihat berlari-lari di sepanjang walkway (susur laluan pengantin) yang diperbuat daripada kaca.
“Dan dalam masa sama mengganggu jurufoto bertugas. Kacau jurufoto bertugas, berlari-lari keliling jurufoto apa semua. Berlari-lari kacau meja makan beradab.”
Berikutan dengan insiden itu, dia kemudian lantas membuat pengumuman untuk menegur ibu bapa kanak-kanak berkenaan.
“Mohon perhatian kepada ibu bapa anak kecil yang comel ini, boleh tak kita nak minta kerjasama ya untuk kawal pergerakkan anak-anak anda. Kerana kita mahukan mereka untuk tidak mengganggu acara salam restu dan merenjis.
“Sekali lagi kepada ayahnda, sekiranya ini adalah anak-anak anda bolehkan kita nak minta kerjasama untuk kawal mereka daripada bergerak menuju ke pelamin,” tegur Madu dengan lembut.
Siap maklumkan pelamin dan walkway kawasan bahaya untuk anak-anak bermain
Madu turut memaklumkan kepada ibu bapa yang hadir ke majlis tersebut bahawa walkway dan pelamin berkenaan merupakan kawasan berisiko tinggi.
Ini kerana ia mempunyai pelbagai perhiasan yang dibimbangi boleh mengundang bahaya kepada anak kecil.
Tambahnya, dia faham adalah sukar untuk membuat satu majlis tanpa kehadiran kanak-kanak kerana ia bakal membuatkan segelintir daripada tetamu terasa hati.
Namun adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk sentiasa mengawasi pergerakan anak mereka sepanjang majlis berlangsung memandangkan pengantin dan keluarga telah mengeluarkan perbelanjaan untuk acara berkenaan.
Ujarnya, dia juga terpaksa berjalan di sepanjang walkway sewaktu mengacara bagi memastikan tiada kanak-kanak yang bermain di kawasan terbabit.
@ohmadu_ jadilah parents bertanggungjawab, even when you’re attending weddings.
♬ original sound – Emcee Madu! 🇲🇾 – Emcee Madu! 🇲🇾
Ramai setuju pengacara tegur ibu bapa untuk kawal anak-anak
Melihat di ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan teguran diberikan oleh pengacara berkenaan.
Malah ada yang mengatakan cara teguran itu dilakukan dengan profesional. Tidak hanya itu, ada yang mengatakan mereka memerlukan orang seperti Madu untuk memberikan peringatan kepada tetamu untuk menjaga anak-anak mereka.
“Ia adalah satu pengumuman yang profesional, dengan ayat yang teratur dengan lemah lembut”

“Sampai kena annouce ya. Kita anak dah pergi meja orang lain pun kita dah panggil ni kan berlari-lari”

“Teruja awak kedengaran sangat profesional dalam situasi itu dan tahu apa yang perlu diumumkan”
