fbpx
Now Reading
Tular Rider Terlibat Kemalangan ‘Sound’ Pemandu Didakwa U-Turn Sesuka Hati [Video]

Tular Rider Terlibat Kemalangan ‘Sound’ Pemandu Didakwa U-Turn Sesuka Hati [Video]

Namun, seorang pengguna TikTok menyatakan bahawa perkara berkenaan sudah diselesaikan secara baik oleh kedua-dua pihak yang saling bermaaf-maafan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Memandu atau menunggang motosikal di jalan raya terkadang boleh menyebabkan seseorang menjadi tertekan dan ‘naik darah’.

Mana tidaknya, sehingga kini masih ada segelintir pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan serta memandu secara berbahaya.

Lebih teruk lagi, apabila kesalahan yang dilakukan oleh golongan sebegini boleh menjadi penyebab kemalangan terhadap penunggang motosikal atau pemandu lain yang tidak bersalah.

Tular video penghantar barangan berang selepas terlibat kemalangan

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang penunggang motosikal lelaki yang juga penghantar barangan bengang selepas terlibat dalam satu kemalangan.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @mhdfikrijefri, kemalangan di antara motosikal jenis Yamaha Y15 dan Honda BR-V itu dipercayai berlaku pada Jumaat lalu (14 Februari).

Dalam video tersebut, kelihatan lelaki berkenaan menghempaskan topi keledarnya di atas jalan raya akibat terlalu marah dengan pemandu berkenaan.

Rider ‘sound’ pemandu didakwa U-turn di tempat tidak sepatutnya

Malah, kedengaran jelas suara lelaki itu menengking pemandu kereta terbabit yang didakwa melakukan pusingan U di kawasan yang tidak sepatutnya.

Penghantar barangan terbabit turut mendakwa kawasan tersebut jalan tersebut tidak dibenarkan untuk melakukan pusingan U.

“Kau ingat ini tempat U-turn ke? Bagi signal pun (sini) bukan tempat U-turn!” katanya.

Setakat artikel ini ditulis, video berdurasi 16 saat itu telah meraih lebih 6.8 juta tontonan dan kira-kira 279,200 tanda suka di TikTok.

Netizen sokong tindakan penunggang motosikal ‘sound’ pemandu U-Turn sesuka hati

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial bersetuju dengan tindakan penghantar barangan berkenaan memarahi pemandu kereta terbabit kerana menjadi punca kemalangan.

Namun, seorang pengguna TikTok yang dipercayai antara individu yang terlibat dalam kemalangan tampil menyatakan bahawa perkara berkenaan sudah diselesaikan secara baik oleh kedua-dua pihak yang saling bermaaf-maafan.

Diharapkan kejadian sebegini tidak berulang lagi dan penunggang motosikal mahupun pemandu kereta lebih peka terhadap sekeliling semasa berada di atas jalan raya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.