
Cubaan Scam? Lelaki Lompat Depan Kereta Di Lebuh Raya Raih Perhatian [Video]
Menerusi video kelihatan lelaki berkenaan dipercayai dengan sengaja cuba melompat ke arah beberapa kereta agar dilanggar.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tak dinafikan di masa kini ramai individu yang sanggup membahayakan diri demi kepentingan sendiri untuk mendapatkan wang dengan cara yang mudah.
Sebagai contoh sejak beberapa tahun lalu tular banyak video memaparkan tindakan segelintir individu yang bertindak melintas di hadapan kereta dipercayai untuk menuntut tuntutan insuran kerana dilanggar.
Malah mereka yang melakukan perkara ini turut dilihat seperti langsung tidak memikirkan keselamatan diri sendiri.
Tindakan lelaki cuba melompat secara tiba-tiba di lebuh raya undang perhatian
Baru-baru ini, tular satu video memaparkan tindakan seorang lelaki yang dilihat cuba melompat ke arah kenderaan yang berjalan di sebuah lebuh raya dari Tapah ke Kuala Lumpur.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Ozzeyfdez di TikTok, kelihatan kereta perakam sedang berjalan di lorong sebelah kiri di lebuhraya berkenaan.
Namun tidak lama kemudian kelihatan sebuah kereta Proton Saga di hadapan kenderaan perakam secara tiba-tiba menukar laluan ke lorong tengah dalam keadaan mencemaskan.
Perkara itu secara tidak langsung membuatkan penumpang dan pemandu terkejut apabila secara tiba-tiba muncul seorang individu sedang berdiri di antara lorong kiri dan tengah.
Dilihat cuba melompat ke arah Proton Saga sebelum menerpa kereta perakam
Individu itu pada mulanya seperti ingin melompat ke arah Proton Saga namun gagal kerana kereta tersebut berjaya mengelak.
Tidak berputus asa dengan perkara itu, lelaki berkenaan kemudiannya dilihat melakukan perkara sama ke arah kenderaan perakam.
Namun pemandu sempat mengelak ke laluan kecemasan daripada melanggar individu berkenaan.
Kelihatan individu terbabit turut meletakkan motosikal dipercayai miliknya di lorong kecemasan.
“Dia melompat di hadapan kereta kami dan kenderaan lain di tengah-tengah lebuh raya. Tapah ke Kuala Lumpur,” tulisnya.
@ozzeyfdez He jumps infront of our car and others in the middle of the highway. Tapah to KL #highway #tapah #creepontheroad #driving
♬ original sound – Ozzey Fdez – Ozzey Fdez
Ramai sifatkan lelaki cuba buat penipuan insuran
Melihat di ruangan komen, ramai yang berpendapat lelaki itu cuba untuk melakukan penipuan insuran dengan berlakon seolah-olah dilanggar walhal ia adalah tindakan sendiri.
Tidak kurang juga ada yang menyifatkan tindakannya itu sesuatu yang tidak wajar kerana jika berlaku kemalangan ia akan menyusahkan banyak pihak.
Ada juga meminta agar perakam video membuat laporan terhadap tindakan individu berkenaan dan menjadikan rakaman itu sebagai bukti.
“Masa saya lalu semalam dia ni dekat tepi jalan dah, tapi masih macam tu juga lah. Nak lari ke tengah jalan, dan tak jauh depan tu ada sekumpulan bikers tengah berkumpul.”

“Cubaan untuk penipuan insuran”

“Pernah kena orang terbaring tengah jalan gelap dekat Dengkil ke KLIA 2. Nasib tak terlanggar pagi-pagi buta weh, serius masing-masing menjerit.”

“Ya, semalam kami ride motor memang nampak dia halang kenderaan sambil sebut ‘langgarlah langgar’ kami berhenti di R&R terus buat laporan di Plushotline, membahayakan kenderaan lain.”
