fbpx
Now Reading
Dah Macam Pengetua, Gelagat Mak Cik Kantin Bagi Taklimat Kepada Pelajar Baharu Raih Pujian [Video]

Dah Macam Pengetua, Gelagat Mak Cik Kantin Bagi Taklimat Kepada Pelajar Baharu Raih Pujian [Video]

Mak cik kantin itu juga dilihat begitu prihatin dengan memberi peringatan kepada pelajar baharu tentang kesihatan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Ramai yang tahu semalam (17 Februari) merupakan hari pertama persekolahan bagi kebanyakan sekolah di Malaysia.

Bagi pelajar pra sekolah atau murid tahun satu, ia juga merupakan hari pertama mereka melangkah ke alam persekolahan.

Sudah pastilah segalanya menjadi pengalaman baru buat mereka hingga setiap perkara akan diberi taklimat oleh para guru.

Taklimat yang diberikan pula kebiasaannya hanya berkaitan dengan kelas atau proses pembelajaran.

Mak Cik Kantin Ajar Cara Macam Mana Nak Beli Makanan

Namun, berbeza pula dengan seorang pengusaha kantin di sebuah sekolah rendah agama yang terletak di Kuala Lumpur ini.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @suriamalaysia, kelihatan seorang wanita sedang memberikan taklimat kepada pelajar baharu di sekolah tersebut.

Apa yang menjadi perhatian adalah penerangan yang diberikan adalah mengenai cara penggunaan wang belanja di sekolah.

Difahamkan, taklimat tersebut diberikan buat pelajar tahun satu yang baharu sahaja memulakan sesi pembelajaran di sekolah tersebut.

Lebih menarik, gayanya persis seperti seorang guru besar yang sedang memberi taklimat dengan penerangan yang amat jelas.

“Bawa bekal, bawa botol air, kena makan dengan minum, tak boleh buang.

“Pergi sekolah, emak ada bagi duit macam ini. Bagi duit warna biru (RM1), kalau bagi duit warna hijau (RM5), jangan gerak, kena ambil baki, faham?

“Bagi mak cik warna ni (hijau), kena tunggu ambil baki, jangan jalan. Beli makan, duit satu je macam ni (RM1) atau dua (RM2)

“Boleh bagi duit dekat kawan tak? Tak boleh. Kalau bawa duit macam ini (RM10), cakap mak, ‘jangan susah nak beli’, duit warna hijau dengan biru je,

“Kalau bawa syiling, boleh beli tak? Boleh, mak cik terima ye,” katanya sambil menunjukkan contoh duit berkenaan.

Siap Bagi Taklimat Tentang Kesihatan

Malah, wanita berkenaan dilihat amat prihatin dengan memberi peringatan kepada pelajar berkenaan tentang kesihatan.

“Tak boleh makan aiskrim sebelum makan, nanti perut ada cacing,” katanya.

Dia kemudiannya dilihat terus menunjukkan murid-murid berkenaan cara untuk membeli makanan.

@suriamalaysia

Inilah namanya Pengetua Kantin 🤩 Semoga adik-adik ingat ya pesanan acik kantin. Duit hijau kena tunggu baki tau 😜 #suriamalaysia #segalanyahiburan #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp

♬ original sound – Suria Malaysia – Suria Malaysia

Ramai Terhibur Lihat Aksi Bersahaja Mak Cik Kantin

Video yang telah mendapat lebih 1.4 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang teruja melihat aksi dan gelagat pengusaha kantin itu yang bersungguh-sungguh memberi penerangan kepada pelajar baharu.

Malah, ada yang kagum dengan gaya penerangan makcik kantin itu sehingga ada yang menyamakannya seperti guru sekolah.

Tidak kurang ada juga pengguna media sosial yang memuji inisiatif tersebut kerana dilihat dapat memberi panduan kepada murid baharu.

Ini antara komen pengguna TikTok:

“Mak Cik Ni Patut Dijadikan Contoh Untuk Pengusaha Kantin Sekolah”

“Zaman Aku Tak Pernah Lagi Diorientasi Makcik Kantin Macam Ini”

“Sepatutnya Semua Sekolah Buat Macam Ni, Kalau Jenis Tak Jujur Tak Bagi Semula Duit Baki”

“Contoh Yang Baik Untuk Semua, Bagus Mak Cik Kantin Ni”

“Jarang-Jarang Ada Pengusaha Kantin Macam Ini, Bagus Bagi Penerangan Yang Jelas”

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Teruja Menu Makanan Di Kantin Sekolah Seperti Bufet Hotel [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Kantin Sekolah Bersih & Dapat Markah 95% Dari KKM Raih Perhatian [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.