fbpx

“Ni Baru Betul Duit Terbang” – Ramai Terhibur Lihat Wang RM50 Lelaki Ini Diambil Gagak [Video]

Difahamkan, lelaki tersebut akhirnya berjaya mendapatkan semula wang RM50 miliknya yang dilarikan oleh burung gagak terbabit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Burung gagak merupakan antara binatang yang tidak digemari ramai kerana sering membuat bising dengan bunyinya selain mampu ‘mencuri’ makanan seperti monyet.

Maka tidak peliklah jika ada orang yang menasihati agar jaga makanan sebaik mungkin sekiranya kawasan tersebut memiliki banyak burung gagak.

Kalau makanan ringan mungkin agak susah untuk dibawa lari burung gagak tapi jika ianya ringan dengan sekelip mata boleh lepas diambilnya.

Tular burung gagak bawa lari wang tunai RM50

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan wang tunai RM50 milik seorang lelaki dikenali sebagai Zarul telah diambil oleh seekor burung gagak.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, kejadian tersebut difahamkan berlaku sewaktu Zarul dan rakannya memancing di sebuah kolam pancing air tawar di Shah Alam.

“Kurang ajar punya burung, RM50 melayang,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Cubaan ambil semula RM50 tidak berjaya

Dalam video tersebut, kelihatan gagak berkenaan mengepit duit terbabit di paruhnya sebelum membawa wang berkenaan berdekatan kawasan itu sahaja.

Zarul kemudiannya mengejar gagak terbabit dan cuba mendapatkan semula wang berkenaan namun burung tersebut seakan tidak mahu memulangkannya.

Tidak lama selepas itu, burung terbabit terbang meninggalkan kawasan berkenaan menyebabkan Zarul hanya mampu melihat wang tersebut dilarikan begitu sahaja.

Difahamkan, Zarul kemudiannya berjaya mendapatkan semula wang terbabit kembali.

@zarulman4

Kurang ajar punya burung Rm 50 melayang😭😭. @B0T4K #kmkbfishing #kelakar @Kolampancing24

♬ original sound – Piqa Rashid✨ – Piqa Rashid✨

Netizen beri pelbagai reaksi

Menjengah di ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media sosial setelah melihat video terbabit.

Kebanyakan mereka berasa terhibur dengan gelagat burung gagak itu yang seakan ingin mempermainkan Zarul dengan cara tidak membawa lari duit tersebut jauh daripada lelaki itu.

Memang tidak dinafikan, burung gagak merupakan antara binatang yang bijak, bahkan perkara itu pernah dibuktikan melalui pelbagai kajian.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.