fbpx

Sampai Ada Terjatuh! Sekumpulan Individu Dipercayai Berlari Rebut Tapak Bazar Curi Tumpuan [Video]

Difahamkan, bazar Ramadan di Muar itu sememangnya meriah pada setiap tahu menyebabkan para peniaga perlu berebut tapak gerai di sana.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum umat Islam di seluruh dunia menyambut bulan Ramadan yang dijangka bermula pada 2 Mac ini.

Pasti rakyat Malaysia juga telah melakukan pelbagai persiapan untuk menyambut bulan mulia itu termasuk para peniaga yang bakal berniaga di bazar Ramadan.

Bagi peniaga, bulan Ramadan juga merupakan peluang yang tidak boleh dilepaskan mereka untuk mencari rezeki dengan menjual pelbagai juadah bagi umat Islam yang ingin berbuka puasa.

Tular sekumpulan peniaga berlari berebut tapak bazar Ramadan

Bagaimanapun, baru-baru ini tular di media sosial satu video yang memaparkan orang ramai yang dipercayai peniaga berlari didakwa untuk merebut tapak gerai di sebuah kawasan bazar Ramadan di Johor.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun Facebook Bifoti, kelihatan peniaga-peniaga tersebut berlari dengan pantas sebaik sahaja pagar di kawasan bazar itu dibuka.

Dalam video sama, kelihatan juga seorang wanita terjatuh sewaktu sedang berlari untuk mendapatkan tapak di bazar.

Lebih mengejutkan, dia juga dilihat nyaris dipijak oleh orang sekeliling yang sedang berlari.

[Tonton video di sini]

Bazar Ramadan Kampung Tengah sentiasa meriah, peniaga perlu berebut tapak setiap tahun

Wanita tersebut yang dikenali sebagai Najwa menjelaskan bahawa kejadian yang tular itu berlaku di tapak bazar di Kampung Tengah, Jalan Sungai Abong, Muar.

Menurutnya, tapak bazar kendalian pihak PBT sememangnya meriah dikunjungi ramai pengunjung pada setiap tahun.

Katanya, susulan itu para peniaga perlu berebut tapak gerai dengan cara sedemikian pada setiap tahun juga.

“Sebenarnya kawasan itu ‘panas’ (tumpuan pengunjung) di Muar, sebab itu ramai (peniaga) merebut tapak,” katanya ketika dihubungi BuzzKini.

Menurut Najwa lagi, kehadirannya di tapak bazar tersebut adalah untuk menjual lauk daging salai masak lemak cili padi buat pengunjung.

Netizen beri pelbagai reaksi, harap bazar tahun ini dipenuhi makanan-makanan sedap

Sementara itu, memindai ke ruangan komen pula, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna Facebook selepas melihat video berkenaan.

Selain bersimpati dengan nasib Najwa yang terjatuh, kebanyakan netizen juga mempersoal mengapa pihak penganjur tidak melakukan penentuan tapak melalui cabutan undi atau menerusi sistem dalam talian.

Tidak kurang juga yang bersimpati melihat para peniaga itu yang harus berbuat demikian demi mencari rezeki sepanjang bulan Ramadan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.