fbpx
Now Reading
Suspek Kes Tembakan Di Setia Alam Maut Ditembak Polis Di Klang

Suspek Kes Tembakan Di Setia Alam Maut Ditembak Polis Di Klang

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan pihak polis turut menjumpai dua pucuk senjata api yang mempunyai peluru bersama dengan suspek.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Pada 8 Februari lalu, negara dikejutkan dengan insiden tembakan yang berlaku di sebuah pusat membeli-belah di Setia Alam, Selangor.

Menurut pihak polis seorang lelaki telah bertindak melepaskan tembakan ekoran berang ditegur oleh tukang cuci untuk mengalihkan barang yang diletakkan di tempat kejadian.

Insiden itu turut menyebabkan seorang tukang cuci mengalami kecederaan akibat terkena dua das tembakan di bahagian kaki dan punggung.

Pihak polis kemudiannya giat melakukan siasatan untuk mengesan suspek, kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Suspek kes tembak di Setia Alam maut ditembak

Terbaharu, suspek yang terlibat dalam kes tembak di Setia Alam itu dilaporkan maut kerana ditembak di Pulau Ketam, Klang Selatan pada awal pagi ini (18 Februari).

Suspek yang berusia 30-an itu maut selepas ditembak sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor sekitar jam 3 pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan sewaktu serbuan dilakukan telah berlaku insiden tembak menembak antara polis dengan penjenayah di sebuah bilik hotel.

“Pasukan polis berjaya menembak mati seorang lelaki warga negara dalam lingkungan umur pertengahan 30 tahun.

“Pihak polis juga menemui dua pucuk senjata api berisi peluru bersama suspek tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Suspek ada 9 rekod jenayah termasuk kes dadah

Jelas beliau lagi, suspek turut mempunyai sembilan rekod jenayah termasuk satu kes jenayah dadah dan tujuh kes jenayah samun selain dipercayai terbabit dalam insiden menembak di Setia City Mall.

Memetik laporan Buletin TV3, difahamkan mayat suspek yang maut dalam insiden itu akan dibawa ke jeti Pelabuhan Klang sebaik siasatan dan pemeriksaan dari Unit Forensik Polis selesai dibuat di tempat kejadian.

Menerusi maklumat, lokasi kedudukan suspek yang diperolehi adalah berdasarkan siasatan dan risikan dilakukan Jabatan Siasat Jenayah (JSJ) sejak insiden terjadi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.