
“Tiada Yang Marah” – Respon Positif Peniaga Selepas Lelaki Tak Sengaja Parkir Kereta Di Tapak Pasar Malam Raih Pujian [Video]
Lebih menarik, ada peniaga dilihat memberi arahan kepada pengguna berkenaan untuk melepasi laluan tersebut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Ramai yang tahu pasar malam merupakan antara lokasi pilihan orang ramai bagi mendapatkan barang keperluan khususnya barangan mentah dan makanan.
Kebiasaannya, pasar malam diadakan di tanah lapang namun ada juga yang menjadikan kawasan parkir sebagai tapak.
Kadangkala, bagi individu yang tidak biasa dengan kawasan tersebut pasti akan meletakkan kenderaan di kawasan parkir yang sebenarnya merupakan tapak pasar malam.
Keadaan ini kadangkala boleh menimbulkan kemarahan terutama kepada peniaga apatah lagi mereka perlu membuat persediaan sebelum memulakan perniagaan.
Peniaga Tak Marah Pemandu Tak Sengaja Parkir Kereta Di Tapak Pasar Malam
Namun, berbeza pula dengan peniaga di sebuah tapak pasar malam di Station 18, Ipoh, Perak yang dilihat langsung tidak marah apabila ada individu yang tidak sengaja meletakkan kenderaan mereka.
Sebaliknya, mereka memberikan respon yang positif malah siap memberi laluan kepada individu terbabit ketika mengeluarkan kenderaannya.
Keadaan itu dikongsikan sendiri oleh individu terbabit menerusi rakaman video papan pemuka (dashcam) yang dikongsikan di TikTok @lex_smile_always.
Individu Tidak Tahu Kawasan Parkir Dijadikan Tapak Pasar Malam
Kongsi pengguna berkenaan, itu merupakan kali pertama dia meletakkan kenderaannya di tapak parkir tersebut dan tidak tahu mengenai kewujudan pasar malam yang diadakan setiap hari Isnin.
Namun, sikap positif peniaga-peniaga disitu yang langsung tidak marah menyebabkan dia tersentuh dengan respon mereka.
“Terima kasih atas kesabaran. Terima kasih abang-abang yang buka laluan.
“Mula-mula memang takut kena marah, tapi tiada seorang pun yang marah saya. Satu jalan gerai semua tolong-menolong,” kongsinya di video berkenaan.
Ada Peniaga Jadi Penunjuk Arah, Siap Angkat Khemah Beri Laluan
Lebih menarik, ada peniaga dilihat memberi arahan kepada pengguna berkenaan untuk melepasi laluan tersebut.
Malah, ada yang siap mengangkat tiang khemah gerai mereka sendiri bagi memastikan kenderaan pengguna itu boleh melalui lorong tersebut.
Kongsinya lagi, dia pada mulanya mahu membiarkan kenderaannya di kawasan parkir tersebut sehingga malam.
Namun ada peniaga yang menawarkan diri untuk membantunya keluar dari laluan berkenaan.
@lex_smile_always Terima kasih atas tolongan ❤️ #pasarmalam #station18ipoh
♬ A Summer Place – Hollywood Strings Orchestra
Ramai Puji Sikap Peniaga Pasar Malam
Video yang telah mendapat lebih 299,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang memuji sikap dan respon positif peniaga terbabit ketika berhadapan dengan situasi sedemikian.
Malah, ada yang menyuarakan hasrat untuk menyokong peniaga berkenaan dengan bertanyakan lokasi untuk berkunjung ke situ.
Tidak hanya itu, ada yang turut berkongsi pengalaman sendiri mendapat layanan berbeza apabila menghadapi situasi sedemikian.
Ini antara komen pengguna TikTok:
“Aku Doakan Peniaga Yang Tolong Encik Ini Dipermudahkan Urusan Dunia Akhirat & Dapat Rezeki Ramai Pelanggan”

“Bang, Tolong Tag Location Pasar Malam Ni Dekat Mana, Aku Nak Pergi Support Orang Meniaga”

“Pernah Dalam Situasi Macam Ni, Bila Cakap Dengan Orang Kedai, Diorang Buat Muka”

“Bagusnya Peniaga Macam Ni”

“Pasar Malam Isnin Kan? Diorang Semua Sempoi, Jangan Risau”

Baca Artikel Berkaitan: “Meniaga Sedekah” – Ramai Teruja Lihat Masih Ada Peniaga Jual Air Balang Dengan Harga Murah [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Macam Subway Surfers” – Cara Kreatif Peniaga Jual Air Balang Buat Ramai Kagum [Video]