fbpx
Now Reading
Tular Lelaki Berpakaian Seperti Wanita, TV3 Mohon Maaf Akui Kesal

Tular Lelaki Berpakaian Seperti Wanita, TV3 Mohon Maaf Akui Kesal

Stesen televisyen berkenaan memaklumkan pihaknya mengambil maklum dengan keresahan yang dizahirkan orang ramai mengenai insiden tetamu lelaki berpakaian seperti wanita dan memohon maaf berhubung perkara itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Sebelum ini, kecoh di media sosial memaparkan beberapa tetamu lelaki yang dilihat berfesyen serta berpakaian seperti wanita sewaktu menghadiri sebuah acara Anugerah Juara Lagu ke 39 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Selangor.

Menerusi video tersebut, kelihatan mereka tampil dengan pelbagai fesyen turut berjalan di karpet merah sambil mempamerkan pakaian mereka.

Penampilan tetamu lelaki yang tampil dengan pakaian tersebut secara tidak langsung telah membuatkan orang ramai termasuk selebriti dan pendakwah tidak senang serta mengkritik tindakan mereka.

Malah pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut memaklumkan akan memanggil pihak berkaitan untuk siasatan lanjut.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Jangan Normalisasi & Sokong Lelaki Berpakaian Wanita – Dr Ahmad Sanusi

Stesen TV3 tampil mohon maaf dan akui kesal

Terbaharu stesen televisyen swasta, TV3 meluahkan rasa kesal isu tetamu lelaki yang hadir memakai pakaian menyerupai wanita sewaktu anugerah berprestij yang diadakan pada Ahad (16 Februari) lalu.

Jelas stesen televisyen berkenaan pihaknya mengambil maklum berhubung insiden terbabit mengundang keresahan di kalangan orang ramai serta memohon maaf mengenainya.

Sebagai saluran penyiaran yang bertanggungjawab, stesen televisyen sentiasa komited untuk mematuhi undang-undang dengan garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, termasuk dengan garis panduan yang telah ditetapkan kerajaan.

“TV3 ingin menegaskan bahawa pakaian menyerupai wanita oleh tetamu tersebut tidak pernah dibenarkan dan tidak selari dengan norma dan nilai-nilai yang dijunjung oleh masyarakat Malaysia serta peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Kami amat menghargai pandangan dan kebimbangan masyarakat, dan TV3 akan mengambil langkah-langkah proaktif untuk memastikan kejadian seumpama ini tidak berulang pada masa akan datang,” jelasnya, lapor Berita Harian.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.