fbpx
Now Reading
Kerajaan Belanja RM44 Juta, Biaya 236 Lawatan Menteri Ke Luar Negara Sepanjang 2024

Kerajaan Belanja RM44 Juta, Biaya 236 Lawatan Menteri Ke Luar Negara Sepanjang 2024

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, perbelanjaan lawatan Ahli Jemaah Menteri ke luar negara sentiasa mematuhi tatacara kewangan yang berkuat kuasa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Menjadi seorang menteri bukanlah mudah, pelbagai perkara yang harus difikirkan dan dilakukan demi rakyat dan negara.

Malah, menteri juga perlu melakukan lawatan termasuk ke luar negara bagi pelbagai urusan termasuk untuk menarik pelaburan asing selain mengeratkan lagi hubungan antara dua negara.

Bagaimanapun, lawatan menteri-menteri ke luar negara sudah pasti menelan kos yang harus ditanggung oleh kerajaan.

Kerajaan tanggung RM44 juta kos lawatan menteri ke luar negara

Seperti tahun lalu, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM44 juta untuk menanggung kos lawatan menteri ke luar negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, jumlah itu melibatkan 236 lawatan.

Zaliha berkata demikian dalam jawapan bertulis pada persidangan di Dewan Rakyat pada semalam (18 Februari).

Lawatan rasmi hadir ke mesyuarat yang libatkan Malaysia sebagai negara anggota

Menurutnya, lawatan rasmi ahli-ahli jemaah menteri adalah bertujuan untuk menghadiri mesyuarat berkala dan berjadual yang melibatkan Malaysia sebagai negara anggota dalam pelbagai pertubuhan antarabangsa.

“Pelbagai pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Forum Ekonomi Dunia (WEF), dan Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8).

“Kehadiran Ahli Jemaah Menteri sebagai wakil Kerajaan memainkan peranan penting dalam menunjukkan komitmen Malaysia untuk memperkukuh hubungan diplomatik dan kedudukan negara di peringkat global,” katanya dipetik Malaysia Gazette.

Lawatan menteri ke luar negara untuk tingkatkan ekonomi

Jelas Ahli Parlimen Sekijang itu lagi, lawatan ke luar negara juga merupakan sebahagian misi galakan perdagangan dan pelaburan untuk menarik pelaburan langsung asing (FDI) dalam usaha meningkatkan lagi ekonomi negara.

Daripada jumlah itu, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mencatatkan jumlah lawatan rasmi tertinggi iaitu sebanyak 39 lawatan.

Sementara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mencatatkan jumlah sebanyak 19 lawatan rasmi, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz (18) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said (12).

Mengulas lanjut, beliau berkata, perbelanjaan lawatan Ahli Jemaah Menteri ke luar negara sentiasa mematuhi tatacara kewangan yang berkuat kuasa selain mengambil pendekatan perbelanjaan berhemah dan berkesan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.