
Lelaki Akui Rugi, G Wagon RM1.45 Juta Hanya Dapat Dijual RM670,000 Selepas 3 Tahun Guna
Lelaki itu mengakui dirinya berasa sangat bangga dan seronok sewaktu awal membeli kereta tersebut dahulu, namun kini dia sedar realiti sebenar memiliki kenderaan mewah.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap orang pasti mempunyai impian bukan? Ada yang mengimpikan untuk memilik sebuah rumah besar dan ada juga yang menginginkan kereta mewah.
Jika ditakdirkan untuk mendapat rezeki yang banyak, sudah pasti impian tersebut ditunaikan agar ia tidak hanya menjadi sebuah angan-angan sahaja.
Pun begitu, tidak semua impian yang digapai berakhir dengan kegembiraan selamanya, boleh jadi ia juga menjadi suatu pengajaraan yang berharga.
Trader akui rugi beli kereta RM1.45 juta tapi jual balik hanya RM670,000
Seperti baru-baru ini, seorang influencer yang juga trader dikenali sebagai Moshed Mohamad menyatakan dia menanggung kerugian lebih setengah juta selepas harga kereta mewah yang dibelinya jatuh teruk.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Moshed berkata SUV mewah, Mercedes G Wagon berharga RM1.45 juta yang dibelinya pada 3 tahun dahulu hanya berjaya dijual pada harga RM670,000 sahaja.
“Lepas tiga tahun pakai, tak sangka harga jatuh teruk juga. Betul lah macam orang cakap, kereta bukan aset, tapi liabiliti yang mahal,” katanya.
Akui gembira miliki kereta mewah hanya sementara, kini sedar realiti sebenar
Moshed mengakui dirinya berasa sangat bangga dan seronok sewaktu awal membeli kereta tersebut dahulu, namun kini dia sedar realiti sebenar memiliki kenderaan mewah.
Malah, dia berkata perasaan gembira memiliki kereta mewah berharga lebih sejuta ringgit itu hanyalah sementara sahaja.
“Saya nampak ‘pattern’ anak muda sekarang pun banyak perabis duit pada kereta. Yang mampu tak kisah, tapi yang tidak mampu itu? Hidup nampak mewah tapi hakikatnya terhimpit.
“Pakai kereta besar, duduk rumah kecil. Pakai kereta mewah, tapi hujung bulan makan maggi semata-mata nak nampak berjaya. Saya tak salahkan sesiapa sebab saya pun pernah ada pemikiran yang sama.
“Kadang-kadang kita kejar benda yang kita ingat akan bagi kegembiraan tetapi akhirnya bila kita dah dapat, kita mula tanya diri sendiri ‘berbaloi ke semua ini?’” katanya lagi.
Rasa lebih tenang lepas jual kereta mewah
Berkongsi lanjut, dia mengakui kini berasa lebih tenang selepas menjual kereta terbabit kerana tidak perlu lagi memikirkan beban kos penyelenggaraan yang tinggi seperti servis, minyak dan insuran.
“Dengan enjin V8 sebelum ini, RON97 sahaja isi, tangki penuh dekat RM350 sekali isi. Insuran pula dekat RM30,000 setahun. Tapi sekarang saya sudah tidak kisah nak bawa kereta biasa,” ujarnya.
Difahamkan, Moshed kini berada di Dubai dan sedang bercadang untuk mencari pekerjaan di negara Arab tersebut.
Untuk carousel penuh tonton di sini.