
Lelaki OKU Rajin Bekerja Meski Hanya Boleh Guna Sebelah Tangan Undang Sebak [Video]
Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan pemuda itu turut menjalankan setiap tugasannya dengan baik dan berhemah.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Individu yang bergelar Orang Kurang Upaya (OKU) sering menjadi inspirasi kepada orang ramai atas usaha yang dilakukan oleh mereka.
Meskipun mempunyai kekurangan fizikal mahupun mental namun mereka sentiasa berusaha untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik dan berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain.
Malah tak dinafikan mereka juga lebih positif dan mempunyai sikap ringan tulang dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan.
Lelaki sebak lihat pemuda OKU gigih kerja di Pizza Hut
Baru-baru ini, seorang lelaki berasa sebak apabila melihat kegigihan seorang pemuda OKU yang begitu gigih bekerja sewaktu berkunjung ke sebuah restoran.
Menerusi video yang dikongsikan di X, awalnya lelaki itu memaklumkan dia telah berkunjung ke restoran Pizza Hut di Aeon Bandaraya Melaka untuk makan tengah hari.
Sewaktu berada di restoran itu dia kemudian terlihat seorang individu yang memberi inspirasi kepada dirinya.
“Dan membuat saya malu dengan diri sendiri. Dia seorang ‘OKU’ tetapi dia mampu bersihkan meja, jaga kaunter, dan bergerak sangat pantas.
“Dia pandai mengatur meja, dia boleh hantar makanan dan yang membuatkan saya lebih kagum, hanya sebelah tangan sahaja yang boleh digunakan,” ujarnya dalam video tersebut.
Jalankan kerja dan tanggungjawab dengan baik
Dalam video, turut kelihatan pemuda OKU itu bergerak dengan laju dalam restoran tersebut untuk melakukan tugasnya dan semua perkara itu dilakukan dengan baik serta berhemah.
Malah dia juga mementingkan pelanggan dan tidak mengabaikan segala keperluan yang diinginkan mereka yang berkunjung ke restoran.
Bukan hanya itu, dia juga pantas menyambut setiap pelanggan yang datang ke restoran makanan segera itu dengan mesra.
“Saya tidak mengira kamu (pemuda) bangsa apa, jika awak adalah seorang rakyat Malaysia yang baik. Saya tidak malu untuk memanggil kamu ‘brother.’”
Lelaki itu turut mengucapkan terima kasih kepada pihak restoran keran sudi memberikan pemuda OKU tersebut peluang untuk bekerja.
Respect dekat manager/owner yang bagi peluang & percaya dekat insan-insan istimewa ni untuk bekerja 🫡💪 pic.twitter.com/egYibWSmaM
— ًِ (@bckupacc99) February 17, 2025
Ramai puji kerajinan yang ditunjukkan
Melihat di ruangan komen, ramai yang turut memuji pemuda OKU itu atas kerajinan yang ditunjukkan sewaktu bekerja.
Bukan hanya itu, ada yang menyifatkan individu yang normal juga tidak berusaha sekerasnya. Malah ada yang mengambil kesempatan untuk meminta sedekah.
Menerusi semakan kami, video ini awalnya dikongsikan di TikTok sebelum ia tular di laman X.
@zack_one47 #aeon #aeonmall #pizzahut #pizza #pizzapizza #oku #orangistimewa #shoping #melaka #melaka #melakapeople #inspiration #motivation #motivacion Semangat My MALAYSIAN Brother…
♬ son original – Seb Wery