
“Penat Jadi Cikgu” – Ramai Kagum Lihat Kegigihan Guru Handle Murid Baharu Yang Bermain Luar Kelas [Video]
Melalui perkongsian tersebut, terdapat seorang lagi kanak-kanak yang sedang berlari sambil dikejar oleh guru lain yang berbaju kurung.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui pada minggu ini telah bermulanya sesi persekolahan bagi kebanyakan sekolah di Malaysia.
Walaupun telah masuk hari ketiga, namun ada pelajar khususnya yang baru memasuki alam persekolahan masih tidak biasa dengan suasana baharu itu.
Malah, ada sahaja ragam dan gelagat mereka yang dipaparkan di media sosial hingga menjadi perhatian ramai.
Ada Murid Mahu Main Gelongsor, Ada Yang Berlari Luar Kelas
Samalah seperti ragam beberapa orang murid yang dipercayai pelajar prasekolah dilihat ‘teruja’ dengan persekitaran baharu hingga ada yang bermain di luar kelas.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @aboy.deraman, pengguna itu berkongsikan suasana sekitar hari persekolahan di sebuah sekolah yang tidak dinyatakan lokasinya.
Melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat seorang kanak-kanak lelaki sedang bermain gelongsor yang terdapat di luar kelasnya.
Dia juga dilihat sedang memanjat pada bahagian palang di tangga gelongsor tersebut.
Apa yang menjadi perhatian adalah tindakannya itu disedari oleh seorang guru wanita yang kemudiannya dilihat memberi arahan kepada kanak-kanak terbabit untuk segera turun.
Lebih mencuri tumpuan, pada ketika itu, bukan hanya dia sahaja yang berada di luar bilik darjah.
Kelihatan terdapat seorang lagi kanak-kanak yang sedang berlari sambil dikejar oleh guru lain yang berbaju kurung.
Namun, kanak-kanak yang berlari itu kemudiannya dilihat masuk semula ke kelas.
Sampai Dua Orang Guru Kena Paksa Budak Turun Gelongsor
Manakala, budak lelaki yang berada pada gelongsor masih kekal di gelongsor sehingga memaksa guru lain datang dan memintanya untuk turun.
“Ragam anak-anak persekolahan 2025 🤣” tulis pengguna berkenaan di ruang kapsyen.
@aboy.deraman Ragam anak-anak persekolahan 2025 🤣🤣🤣 #fyp #fypage #fy #fyppppppppppppppppppppppp #fypp #fypシ゚ #persekolahan2025 #viral #viralvideo #viraltiktok
♬ original sound – ABOY DERAMAN – ABOY DERAMAN
Ragam Pengguna Undang Pelbagai Reaksi
Video yang telah mendapat lebih 448,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terhibur melihat ragam si cilik ketika sesi persekolahan.
Pada masa sama, ada juga yang kagum dan memuji kesabaran golongan pendidik dalam menangani situasi demikian.
Malah, ada yang memohon agar ibu bapa memahami tugas guru dalam mendidik pelajar yang pelbagai ragam.
Ini antara komen pengguna TikTok:
“Adoila Anak-Anak Oi, Bertahanlah Wahai Cikgu Dengan Berbagai Ragam”

“Anak Murid Saya Panjat Pagar, Pulaknya Badannya Semangat, Kita Dengan Baju Kurung Nak Angkat Tak Larat”

“Aku Rasa, Aku Tak Boleh Jadi Cikgu”

“Memang Penat Sebenarnya Jadi Cikgu Prasekolah, Hanya Yang Mengalami Je Tahu Keadaannya”

“Kuat Semangat Betul Cikgu Prasekolah & Darjah 1 Ni, Kalau Aku Dah Stres”

Baca Artikel Berkaitan: “Disiplin Tinggi” – Ramai Kagum Lihat Kanak-Kanak Jepun Beratur Jalan Kaki Pergi Ke Sekolah [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Jam Biru Mesti Ayahanda”- Gelagat Kanak-Kanak Sekolah Dapat Duit Raya Dari Rakan Curi Tumpuan Ramai [Video]